CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Monday, May 30, 2011

kisah tunang Elly Mazleen!

nota: nak sahre cerita pasal sorang artis ni..kita jarang dengar gosip2 x best pasal artis ni..kalo berlakon pun asyik bawak watak sweet je! ingat ag citer Na O Mei..yang baik nya semua Na O Mei tu..huhu..p pape pon dia mmg cantik!


Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein selamat bertunang dengan pasangannya yang juga pengarah filem Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, duda beranak dua yang bercerai beberapa tahun lalu. Mereka berdua dijangka akan disatukan melalui ikatan perkahwinan pada Februari tahun depan.

Majlis bertambah meriah apabila Elly menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya itu yang berlangsung di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur. Elly telah ditemani ibunya dan pereka pakaian pertunangan Eilla Faizshah dari Busana Cinta.

Elly dan Azmi telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang sebelum mula serius bercinta. Azmi kemudian mengambil keputusan untuk melamar Elly pada Februari lalu.

Kira-kira 100 jemputan yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak hadir dalam majlis yang berkonsepkan ‘menyunting si dara di taman larangan’ itu. Azmi menghantar lima dulang hantaran manakala Elly membalas tujuh dulang seperti kek, manisan dan sirih junjung.


Klik untuk imej besar...






(\__/)
(='.'=)
(")_(")

sumber: www.myartis.com 2011

::..Perkahwinan, tujuan dan falsafahnya..::

note: info yang nak dikongsi bersama..baik utk menambah pengetahuan!


Assalamualaikum warahmatullah
Mengapa saudara-saudari menikah atau ingin menikah? Apa tujuan saudara-saudari menikah?
Lelaki atau perempuan bagaimana yang telah dipilih atau akan dipilih untuk menjadi suami atau isteri? Adakah:
  • kerana kecantikannya atau rupanya. Kalau lelaki, kerana tampan atau gagahnya?
  • kerana kekayaannya?
  • kerana keturunannya?
  • kerana agama dan akhlaknya?
Mengapa menikah?

Ramai di kalangan umat Islam terutama di akhir zaman, di zaman moden dan sains teknologi canggih ini akan memberi jawapan bahawa mereka menikah kerana ingin bersenang-senang dan memuaskan nafsu. Kalau tidak menikah kita akan terasa sepi.
Baiklah, kalau kerana itulah setiap lelaki dan perempuan itu menikah ertinya kita akan atau telah menempuh jalan yang salah, jalan yang menjatuhkan taraf kita sebagai manusia, jalan yang mana di awal niat menikah lagi kita telah membuka pintu kehancuran rumahtangga baik kita sedar atau tidak.

Kenapa dan mengapa?

Pertama: Kita telah setarafkan diri kita sebagai haiwan. Haiwan berhubungan kelamin tidak ada tujuan lain selain kerana melepaskan nafsunya semata-mata. Tidak ada tujuan-tujuan selain seks itu saja.

Kedua: Kalau menikah dengan tujuan nafsu semata-mata, ini amat berbahaya kerana sekiranya kemahuan kita sudah tidak ada lagi dengan isteri kita atau suami kita disebabkan kita sakit, atau isteri kita sakit, atau setelah isteri sudah tua, atau setelah kecantikannya sudah pudar, di waktu itu keinginannya sudah tidak ada lagi untuk perhubungan kelamin, mungkin kita ceraikan dia atau isteri minta cerai.
Kalaupun tidak bercerai kerana memandang anak-anak sudah ada dan tidak mahu berpisah dengan anak-anak, di waktu itu kemesraan sudah tidak ada lagi. Hubungan suami isteri sudah tentu renggang. Masing-masing mudah buat onar, mudah tersinggung, mudah benci, mudah marah-marah, maka terjadilah krisis rumahtangga tidak habisnya. Kemudian hal ini akan memberi pengaruh terhadap psikologi anak-anak. Oleh kerana itu menikah dengan tujuan hiburan seks semata-mata tidak akan dapat membangun keluarga yang bahagia lebih-lebih lagi masyarakat yang bahagia.

Perempuan atau lelaki seperti apakah pilihan kita?

Dalam memilih jodoh baik lelaki atau perempuan, terjadiah pemilihan itu dari berbagai-bagai sudut dan aspek:

1. Pilih kerana kecantikan
Ada orang memilih kerana kecantikan, itu kalau lelaki. Kalau perempuan kerana kegagahan dan tampannya seorang lelaki. Kalau itulah yang menjadi target, hal ini amat berbahaya. Bahayanya itu kalau tidak terjadi dalam jangka pendek mungkin akan terjadi dalam jangka panjang. Kerana kalau seorang perempuan itu sudah tidak cantik lagi dan suami sudah tidak tampan, mungkin kerana selalu sakit, atau kerana kerja berat, sudah menghilangkan kecantikan atau ketampanannya, atau setelah berumur sudah tentu hilang kecantikan. Pada waktu sudah hilang kecantikan, daya tarik sudah tidak ada untuk hubungan suami isteri sebab berahi sudah lemah. Lebih lagi di luar rumah seperti di tempat kerja, pergaulan laki-laki perempuan pun bebas, rangsangan kepada perempuan atau lelaki lain lebih daripada isteri atau suami sendiri, sehingga di waktu itu mudah saja bertengkar atau bercerai.

