CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Sunday, July 31, 2011

sambungan kisah Apek!

ini adalah sambungan daripada cerita mengenai putus tunang Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek yang aku wat..klik SINI untuk bace..


“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA(METRO AHAD) kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.



Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.


Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.



Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”


Sumber : HarianMetro 31July 2011

Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek putus tunang?????????

hii...selamat berhujung minggu...arini aku xkemana-mana pun...menghabiskan masa dirumah...nak baca buku for exam...



sambil sambil dirumah tu aku pon melayari la internet...bukak bukak fesbook bace bace status orang and ade terdengar gosip panas!!dalam aty cakap "OMG!!"..korang dah tao tak gosip panas tu pasal ape???



cite pasal Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek putus tunang!terkejot beruk aku jap!sebelum ni aku ade la gak bace pasal gosip die dengan seorang gurl ni....konon-konon gurl tu skandal baru si Apek ni...tapi tak de la aku pecaye sangatkan..bese la orang glamor misti lah dilanda kontroversikan..




si tunangnya Elia pemilik blog Jejari Runcing tu pon aku tgok tak de la die update story baru pasal die dgn tunang die tu..tapi ade la macam entry yang berbunyi ala ala duka sket macam entry "doa buat Kekasih"..memula aku bace entry tu aku macam terdetik gak betol ke mereka ni ade masalah?tapi malas la lebih lebih sebab aku malas nak amek pot sangat pasal khabar khabar angin ni...



jadinya bile bace kesah pagi ni..sangat la terkejot jadinyaa...siap kua sotkabar frontpage ag...
hurm..sayang asenyaa....majlis tunang die aritu punye la grand..macam majlis nikah..last last putus plak...maybe bukan jodoh dia kan?xpe la..ade hikmah disebalik semua ketentuan Allah...



misty dia sedih kan?da la tak dapat melayakkan diri ke peringkat seterusnya bagi Kelayakan Piala Dunia Brasil 2014 pastu putus tunang plak..dah la nak dekat puase dan raya lagi..hurmm..
sebagai peminat aku doakan yang terbaik utk mereka berdua..semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ni dorang dapat la menjernihkan kembali hubungan dorang...dan dapat mengeratkan silaturahim bersama...aminn...


just recap masa majlis pertunangan mereka aritu...siap wat kad ag..tema arabic..cantik!!


ceriakan wajah mereka ketika dah mengikatkan tali pertunangan..jadi sanggupkah kamu wahai wanita untuk melukakan perasaan kaum sejenis mu??

sudahlah kaum hawa sering menjadi mangsa kaum adam and sekarang kaum hawa juga mahu menganiaya kaum hawa....


ini lah wajah wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Apek..
hurm...kalau bagi aku pilih..aku ase Elia lagi cantik manis...

Gadis ni dikenali sebagai Dahlia Teck..hurmm lebih kurang mcm tu la bunyiknya..aku pon xtau sangat...


see??cekcinyeeeeeeee...ohh Apek!!janganlah kau tergoda!!



hurm...aku pun tak tahu la sangat apa punca keretakan mereka ni..tak tahu sapa salah sapa betul..aku tak menunding jari pada sesapa tapi andai betul la ada insan yang menjadi peyebab kepada keretakan hubungan mereka, satu nasihat aku:



Andai kita adalah peyebab kepada keretakan hubungan seseorang adalah lebih elok kita mengundurkan diri..tidak manis kita membina mahligai bahagia andai ada insan lain yang menangis kecewa dengan mahligai kita itu..kelak takkan bertahan mahligai yang dibina itu...




Friday, July 29, 2011

Harapan Ramadhan

lagi dua tiga hari nak puase..
xsabar..
and ase sayu tiap kali nak puasa dengar lagu ni...



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua







INSYA ALLAH..

akhirnyaa...pape pon HARIMAU MALAYA TERBAEEKKK!!

assalamualaikum...

hii..pagi pagi lagi sampai sampai ofis dengan pantas menaip entry mengenai semalam...
semalam tak sempat nak updating..


ni kesah Harimau VS Singa la weeiiii...aku semangat mengupdate sebabnya aku gi tgok live hokey!!!hohoho...tapi agak terlambat sampai la sebab jem kan..dah la i ni duk jaohh..tapi semangat gak tu nak pegi..sampai sampai je dah kene marah dengan Cik Diana...hoho...takmo marah taoo..jalan jem..marah la jalan tu...lalala


walaupun kita akhirnya kalah juge tapi aku tetap bangga sebabnya kalah bermaruah!kita terus terusan meyerang sambil tetap bertahan bermati matian..and aku ase Singapore tu drama je lebih..kejap kejap jatoh..kang jatoh lagi..ingat ngah shoot cite Hindustan ke asyik nak bergolek kat padang jew!ntah pape jew...



