CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Showing posts with label gosip. Show all posts
Showing posts with label gosip. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

sambungan kisah Apek!

ini adalah sambungan daripada cerita mengenai putus tunang Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek yang aku wat..klik SINI untuk bace..


“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA(METRO AHAD) kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.



Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.


Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.



Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”


Sumber : HarianMetro 31July 2011

Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek putus tunang?????????

hii...selamat berhujung minggu...arini aku xkemana-mana pun...menghabiskan masa dirumah...nak baca buku for exam...



sambil sambil dirumah tu aku pon melayari la internet...bukak bukak fesbook bace bace status orang and ade terdengar gosip panas!!dalam aty cakap "OMG!!"..korang dah tao tak gosip panas tu pasal ape???



cite pasal Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek putus tunang!terkejot beruk aku jap!sebelum ni aku ade la gak bace pasal gosip die dengan seorang gurl ni....konon-konon gurl tu skandal baru si Apek ni...tapi tak de la aku pecaye sangatkan..bese la orang glamor misti lah dilanda kontroversikan..




si tunangnya Elia pemilik blog Jejari Runcing tu pon aku tgok tak de la die update story baru pasal die dgn tunang die tu..tapi ade la macam entry yang berbunyi ala ala duka sket macam entry "doa buat Kekasih"..memula aku bace entry tu aku macam terdetik gak betol ke mereka ni ade masalah?tapi malas la lebih lebih sebab aku malas nak amek pot sangat pasal khabar khabar angin ni...



jadinya bile bace kesah pagi ni..sangat la terkejot jadinyaa...siap kua sotkabar frontpage ag...
hurm..sayang asenyaa....majlis tunang die aritu punye la grand..macam majlis nikah..last last putus plak...maybe bukan jodoh dia kan?xpe la..ade hikmah disebalik semua ketentuan Allah...



misty dia sedih kan?da la tak dapat melayakkan diri ke peringkat seterusnya bagi Kelayakan Piala Dunia Brasil 2014 pastu putus tunang plak..dah la nak dekat puase dan raya lagi..hurmm..
sebagai peminat aku doakan yang terbaik utk mereka berdua..semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ni dorang dapat la menjernihkan kembali hubungan dorang...dan dapat mengeratkan silaturahim bersama...aminn...


just recap masa majlis pertunangan mereka aritu...siap wat kad ag..tema arabic..cantik!!


ceriakan wajah mereka ketika dah mengikatkan tali pertunangan..jadi sanggupkah kamu wahai wanita untuk melukakan perasaan kaum sejenis mu??

sudahlah kaum hawa sering menjadi mangsa kaum adam and sekarang kaum hawa juga mahu menganiaya kaum hawa....


ini lah wajah wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Apek..
hurm...kalau bagi aku pilih..aku ase Elia lagi cantik manis...

Gadis ni dikenali sebagai Dahlia Teck..hurmm lebih kurang mcm tu la bunyiknya..aku pon xtau sangat...


see??cekcinyeeeeeeee...ohh Apek!!janganlah kau tergoda!!



hurm...aku pun tak tahu la sangat apa punca keretakan mereka ni..tak tahu sapa salah sapa betul..aku tak menunding jari pada sesapa tapi andai betul la ada insan yang menjadi peyebab kepada keretakan hubungan mereka, satu nasihat aku:



Andai kita adalah peyebab kepada keretakan hubungan seseorang adalah lebih elok kita mengundurkan diri..tidak manis kita membina mahligai bahagia andai ada insan lain yang menangis kecewa dengan mahligai kita itu..kelak takkan bertahan mahligai yang dibina itu...




K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"