Kalau tidak bercerai pun oleh kerana anak sudah banyak kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak, namun hubungan suami isteri sudah tidak indah lagi. Kerenggangan dan marah-marah pun mudah berlaku. Singgung menyinggung pun terjadi. Mudah saja benci membenci. Kalau begitu di manalah indahnya berkeluarga di waktu itu dan ini juga sangat memberi tekanan psikologi kepada anak-anak. Anak-anak akan menjadi korban, mungkin mereka akan menjadi liar, jauh dengan orang tua, benci tinggal di rumah, suka mencari hiburan di luar rumah, maka mudahlah terjebak dan terlibat dengan narkoba, rokok, minuman keras, bohsia, bohjan, melepak, mungkin terlibat dengan zina dan berbagai kriminalitas kerana berasal daripada rumahtangga yang tidak bahagia dan tidak harmoni.

2. Pilih kerana kekayaan

Ada orang memilih jodoh baik lelaki atau perempuan kerana kekayaannya. Dia mungkin kaya kerana gajinya besar, kerana dia dari keturunan orang kaya atau sebab-sebab lain. Ini juga amat berbahaya.

a. Mana tahu dengan takdir Allah Taala, si isteri atau suami itu dipecat. Boleh jadi kekayaan yang ada itu habis atau dia jatuh miskin kerana berbagai-bagai sebab yang dapat saja terjadi. Di waktu itu sudah tentu akan terjadi kerenggangan di antara suami isteri. Mulailah tidak senang satu sama lain, benci-membenci pun dapat terjadi. Masam-masam muka pun terjadi. Pertengkaran dan krisis rumahtangga pun terjadi. Pintu perceraian pun terbuka.

Kalau tidak bercerai pun hal ini dilakukan kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak atau kerana hendak menjaga status diri. Tapi apalah ertinya lagi rumahtangga yang sentiasa bergolak dan bergelora macam air laut yang sentiasa bergelombang. Yang akan lemas adalah anak-anak yang tidak berdosa, anak-anak juga akan mengalami seperti yang sudah kita ceritakan di atas.

Biasanya seorang lelaki menikah dengan perempuan kerana kekayaannya, si isteri tidak begitu hormat dengan suaminya. Ini kerana dia merasakan bahawa dialah yang menanggung suaminya. Atau kalau dia tidak menanggung pun, dia merasakan dapat berdikari tanpa pemberian suami. Ada suami atau tiada suamikah, dia sanggup hidup sendiri kerana memiliki kekayaan.

Dengan sebab itu lama-kelamaan taat dan setianya kepada suami itu akan berkurang. Bahkan kalau suami itu bersandar hidup dengan isteri, isteri biasanya memperbudak suaminya sesuka hati. Di arah ke sana, arah ke sini, suruh itu, suruh ini, dia akan kontrol suami sesuka hati (queen control). Akhirnya wibawa suami tergugat, kuasa suami sudah tiada lagi, bahkan takut kepada bini atau bapak mertua atau ibu mertua.

Biasa orang kaya, selalunya isteri itu dibacking oleh ibu dan ayahnya. Ada kalanya isteri berani bersuara tinggi dan mengherdik suaminya. Apakah suami boleh tahan selama-lamanya hidup begini? Apakah suami sanggup dayus sepanjang masa? Apa suami boleh merasa bahagia dengan hidup begini? Kalau pun tidak bercerai, saya rasa hidup berkeluarga begini sudah tentu tidak ada makna apa-apa. Tidak ada kemerdekaan. Sedangkan rasa kemerdekaan itu satu nikmat dan menjadi cita-cita hidup setiap orang.

3. Pilih kerana keturunan

Ada orang menikah kerana keturunan seperti keturunan orang-orang yang bangsawan, umpamanya keturunan raja, keturunan Datuk-Datuk atau keturunan orang-orang besar. Kalaulah pernikahan itu atas dasar itu saja yang tidak ada bersangkutan dengan agamanya, ini amat berbahaya lebih-lebih lagi kalau keturunan bangsawan itu adalah isteri. Di waktu-waktu berselisih faham dia akan menyebut-nyebut keturunannya dan dia akan menghina keturunan suami. Atau biasa orang berketurunan bangsawan itu kalau tidak ada agama, dia sombong dengan suami, atau keluarganya memandang rendah terhadap suami hingga suami akan terasa terhina atau merasa rendah. Di sini dapat mencacatkan kebahagiaan dan keharmonian suami di dalam rumahtangga.