cite pasal peyokong plak...fuhhh..berkobar kobar kot semangat peyokong kebangsaan ni..mase nyayian lagu Negaraku tu semua peyokong berdiri and sama sama menyanyikan lagu Negaraku..aku terasa bangga kejap..pastu bile dah start main peyokong peyokong ni plak kejap duduk kejap bangun pastu nanti menjerit pastu nyanyi lagu Malaysia Raya plak..ishh..macam macam orang ade..tapi best la..enjoy!xde kes gadoh gadoh pun..



and hero pilihan aku malam tadi dah tentu tentu la peyerang negara kita Safee Sali and penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek...lu hebat broo!!



and harap harap semoga bola sepak negara lebih maju lagi di mase akan datang!!

tepok tangan banyak kali..


tak sempat nak snap gambar sendiri dan juge gamba tiket la...sbb datang lambat..dapat dapat tiket je teros masok stadium..pastu masok masok stadium je orang dah ramai..mencari tempat lagi..pastu bile Singapore dah gol je teros balik..kahkhakhak!



Thursday, July 28, 2011

contest:: Sling Denim Bag Giveaway

dah lama rasanya tak masuk contest ni..


tetibe mcm nak wat balik aktiviti joinkan diri dengan contest2 walaupon masih belum ade rezeki untuk menang..



jOm kawan-kawan..
mana tau ade rezeki kan?


klik sini untuk join..


tarikh tutup 19 Ogos 2011..sempat lagi ni...banyak ag mase so kawan2..
ayuhh!!




thanks to norsharmila sebab wat contestni! =)

#1 Spontaneous Thursday

Cinta pertama adalah kenangan..Cinta kedua adalah menjadi
pengajaran..Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana
hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu,
bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus
mekar dan wangi sepanjang musim



asal usul ST? KLIK SINI



gara-gara pashmina..

aku ade satu kesah benar yang nak share dengan korang...sudi-sudi la korang membacenya ek?


kadang-kadang kalo aku berjalan-jalan ase mcm teringin nak pkai loose shawl gune pashmina...sblm ni aku slalu gune selendang jojet or selendang cotton..xpenah la gune pashmina tu sbb aku ase mcm pashima tu besar sgt nak wat selendang..kalau nak wat selimut tgok wayang boleh la..



tapi bile tgok org pakai mcm cantek jew so timbul la keinginan utk mencube..agpun tak salah pun kalau kite cube kan??so nak dijadikan cerita semalam aku pon pergi la beli kat Tesco Bukit Tinggi..ade stall kecik2 yang jual tudung tu..and punye la gembira bile dapat beli 2 pashmina dengan harga RM10 sahaja setiap satu!murah kan??sebelum ni aku tak pernah tengok ade pashmina harga RM10..paling murah pun yang pernah aku tengok harganya RM15..tapi corak tak berkenan dihati la...




disebabkan baru nak berjinak-jinak dengan pashmina jadi wajib la beli warna hitam kan??so aku beli satu warna hitam and another one color mcm gold2 and silver2..mcm senang gak la nak match dengan bajuwarna laen...serius cakap mmc aku happy giler la bile dah dapat beli pasmina tu..dah beli balik umah la..nak jadikan citer malam tu aku teringat la nak try pashmina tu...aku cari-cari plastuk tudung tu sekali tak ade!!!then baru teringat yang aku tertinggal plastik tudung dalam troli!!!



wahhhh dahh ase nak nanges tau time tu...korang boleh rase tak mcm mane asenya kehilangan sesuatu???aku ase mcm tu la..ase down sgt....pastu aku nekad nak gi balik Tesco tu walaupun time tu dah kul 8:45 pm dan aku perlu mengambil masa 45 minit dari rumah untuk ke Tesco tu..aku sanggup asalkan dapat balik pashmina aku tu walaupun aku rasa mcm mustahil je nak dapat balik...



dah mcm org giler time tu aku bawak kete..adik aku kat sebeblah dah kecut perot..aku nak cepat sebab aku takot Tesco dah tutup..sa,api Tesco abes semua troli aku cari...nmpk je troli ade plastik dengan pantas aku berlari ke arah troli tu..tapi hampa...sebab aku x jupe..




last choice..aku jupe orang yang kutip troli aku tanya die kot2 ade ternampak tak plastik beg aku tu...Orang tu pekerja Tesco la..seorang lelaki berbangsa India berusia dalam 30an..