4. Pilih kerana agamanya

Menikah kerana agamanya. Seorang menikah baik lelaki atau perempuan kerana agamanya, itulah yang tepat. Itulah yang dituntut oleh syariat Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Tetapi ambillah perempuan yang beragama uapa beruntung hidupmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hal ini adalah dipuji oleh Allah dan Rasul kerana menikah di atas dasar agama itu, baik dia cantik atau tidak, kaya atau miskin, bangsawan atau orang biasa, masing-masing tetap merendah hati, berakhlak mulia, suami kasih dengan isteri, isteri menghormati suami, suami memberi tanggungjawab terhadap isteri, isteri juga memberi tanggungjawab kepada suami. Akan berlaku tenggang rasa, isteri mengutamakan suami, suami bertimbang rasa dengan isteri, ada kerjasama, masing-masing berlomba-lomba hendak layan-melayan satu sama lain, maaf-bermaafan, isteri memandang hormat dengan suaminya, suami senantiasa belas kasihan dengan isteri, kedua-dua keluarga dihormati.

Allah Taala sentiasa dibesarkan melalui ibadah yang berbagai jenisnya. Perjalanan hidup Rasul dijadikan tradisi kehidupan mereka. Allah, Rasul, Syurga, Neraka, dosa, pahala, menjadi bahan percakapan. Walaupun berusaha mencari kekayaan dunia namun ia dipandang kecil, bukan menjadi tujuan, bukan menjadi bahan perbincangan. Akhirnya dunia selamat, akhirat selamat. Wujudlah kebahagiaan dan keharmonian di dalam rumahtangga.

Oleh sebab itulah daripada empat pilihan itu, iaitu kecantikan, harta, keturunan dan agama, pilihlah kerana agamanya. Hal ini sangat menyelamatkan dunia dan akhirat kita. Tapi kalau mampu memperoleh keempat-empat sekaligus maka bertambah cantik dan indahnya kehidupan berumahtangga itu. Kehidupan ini bertambah ceria dan berseri namun susah hendak dicari.

Mengapa kita menikah?

Bagi umat Islam yang faham Islam, yang beramal dengan agamanya, menghayati dan mencintai agamanya, yang ada cita-cita hendak membangun agamanya secara syumul (menyeluruh) atau global, kemudian diperjuangkannya, pernikahan atau mendirikan rumahtangga mempunyai erti yang besar.
Ini kerana dari peribadi muslim dan keluarga muslim itulah titik tolak atau starting point untuk memancarkan Islam ke masyarakat, ke negara dan seluruh alam sejagat.
Dari sinilah kalau pilihan suami isteri itu tepat mengikuti ajaran Islam, kemudian hiduplah dua sejoli atau mempelai itu secara aturan Islam, setelah itu kalau Allah Taala takdirkan mereka mendapat cahaya mata atau anak-anak yang banyak dari dua insan yang berpadu kasih, yang mempunyai cita-cita Islam yang mendalam itu, maka sudah tentulah anak-anak itu dididik secara kehidupan yang dikehendaki oleh Islam. Maka insya-Allah akan lahirlah satu keluarga yang hidup secara Islam yang menjadi contoh teladan. Kalau suami isteri yang lain pula mendirikan rumahtangga mempunyai cita-cita yang sama, gabungan keluarga-keluarga yang menghayati Islam itu menjadi masyarakat yang menghayati Islam lebih besar lagi. Selepas itu sudah tentu mudah saja untuk menegakkan Islam dalam negara dan seterusnya Islam sejagat.
Tidaklah seperti apa yang terjadi hari ini di seluruh dunia. Bagi pejuang-pejuang Islam, amat sulit sekali untuk memperjuangkan Islam di peringkat negara, kerana individunya belum siap. Keluarga Islam belum siap. Masyarakat lebih-lebih lagilah belum siap. Oleh kerana itu, sudah tentu amat susah sekali untuk diajak menegakkan Islam di peringkat negara.

Mengapa terjadi demikian?
Kesilapan itu bermula dari individu dan dari dua suami isteri yang menikah. Islam itu tidak dijadikan tujuan mereka mendirikan rumahtangga. Mereka tidak ada cita-cita Islam.
Menikah itu sekadar hendak melepaskan dorongan naluri, keinginan alami atau dorongan biologi. Tidak ada pun dikaitkan dengan cita-cita Islam itu. Maka dari itu apakah tujuan penikahan itu? Apakah sekadar melepaskan nafsu?

Tujuan pernikahan yang sebenarnya
Tujuan pernikahan menurut Islam yang sebenarnya adalah seperti berikut:
  1. Allah Taala telah mentakdirkan bahawa lelaki ada nafsu kepada perempuan. Perempuan juga ada nafsu dengan lelaki. Hakikat ini tidak dapat ditolak. Kita tidak dapat lari daripada dorongan alamiah itu. Oleh kerana itu untuk menyelamatkan keadaan maka tujuan kita menikah agar jangan sampai kita melakukan zina yang terkutuk. Mestilah kita menikah agar ia tersalur secara yang halal yang memang dibenarkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih.
  2. Daripada hubungan suami isteri itu, adalah sebagai sebab pertemuan benih kedua jenis manusia yang akan melahirkan zuriat (keturunan), anak-anak, cucu-cucu yang ingin sangat kita jaga, asuh, didik, diberi iman dan ilmu, agar menjadi hamba-hamba Allah yang berakhlak dan bertaqwa. Yang akan menyambung perjuangan Islam kita agar perjuangan Islam kita bersambung selepas kita mati. Memang setiap umat Islam yang belum rosak jiwanya sangat menginginkan generasi penerusnya.
  3. Kalau begitu tujuan kita menikah, kita inginkan anak yang akan kita didik menjadi seorang Islam yang sejati dan anak itu adalah merupakan aset kepada kita. Anak itu sendiri pula boleh menjadi harta dan tenaga kepada Islam.
  4. Dengan pernikahan itu, jika tujuan kita mendapat anak berhasil, dan berhasil pula dididik dengan Islam dan menjadi seorang muslim yang berguna, kemudian dia akan melahirkan cucu yang juga berjaya dididik secara Islam dengan sebaik-baiknya, berapa banyak pahala yang kita dapat sambung-menyambung. Itu adalah merupakan aset simpanan kita di Akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Apabila meninggalnya anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara yaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat." (Hadis riwayat Muslim)
  5. Alangkah indahnya kalau Islam yang maha indah itu dapat menjadi budaya hidup sebagaimana yang pernah mengisi ruangan dunia ini di masa yang silam, selama tiga abad dari sejak Rasulullah SAW. Sekarang keadaan itu tinggal nostalgia saja. Yang tinggal pada hari ini hanya akidah dan ibadah. Itu pun tidak semua umat Islam mengerjakannya. Kita sangat ingin keindahan Islam itu dapat diwujudkan. Di dalam suasana keluarga pun jadilah, kerana hari ini, hendak buat lebih dari itu memang amat sulit sekali. Lantaran itulah pernikahan itu amat perlu sekali kerana hendak melahirkan masyarakat Islam kecil. Moga-moga dari situ akan muncul masyarakat Islam yang lebih besar.
  6. Seorang muslim bukan saja diperintah untuk mencari keredhaan Allah Taala tetapi diperintah juga untuk menghiburkan hati kekasih Allah Taala yaitu Rasulullah SAW, yang mana Rasulullah SAW sangat berbangga dengan ramainya pengikut atau umatnya di Akhirat kelak. Maka sebab itulah Rasulullah SAW menyuruh umatnya menikah,seperti dalam sabda baginda yang bermaksud, "Bernikahlah kamu supaya kamu berketurunan dan supaya kamu menjadi banyak, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan umatku yang ramai di hari Kiamat." (Hadis riwayat Al Baihaqi) Setiap umat Islam hendaknya apa yang menjadi kesukaan Rasul-Nya itulah juga kesukaan mereka.
  7. Kalaulah Rasulullah SAW berbangga dan bergembira dengan banyaknya umat, maka kita sepatutnya juga berbangga dengan ramainya umat Islam di dunia ini. Maka untuk memperbanyakkannya, lantaran itulah kita menikah. Jadi kita menikah itu ada bermotifkan untuk menambah jumlah umat Islam. Ada cita-cita Islam sejagat. Kita menikah itu ada cita-cita besar, bukan sekadar sebatas hendak melepaskan nafsu seks seperti cita-cita kebanyakan manusia.
  8. Menikah itu jangan sampai putus zuriat kerana kita berbangga dapat menyambung zuriat yang menerima Islam sebagai agamanya dan dengan keturunan itulah orang kenal siapa asal-usul kita atau mereka.
  9. Tujuan-tujuan lain sebagai maksud tambahan daripada pernikahan bahawa setiap lelaki dan perempuan yang menjadi pasangan suami isteri hendaklah meniatkan satu sama lain hendak memberi hiburan kepada seorang hamba Allah Taala yang inginkan hiburan, kerana niat menghiburkan orang mukmin itu mendapat pahala.
Begitulah sebahagian daripada tujuan-tujuan dan maksud-maksud daripada pernikahan di dalam Islam. Pernikahan dalam Islam ini mempunyai cita-cita yang murni. Melahirkan cita-cita Islam, ingin mewujudkan satu rangkaian dan elemen-elemen amalan serta suasana Islam.

Jika hal ini dapat digabungkan dengan rangkaian-rangkaian dan elemen-elemen golongan yang mempunyai cita-cita dan tujuan yang sama seperti yang Islam kehendaki, lama-kelamaan gabungan ini akan menjadi satu masyarakat Islam yang lebih besar lagi, yang syiarnya akan dapat dilihat di mana-mana saja di muka bumi Tuhan ini. Dunia ini akan menjadi amat meriah, ceria, gembira dan bahagia. Barulah kita dapat meyakinkan orang lain kerana keindahan Islam itu begitu nampak.


Friday, May 27, 2011

saket!


arrgghhhhhh...
sakettnyeeee....
sakeeetttnyeeee perOtt ni..
xtahan..
nak nanges asenye!
tiap2 bulan kene saket mcm ni...
kalo saket perot biase oke lagi..lepas melabur lega la ilang la saket..
tapi kalo saket perot dtg bulan ni...
gggrrrrrrrrrrrrrrr....
sangat2 saket..seharian kene tahan saket..
tu kalo naseb baek sehari je saketnye..
kalo 2 ari??
Ya Allah..pucat lesi jadinya!
xtahan laaaa...
sakeeettt sgtt2!!