Aku: Pakcik, tadi ade nampak tak satu plastik beg tertinggal dalam troli?

Pakcik: Ape barang??

Aku: Selendang..

Pakcik: ooowwhh..kain sembahyang ke??

Aku: ???? a'ah yela...kain panjang bole wat sembahyang..

Pakcik: oowwhh..ade2..ade saya letak kat sane.. (sambil tunjuk ke satu arah)


dengan pantas aku berlari kearah tempat yang die tunjuk tu..pastu aku pon cari cari..tapi tak jumpe..dalam hati dah marah dah sebab ingat dia tipu aku...then dia pon sampai...dia bagi plastik tu kat aku..aku sambar then tros rase nak melompat2 sampai ke puncak awan!



akhirnyaaa....x sia-sia aku patah balik ke tesco walaupon jauh...ALhamdullilah...happy tak terkata!nasib baik ade pakcik tu simpan..then balik tu baru lah boleh drive dengan tenang sambil nyanyi nyanyi riang lagi tu!pastu siap belanja adik aku makan Char Kew Tiaw ag tu sebab aku happy kan..


moral of the story..jangan la lalai dan pelupa sangat mcam aku ni ye!kelak sendiri jugak susah..



hi..nama saya Dila! =)




Wednesday, July 27, 2011

menjelang ramadhan...

menjelang ramadhan yang tidak berapa hari lagi..InsyaAllah..
(kalau anak bulan tak kelihatan pun atas sebab-sebab tertentu, asenya kite still akan sambut Ramadhan pada 1 Ogos 2011 mengikut perkiraan Islam)





andai masih diberi kesempatan untuk sama-sama menjalani ibadat, panjatkan lah syukur kehadrat illahi dan sama-sama la kita mencari keberkatan amalan kita itu...



cerita pasal Ramadhan, xlepas citer pasal Syawal..sambil-sambil buat persiapan ramadhan tu persiapan syawal misti tak ketinggalan punya...tipu la kalau ade yang kate tak buat persiapan raya...sikit banyak misti ada punya..aku pun tak ketinggalan oke...antara persiapan yang aku dah buat:



1. BAJU RAYA

wahhhh..misty yang ni la yang paling siap dulu kan?jangan tipu....ade tu baru je abes raye tahun lepas dah terus dah beli baju raya untuk tahun berikutnya plak..tapi aku xpenah la wat macam tu..biasanya aku akan mula cari baju raya beberapa hari sebelum raya. Macam tahun ni la..aku baru je beli baju raya aku...bile ingat pasal baju raya ni mcm sedih sikit..yela..biasanya tiap-tiap tahun baju raya aku si dia yang belikan..tapi tahun ni..hurmm..ntah la..xtau la ade ke tak kesempatan itu...tapi xpe la...yang penting baju raya aku tahun ni buat pertama kalinya ade sentuhan kretiviti aku sendiri!kuikuikui...aku telah mendesign baju raya aku walaupun bukan seratus peratus hasil design aku tapi aku sgt berpuas ati...takpe..pelan2 kan..tahun ni wat tangan baju je tahun depan sepasang baju aku buat sendiri!InsyaAllah...



2. KUIH RAYA

haaa...ni satu lagi tak boleh elak..kuih raya..biskut raya..kerepek raya..kek raya...and bla bla bla bla lagi la yang berkaitan...aku sendiri pun dah buat tempahan kuih raya dan kerepek untuk hari raya ni..abes la wet gaji bayar tempahan sesajer!!huhu..

biskut yang buat sendiri pun ada..aku dah pon beli bahan-bahan untuk wat biskut raya..aku beli kat satu kedai borong membuat kek..u know what...barang-barang kat situ sanggatttttttt la murah!!murah sesangat!1st time aku gi kedai tu aku terus suka...tak pernah aku pergi kedai membuat kek yang tawar harga murah macam tu..even kedai membuat kek kat Chow Kit tu pun tak murah mcm ni tau..



3. DUIT RAYA

yang ni mmg aku tak ade harapan untuk menerima la...tapi aku kene sediakan peruntukkan untuk adik-adik, sepupu-sepupu dan anak-anak buah yang makin bertambah!moga-moga rezeki aku juga bertambah..dapat la bagi lebih kat mereka semua..ameenn!