(T_T)


Wednesday, May 25, 2011

iluvblog Blogwalking Community~~

mode: sedang blokwalking disini..

tetibe nampak entry best..dengan laju ase mcm nak join!and kenkOrang yang rajin bw tu boleh la join ek...and bak kate kak Dila Bahar La kan..disebabkan aku terSANGGGAATTTT la SAYANNGGG kan BLOGGER TERCINTA OFFICIAL GROUP make aku nak tempatkan diri aku di bawah list BTO la...ade byk lagi group yang korang leh pilih..


nak tau lebih lanjut jangan segan2 utk klik link ni..link ni mmg dibuat utk diklik pon! =)


Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking ? Senang..Ikot step di bawah :

  • Pergi ke www.bw.iluvblog.com
  • Di Home page,anda akan dapati terdapat 7 group seperti Blogger Tercinta Official,Sahabat Blogger,Blogger Pantai Timur dan sebagainya
  • Click salah satu group
  • Anda akan dapati terdapat 500 link blog di setiap group tersebut
  • LEFT CLICK pada link blog tersebut ( right click akan menyebabkan open in new tab )


  • Satu pop-up window akan keluar dan blog tersebut akan loading di pop-up window tersebut
  • Sekurangnya-kurangnya 3 second diperlukan untuk loading blog di pop-up window tersebut bergantung pada internet anda dan juga blog tersebut
  • Gambar di bawah adalah contoh blog yang keluar di pop-up window tersebut



Bagaimana nak jadi ahli i luv blogwalking plak ? Senang..Ikot step di bawah :

  • Buat satu entry/post di blog and bertajuk ” iluvblog blogwalking community”
  • Dalam entry tersebut,nyatakan anda mahu berada di group apa ( contoh sahabat blogger )
  • Copy paste penerangan “Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking” dalam entry tersebut supaya orang lain juga faham konsep blogwalking community ( tak letak gambar pon takpe )
  • Letak URL post ini supaya orang lain juga boleh sertai
  • Tag 2 orang rakan blogger anda
  • Submit url entry anda menggunakan borang yang disediakan di entry iluv blogwalking community.


Oke dOne! ohh lupe nak tag..hurm nak tag CIK PRINCESS dan CIK YAYA...

JOM LA JOIN..CLICK SINI..

kisah tunang seorang kawan!

assalamualaikum wbt semua warga2 blogger!
thankss coz sudi menjejakkan tangan anda dan menjamu mata anda di laman blog yang xseberapa dari saye ni..erk?pepagi dah wat ayat skema!huhu
nway aku nak crite kisah bertunang membe aku aritu..
sblm ni pon aku ade wat entry pasal die..kalo ade sape2 nak bace entry tu leh klik LINK ni k?


Alhamdulilah skang dah selamat jadi tunangan orang da..da jejak selangkah kaki ke alam rumahtangga..aku tumpang happy utk dia...sorang ag dah selamat tukak tittle..
xlame ag aku la plak!amin!! (doa2kan la ye?)


tapi sayang la..aku datang majlis dia agak lambat sebab aku ade kelas aritu..kelas tu kelas penting..xbole nak ponteng sebab setiap kali kelas lecture akan bagi satu tugasan..markah dari tugasan tu akan jadi markah carry forward utk final..satu tugasan tu 20 markah..byk kan?so sayang la kalo aku ponteng!elok2 leh dpt 20 markah kang jadi telor ayam lak!huhu..

""sorry ek awk?walaupon sye org pertama yang tau pasal majlis tunang awk tapi sye jadi orang yang terakhir lak dtg majlis awk!dtg mkn je lak tu..sowieeeeee.... " (^^,)


disebabkan aku dtg lambat so aku xsempat aku nak amek gamba dgn dia..gamba2 kat bwh ni gamba2 yang aku dah copy right dr fb ni with her permission....sila la tgok! =)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

jeng2..ni la dia fiancee of the day!hihi..btol ke ayat ni?? sweet kan? xpasti lak time ni ape dia ngah wat..kalo nak tau kene la tnye dia..

ohh..aku terlepas detik2 ni sebab datang lambat kan..

tanda diri dah dimiliki! =)

haa..part ni aku suke!part brg hantaran..yang warna itam oren tu dr pihak lelaki and yang warna silver tu dari pihak perempuan..disebabkan aku dtg lambat so aku cume dpt tgok hantaran pihak laki la..yang pihak perempuannya dah diangkut utk dibawa pulang..yang aku suke hantaran oren ni sebab hantaran dia kretif sesgt tao!ilma kate pakcik tunang dia yg wat..pakcik tunang dia mmg ade kedai pengantin so untong la..kalo nak mintak org wat mcm tu confirm charge mahal!

wink2!!saat bahagia beliau! =)
p xpasti la ni pic sblm majlis belansung or selepas...

oke ni la pic merpati dua sejoli!pihak laki dtg dr jaoh tao..johor mari..

btw..tahniah awak!
semoga awk dpt menempuh cabaran dialam pertunangan sehingga la ke jinjang pelamin!
and semoga bahagia selamanya..