4. KASUT / BEG RAYA

hurmm...yang ni tak cari ag...kalau jumpa yang berkenan di hati beli la...kalau tak, pakai yang ada pun boleh jugak..asalkan selesa...jangan la terlalu membazirkan..



5. CUTI RAYA

belum apply lagi tapi dah pikir dah nak amek cuti bape hari..start dari ari ape sampai hari apa..harap-harap lulus la..takot gak..sekolah aku tak de cuti ganti persekolahan sebabnya majoriti pelajar kat sini adalah Hindu..jadi cuti ganti persekolahan tu bawak pada Deepavali..jadi Rayaa Aidilfitri kena la apply cuti sendirik...



hurmm..ape lagi ek??wat mase ni asenya ni je la yang sempat difikirkan..

nanti sambung lagi pasal entry ni bile dah ade idea lagi ek??daaa semuaa...

Wordless Wednesday: Its time to study hard!!







p/s: exam is just around the corner!!


Tuesday, July 26, 2011

tekanan..jangan stress!! hadapi ia..

"seorang pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah di ibu negara dilaporkan telah meminum acid nitrik yang terdapat dimakmal sekolah tersebut"


fuhhh..tersangat la terkejutnye aku bile dapat tau berita tersebut...disebabkan aku bekerja di institusi pendidikan jadi warga sekolah amatlah peka dengan isu-isu disekolah ini..pelajar tersebut dikatakan meminum asid disebabkan kemurungan atau tekanan..beliau merupakan seorang pelajar yang baik dan pintar...kemurungan berlaku berpunca kerana beliau dikatakan tak mampu untuk membawa subjek sains lagi..beliau mengambil subjek sains sebagai pilihan utama kerana menurut kehendak ibubapanya...



ini jadi teladan pada kita semua..pada diri aku juga..insyaAllah satu hari nanti andai diberi kesempatan untuk menjadi ibu, aku takkkan menghalang ape pun minat aku asalkan ianya mendatangkan keuntungan dan kebaikan..andai kita ibubapa terlalu memaksa anak kita menjadi seperti apa yang kita inginkan, kelak kita juga yang akan mendapat akibat buruk dari tindakan kita itu..sbg contoh, pelajar yg minum asid tadi..doktor sendiri tak dapat mengesahkan ape peluang hidup budak tu sbb asid nitrik yang diminum telah menghakis segala organ dalaman pelajar tu..ngeri bukan??



pape pun, kita sendri pon sepatutnya kena ade pengurusan stress kita sendiri..andai kite dipaksa melakukan perkara yang kita tak suka, kite boleh berbincang secara terbuka...jangan terlalu stress dan terbawa-bawa dalam aktiviti harian kita...jangan lah kita sendiri yang musnahkan hidup kite..



alang-alang dah cerita pasal ni aku nak share la beberapa tips mengatasi tekanan ni..


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk


Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an


Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yangsesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat


Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.



4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.


6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.


7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.


8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan- rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.


9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita
mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.


10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Sunday, July 24, 2011

Jalan-jalan cari makan di D' Kayangan Shah Alam!!

yuhuuu....
assalamualaikum.....
boleh x ai pon nak wat segmen jalan-jalan cari makan kat blog ai ni??
ai gi makan2..pastu amek2 gamba...pastu cerita2 kat belog???
hohoho....





korang penah dengar x D' Kayangan Steamboat???
Lokasi kat Seksyen 13, Shah Alam..
Berdekatan dengan bangunan Acapella dan berhadapan dengan Restoran Tupai -Tupai..




aku pong xpenah dengar...
kalau da nama pun xpenah dengar opkos la xpenah dtg kan?
so kalo dah xpenah dengar and xpenah dtg tu x salah la kalau mencuba kan? kan?



so aku pun mencuba la steamboat kat sini..
datang kat sini dengan semua staff sokongan kat sekolah sbb nak sambut majlis perpisahan pengetua...
aritu dah wat majlis kat sekolah dengan pelajar2..skang dengan staff sokongan plak..
mereka pilih D' Kayangan sebagai lokasi majlis...
makan kat sini kire bufet dan seorang berharga RM19++
agak murah....
pilihan makanan?? oohhh sangat banyak....
boleh makan sampai lebam


D' Kayangang Steamboat..berhadapan dengan Tupai-Tupai Restoran...