Friday, May 20, 2011

Anda Dah Di review! =)

heeeeee...
blog aku dah direview!
kalO kOrang nak tgOk leh klik sini..


hurm tapi kan..pasal nama blog tu kan..
hurm tu la name blog saye...
xcukup ber indentiti lagi ke ek?


hurmmm..

Wednesday, May 18, 2011

McDonald Ohh McDonald..


hi kOranggg..
cepat2..
amek kupon ni..
n laju laju pergi Mc Donald ckp kat kaunter saye nak claim kupon ni!!
cepatt!!
sape cepat dye dapat!



Monday, May 16, 2011

my 1st certificate!

yuuhuuu..bulan ni nak masuk 3 bulan aku berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan..tapi belum dapat pengesahan dalam jawatan lagi..kalo keje swasta pas 3 bulan dah leh dapat pensgesahan tapi kalo gomen kene tunggu 3 tahun baru la dapat pengesahan dalam jawatan..giler lama kan?3tahun kene betol2 jage prestasi kerja..fuhhh..harap2 aku leh bertahan..=)


btw..before aku masuk gomen aku slalu gak la dgr yang org gomen slalu gi kursus..kat tmpt aku dulu kalo nak mintak gi training punye la ssh..kalo ade pon induction je la..tiap2 taun induction..kalo training management laen mmg ssh la nak dapat..p duk kat gomen ni..baru nak masuk 3 bulan dah 2 kursus yang aku attend..hebat kan?huhu..ala..aku kan staff baru..truly fresh lak tu dgn jawatan aku ni..ni Pengetua & Penolong Kanan memberi keizinan la kepada aku utk pergi mane2 kursus yang berkaitan dengan tugas aku..p paling x sabar sgt aku nak gi misty kursus induksi!harap2 aku dapat kat tmt yg sgtt best la!heeeee..


Yang best nyee gi kursus ni leh dapat sijil!!yeahhh!!aku mmg suke kumpul sijil sejak dari zaman sekolah lagi!!tp..sayangnyeee...sijil2 zaman sekolah dulu semua dah hilang skali dengan hilangnye kereta..sedih sgt..hurm..xpe la..aku akan kumpul ag la sijil2 penjawatan aku ni..



my 1st cert mase attend seminar at Shah Alam.. =)




ni pic di ary kejadian..tapi kualiti gamba x cantik sbb gune hp jew and mase ni dlm lif so kurang pengcahayaan..




keciwak giler!!

morning all..
saat entry ni ditulis jam disisi laptop menunjukkan kul 7:48 am bertarikh 16 Mei 2011..
pepagi ag da update blog utk meyatakan kekecewaan aku...
malam tadi aku bagi papa RM20 mintak tolong isikan minyak kete aku sbb aku malas nak kuar umah..
pagi tadi lepas siap2..kuar umah nak panaskan enin kete aku tgok minyak kete cume naek ke takak seperti gamba dibawah sahaja!

BIAR BETUL!!
xpenah kot aku isi minyak naek takat tu jew!
da kering kontang ke tank minyak aku??tapi aku ase last aku gune kete jumaat aritu meter minyak mmg mcm tu..ke meter da rosak??
bukan aku xpenah isi RM20 cume xpenah tgok meter minyak aku mcm tu lepas isi minyak!
ase kecewa gak la bile tgok..
sedih taO..
minyak mcm tu seari jew leh abes!hurm...


tadi dgr berita kat radiO kate mungkin harga RON95 akan naek xlame lagi...skang seliter da RM1.90..pas ni xtao jadi bape lak..

Saturday, May 14, 2011

KENAPA BOLEH BERGADUH??

Hye kOrg..hurm nak taO x? arini kan kiteOrg bersalah paham dan beselisih pendapat serta mencetus pergaduhan lagi laa.. =(.. sedih giler bile terjadi mcm ni dihari minggu..die marah aku..die kate aku mcg dgn laki laen..mane de aku mcg laki lain..cume reply mcg kat fb jew..xkan tu pon xleh kan?dye pon ade jew reply mcg gurl laen kat fb..hurmm...kalo mcg kat hp aku cume tgu mcg dr die jew..tp tu la..kalo aku mcg je misty lmbt je reply..ye la..paham la..bz..hurmm...


Ok la lupekan crite aku n dgr cerita ni,bagaimana boleh tercetusnya pegaduhan2 kecil ni sewaktu bercinta. (Ngah bergaduh pon ade aty ag nak motivate org!huhu..p ni utk aku gak..) (menurut pengalaman aku la) Biasa la kan"Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri" tp dalam konteks ni bukan suami isteri yang kita bincangkan,tetapi PASANGAN KEKASIH.Sebenarnya bergaduh ni perkara biasa bagi pasangan yang normal,yang tak nomalnya kalau tak ada begaduh2 langsung.Kadang2 dengan pegaduhan hubungan kita akan menjadi semakin rapat,SERIUS!!




Sering kita tertanya2 bagaimana pegaduhan boleh terjadi walaupun pada perkara2 yang kecil.Sebenarnya bergaduh merupakan satu cara kita memahami pasangan kita dengan lebih dekat,kita boleh mengetahui apa yang pasangan kita sukai dan tidak suka.Kat bawah ada disenaraikan apa yang menyebabkan pasangan begaduh.


1) Ketakutan
- Takut dalam konteks ni adalah bermaksud korang ataupun pasangan, takut tergugat.Merasa kurang yakin terhadap cinta samaada rasa yang diri tak cukup bagus,tak sesuai dan tak cukup manarik untuk pasangan.Walaupon semuanya hanya tanggapan negatif je.Kadang2 disebabkan oleh kegagalan kisah cinta yang lalu anda jadi macam ni,So sebagai pasangan,anda kene yakinkan pasangan anda tu,tunjukkan yang anda sangat sayang dia agar tanggapan negatif dalam kepala otak die pun terhapus begitu sahaja. And pada pendapat aku wanita yang sering mengalami ketakutan seperti yang dinyatakan.










2) Merasa diri tak difahami,tak dihormati dan disayangi.
-Semua orang nak diri difahami,dihormati dan disayangi dan bila kita berdepan dengan pasangan yang tak memberikan apa yang kita nak tu kita akan jadi cepat melatah dan marah.Jadi jika kita nak orang hormati kita,kita mestila terlebih dulu menghormati org kan.Macam tu jugak kalo nak rasa difahami dan disayangi,kita mesti faham dan sayangi orang terlebih dahulu, baru kita akan dapat apa yang kita nak. So sebagai pasangan yang baik, anda mesti memahami,menyayangi dan menghomati pasangan anda..Percayalah anda akan dapat balasan yang sama.


3)Tak meletakkan hubungan sebagai perkara penting dalam hidup.
-Ramai orang meletakkan hubungan mereka sebagai pekara terakhir dalam kehidupan seharian,tak memberikan pehatian yang sepenuhnya terhadap hubungan tesebut akibatnya hubungan anda tak berjalan lancar,Masing-masing akan berasa jauh,lame2 akan menimbulkan ketidak puasan dan terjadinya pergaduhan.Jadi luangkan sedikit masa dan beri perhatian terhadap hubungan.






4)Saling salah menyalahi
-Masing-masing tidak mahu mengakui kesalahan sebaliknya saling menyalahi satu sama lain.Ini merupakan kesilapan yang besar kerana daripada perasaan cinta ianya boleh bertukar kepada perasaan benci yang membuak2.Jadi sebelum saling menyalahi apakata anda menarik nafas dan fikirkan semula hal tersebut.Ego harus dilepaskan sejauh2nya jika anda sayangkan hubungan yang dibina.






5)Tak menyembuhkan hati telebih dahulu.
-Maksudnya, dalam kehidupan ni kita akan bercinta seberapa banyak kali sebelum menemui cinta sekarang ini.Disebabkan kegagalan cinta2 yang lalu kita tak memberikan masa utk diri kita menyembuhkan luka yang lalu tu terlebih dahulu akibatnya kita sering melakukan kesilapan yang sama macam dulu berulang-ulangkali dan kita tak merasakan apa yang kita buat tu salah.Jadi sebelum tido sila fikir2kan setiap tindakan yang kita wat tu betul atau salah.








P/s- credit to writer..

T-Shirt BTO


hye kOrg..cantik x pic t-shirt kat atas ni?warne pink ag..i likeeee....hehehe
saje nak gitau ni la tshirt rasmi utk geng2 BTO and skaang BTO dah bukak balik order tshirt until june and dgn pantas aku membuat tempahan..lalala

kalO ade sape2 yang berminat nak order or to bole klik sini! =)

SECOND BATCH ORDER FOR BTO T-SHIRT NOW OPEN!
(RM35.00 include postage)
order duration : 12.05.2011 - 12.06.2011
and u will get t-shirt perhaps on june :)

Thursday, May 12, 2011

cantiknyaa dia!! (part 1)

hye korang..ingat x before this aku ade post satu entri bertajuk Ohh cantiknya mereka!!..kalo xingat boleh klik sini utk bace balik entri tu...kat dalam entri tu kan aku ade kate nnt aku kenalkan kat korang sape yang cantik tu..so kali ni aku nak bercerita la pasal mereka yang cantik ni..tapi yang ni part 1 dulu la..akan bersambong lagi sebab byk kot blogger2 yang cantik2 yang aku nak citer kat korang...kalo semua nak citer dalam satu entri konfem pjg giler!korang pon bukan nak bace sgt nnt...


oke la..kali ni aku nak citer pasal satu blogger yang bernama Nurul Ain Abd Salam..aku baru je jadi follower die..blog L.O.V.E tu la blog die..kalo tengok dalam 1st entri dlm blog die adalah pada tahun 2009..so maybe 2009 tu baru la die start berblogging and follower dia mase entri aku ni di buat berjumlah 3825 orang..

mcm mane aku leh terjumpa blog si jelitawan ni?pe lagi misty la mase aku tengah berblokwalking..menerjah ke blog2 org laen and terpikat kat satu entry someome who looks like Rozita Che Wan..search punye search and akhirnya jumpe la blog si ain ni..and bile tgok je blog die aku mcm terpana sekejap! OMG!! she really2 beautiful! awesome..jelita..cantik..and mcm2 la..umor dia 25tahun tapi sgt la cantik mcm dak 11 tahun!!


x caye??cube scroll gamba2 di bawah...