banyak gak pilihan seafood kat sini...
ade bermacam jenis sotong, siput dan udang...
aku ni dah la xbole makan udang tapi menggatal nak makan kan...
so malam tu...
haaa...hamekkkk koooo!!
abes seluruh muke dan badan2 menjadi bengkak dan kemerah2an..
sungguh huduh!
dah jadi incredible hulk on red version!


aku dok satu meja dengan pengetua...
so time makan tu siap sembang2 dengan pengetua tanya mcam mane tempat baru...
sedih gak bile terpaksa bertukar pengetua baru...
sbb jujur nye pengetua aku ni sangat sempoi..
teringat tiap mula2 melapor diri dulu...masa 1st time jupe pegetua...
dia mcm garang jew...aku takut..siap nanges2..
tapi bile dah lame kerja rupenya die oke...sempoi...baik dengan staf2...



sebelum balik wajib la bergamba kenangan bersam-sama kan...





overall nya makan kat sini oke2 saje laa...
makanan die setaraf la dengan harganya...
for me..sup and tomyam die xterase sangat la..
lagi sedap makan flaming steamboat kat sunway tu...


p/s: teringin la nak mkn flaming steamboat kat sunway tu...dah lame giler kot xpergi sana...kawan2..jum la pergi sana.. =(

Thursday, July 21, 2011

macaroni cheesse on cik dyla version!

Assalamualaikum :)

hye kawan2...entry kali ini kite akan belajar masak memasak bersame-same dengan chef yang TAK terkemuke pOnggg..tapi masih penuh ilmu masak memasak didada..wakakakaka..



ni cemua gara-gara berpuase la smlm..bile pose jew kan nafsu makan mula la semacam..
asal pose je misty nak google2 gamba makanan...
sekali tu teringin la plak nak makan Macaroni cheese...
dah puas tgok gamba aku pon google la resipi nyee....



sampai umah aku orter2 la balik resipi nya...
ikut selera aku la kan...




gamba aku xsempat nak snap sbb smlm sampai umah pon dah kul 06:30 pm...
masak-masak jew dah kul 07:15 pm...
nak rehat2 lagi...
so malas la nak amek gamba...
jadi aku gune la khidmat Mr. Google lagi skali utk bagi korg tgok and utk buka selera korang supaya korang pun mencube resipi yang aku post kat blog aku ni...


*
*
*
*
*
*
*
*




nak nampak indah mcm ni jangan la lupe taburkan daun parsley kat atas..xde daun parsley tabur daun bawang or daun sup pon bole...




perrgggghH!!very cheesyyyyyy..not suitable for whom are in diet oke??




nak extra cheese mcm ni korg boleh la lebihkan chedder cheese dlm resipi korang










oke...dah ade yang meleleh air liur ke blom??

kalo dah ade meh kite tgok bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara membuatnyee...




BAHAN-BAHAN:

Setengah biji bawang besar & 2 biji bawang putih dipotong dadu

(tapi disebabkan kemalasan melampau aku gune bawang yang dah siap blander jew)

2 tbsp tomato puree

(aku xguna tomato puree sbb malas nak bukak tin so aku gantikan dengan sos tomato jew)

2 tbsp cili boh

( aku malas nak gune cili boh so gune cili kering jew)

sedikit daging cincang

(xgune daging cincang sbb xsuke so gune sosej dan bebola ayam)

2 tbsp susu segar

( aku gune 1 kotak kecil susu jenama HL)

3 genggam macaroni

(tapi aku gune setengah kilo macaroni..sbb adik aku kuat mencekik..nak bg jiran lagi)

2 keping keju cheddar diparut

( aku gune 4 keping keju )

sedikit olive oil utk menumis

sedikit garam dan ajinomoto


CARA-CARA:

  1. Masakkan macaroni ikut belakang pek.dah sudah,tos kan air
  2. tumiskan bwg merah,bwg putih.dah naik bau..masukkan cili boh
  3. Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (utk bg xhangit).kemudian, tambahkan tomato puree/ sos tomato
  4. masukkan pula sosej & bebola ayam / daging cincang..masak sampai daging tu masak
  5. Masukkan macaroni..kemudian tambahkan susu segar
  6. bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese,gaulkan sampai keju cair.garam n ajinomoto to taste..tambah sedikit lada hitam utk lebih urrmmmppp..
siap dan sedia dihidang...




SELAMAT MENCUBA!! +)







oke nak tepek sekejap muke owner blog ni dimeja makan...
tapi kualiti gamba kurang meyerlah..

sila gunakan cermin mata 3D utk lebih kualiti ya??





K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"