--> to kak ain, sye dah mintak permission utk copy gamba akak ni dalam blog akak tao!

ni header utk blog cik jelitawan ni..tgok header jew dah terpikat kan?





to guys out there..sori she has been taken! a wife to be in another few month i guess...

disebabkan she so beautiful ade la pihak2 yang xberwajib dah eksploitasi gamba die utk dijadikan sbg iklan without her permission..and skang dah jadi kes mahkamah pon..


gorgeous!!


sye taO kat mane ni..kat mid valley kan? kan? ^^,
hehehe



oke kalo korang nak tgok gamba die lagi pergi la blog die oke? gamba2 die ni aku dpt dr Mr. Google..gamba orang cantik misty la leh jumpe kat dlm isi perot Mr. Google..tapi kalo gamba aku ko search kat google mmg xkuar la..huhu..

Wednesday, May 11, 2011

i luv abg stalker!

p/s: buat enche chenta hati..walaupOn mase masih dlm mood merajok dengan awak..tapi xbermakna sye dah luv org laen taO! jgn salah paham...


oke entri ni khas dibuat sebab nak suruh dan juga paksa seorang blogger hebat sape ag kalo bukan Abang Stalker utk review belog ntah pape aku ni..kalO nak taO dengan lebih lanjut lagi sila klik ini..

Oke to abg stalker, kat bawah ni list up saye nape abg stalker kene review blog saye:

1- nak mintak tolong ajarkan mcm mane nak wat header and banner..

2- nak space iklan dlm blog abg stalker tu..

Tuesday, May 10, 2011

awak..

Awak..

Entri ni khas utk awak..hurm..sye nak awk tau bkn sye xpaham awak..sye taO n sye cube paham yang awak bz sampi xde mase nak balas msg sye..nak jawab call sye..tapi sye tunggu awk reply lambat sgt..sye call pon x berjawab..jadi sye agak upset la sket..sbb sye nak citer dengan awk..byk benda yang sye nak cite kan..

sye nak gtau awk yang mama pergi hospital dr ptg smpi mlm xbalik2 lagi..penat sye tgu mama balik tapi mama xbalik2 pon..

pastu sye nak citer dgn awk psl seminar yang sye kene pergi tu..awk pon tao kan yg sye sgt susah utk menghafal jalan2 yang ade kat Malaysia ni..awk bawak sye jalan yg same 167 kali pon blom tentu ag sye hafal jalan tu..tp sye nak bgtau yg kak erni dah lukis map utk sye..seketul2 die lukis nak bg sye paham and x sesat...

pastu sye nak citer dgn awk pasal paking kete kat tmpt seminar tu..kak erni kate situ xde paking..kalo ade pon agak jaoh dr tmpt seminar sye..kalo nak paking kete dekat2 dgn tmpt seminar tu kena la paking tepi jalan..awk pon tau kan mcm mane keadaan kete sye..so sye nak share prasaan kerisauan sye utk tinggalkan kete sye tu dengan awk...

ade lagi sye nak citer..sye nak citer psl promotion servis kete..ade 1 pusat servis kete wat promotion kat sekolah sye servis kete dengan harga hanya RM29.90 jew..sye nak tnye pendapat awk pasal promotion tu..nmpk mcm oke kan??

pastu sye nak citer pasal sorg mamat yg saye jupe mase sye pergi audit isnin tu..mamat tu tau pasal sye..sye pelik..mcm mane die tau sbb sye xkenal die..sye gtau kak erni and kak erni kate “baik ko siasat dila mcm mane die tau pasal ko” tapi mcm mane saye nak siasat sbb sye xkenal die..so sye nk tnye awk kot2 awk kenal ke die tu..mane la tau kot2 tu kwn awk..

sye bukan nak cr gado dgn awk..cume agak kecil hati bile awk xjawab panggilan sye and wat sye ternanti2 mcg dr awk..cume nak awk paham tu jew..jangan la abaikan panggilan dan mcg sye..

sorry kalo cara sye tu salah...

assalamualaikum...

Monday, May 9, 2011

Ohh cantiknya mereka!!


kalo korang nak tau kan..aku suke sgt tgok wanita2 cantik!
bukan saje lelaki sahaje yang suke tgok wanita2 cantik tapi aku juge...


and aku byk follow blog mereka2 yang cantik ni sbb aku sgt teruje dgn kecantikkan mereka..
nak tau x sape mereka???

heeee..

itu akan dihupdate later yew??

pada kOrg yg perasan aku fOllOw kOrg tu sebab kOrg sgt cantik!!


K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"