CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Monday, February 28, 2011

seminggu sudah..

pejam celik..pejam celik..seminggu suda rupenya aku bekerja kat tmpat baru..
aku maseh lagi dlm proses menyesuaikan diri..
meyelesakan diri dgn tempat baru ni..
terlalu banyak perbezaannyee..
tapi...
aku cube menerimanya dgn penuh keterbukaan..
sbb ni tmpt aku mencari rezeki..
aku harus ikhlas menjalankan tanggungjawab aku...


seminggu di tempat baru aku da hapal menu2 d kantin sekOlah!
adOooii..aku kurang gemar la dgn menu2 kat sKOlah ni..
xde 1 pOn yang menarik selera aku...
ari2 lauk yang same jew..
harga plak xstabil..
hOpe skOlah dpt tender laen laa...


seminggu ditempat baru..aku dah makin lali dgn suasana bising...
smpi2 skOla bising..tgh hari bisisng..ptg bising..
adOooiiii bebudak ni...
xreti nak berdiam diri lansung!ish....


Seminggu ditempat baru..aku maseh belom menjlnkan tugas aku yg sebenar2nye..
aku cume memangku tugas2 yg sedia ade saje..
tugas2 utk aku mmg dah ade cume belum diserahkan pada aku sepenuhnye...


seminggu ditempat baru...aku dah hapal sket jln2 kat Klang..
mase memula dulu, 2,3 kali gak la tersalah jalan...
tp skang x lagi...
tp..hOnestly aku xsuke la drive kat Klang..
sgt byk jentera berat..
Lori dan bas..


seminggu ditempat baru..aku berharap aku semakin dpt meyesuaikan diri..


kOwgg..
trOs dOakan aku..
menjalani kehidupan seharian aku..
aku perlukan kekuatan...

Monday, February 21, 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Saturday, February 19, 2011

24 ciri-ciri orang yang mencintai kamu..

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.


Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.


Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.


Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.


Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.


Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


“Adakah pernah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”


Bye2 SENHENG..Hye2 SMK RAJA MAHADI

hey..hey..hey..
alooooooppppppppp..
u Olsssss..ade tgOk2 ke belOg aku ni??
lame dah xmenggupdate belOg aku ni..
agak bizi mengahabiskan mase2 yang kian suntuk di Ampang..


start frOm tOday..Officiallynye..aku bkn lagi staff Senheng Electric (KL) Sdn Bhd...
peletakkan jawatan aku pada 28 January 2011 telah pu
n diterima [walaupon pada mulanya kene main tarik2 tali dgn bos]...
dan selepas ini secara rasminya aku akan menjadi salah seorang warga SMK RAJA MAHADI [setelah membuat penangguhan selama sebulan] dan akan mencurahkan khidmat bakti aku di sana selagi termampu...


agak sedih nak tinggalkan Ampang le
pas 23tahun membesar disini..
segala mcm cerita telah terlakar disini..
maybe ni la gak yang dirasakan oleh adik aku
mase famili berpindah ke Klang..
aku mara2 dia bile dia xnak pindah..
and now aku pulak yang merasainyee...


Menjadi warga Klang juga aku..
actually Klang on bandar maju mcm Ampang..
semua ade di Klang..cume xde kwn2 je la kat sana..
sbb kwn2 byk kat sini...
tapi walaupon jaoh dimata, korang tetap dihatiku...
semoga kite kekal sebagai sahabat selamanya...


SMK RAJA MAHADI..
hurmmm...bertemu lagi kite lepas ni..
aku akan jadi sebagai dari wargamu..
harap aku dapat sesuaikan diri...


Saturday, February 5, 2011

jalan-jalan kenduri kawen..

hari ni hari aku berjalan2...p xberjalan ke mane pOn..gi kenduri kawen kat umah kawan papa..
nama kawan papa tu Pakcik Bakar..dari last week ag papa dah kate nak gi kenduri kawen tu..
aku xkesah pOn sO ikOt saje la..
lagi pOn anak kawan papa tu aku kenal..
memula ingatkan ci Amir yang kawen...sbb Amir dah tunang gak..
p rupe2nye yang kawen tu kakak die...
bapak Amir kate Amir kawen bulan 4 nnt..
p xbuat kat cini pOn..wat kat belah ppuan jew kat Kedah..
huhu..k la..Layan je la gamba ni...


**ni sebab bOwing..tu yang nak menulis walaupOn xde pe yang nak ditulis**


Otw nak pegi kenduri kawen kat Ampang..walaupOn dOk blakang still kene pkai seatbelt Oke?safety first..btw..muke aku ade mcm muke Chinese x?

gOodies frOm pengantin..

aksi2 selepas mkn..



huhu..ni pic paling huduhku...-->kOnOn2 sblOm2 ni punye gamba chantek la sgt =P

dengan mama..da nak pulang..bykkan gOddies kitOrg dpt..

huhu..muke mama dah bOsan nak layan aku!
mama kate "da la tgh2 panas ni"hehe..

Friday, February 4, 2011

SAYA BLOGGER SI DARA

heeeeeee.....da abes wat entry tu sO nak jOin la segmen yang diadakan Oleh blOgger tercinta ni =)
kalO kOwg nak jOin gak sile la.


CARA PENYERTAAN :
1. BUAT TAJUK ENTRY " SAYA BLOGGER SI DARA "

2. CERITAKAN LIMA(5) KEISTIMEWAAN BLOG ANDA
3. LISTKAN LIMA(5) KELEBIHAN JOIN BLOGGER TERCINTA (BTO)
4. LINK PAGE BTO SEMESTINYA ADA DALAM ENTRY <3


so lets we start!!



1. BUAT TAJUK ENTRY " SAYA BLOGGER SI DARA "

done!

2. CERITAKAN LIMA(5) KEISTIMEWAAN BLOG ANDA
  • simple! x byk aksesOri..xsaket mate bile membace =)
  • ade byk stOry pasal diri sendiri...
  • ade lagu beshh utk kOwg dengar sambil membace..hehehe ;)
  • ade gak infO2 terkini yang bOle dikOngsi...
  • platfOrm utk kwn2 taO perkembangan diriku--> even bOypren ku pOn bace blOg aku utk taO cite psl aku!hehehe
3. LISTKAN LIMA(5) KELEBIHAN JOIN BLOGGER TERCINTA (BTO)

  • dapat tengok blog yang chantek2!!
  • dapat taO gadjet2 blOgging yang best!
  • dapat sharing infO
  • dapat kawan-kawan baru yang sealiran --> kaki blOging juge ler!!
  • n dpt kembangkan ag bakat berblOgging bile dah byk kenalan...hehehe
4. LINK PAGE BTO SEMESTINYA ADA DALAM ENTRY


done! --> p xtaO jadi ke x..tadi punyer link mcm xjadi jew!sOwie admin..help me please =(


Okey da siap!fuhhh kiri...fuhhhh kanan!harap2 menjadi ler....

Blogger Tercinta


tadi saje jew usha2 page kwn2 kat fesbuk..
pastu ternmpak plak page nih..
mcm besh!..utk blOgger2 yang suke berblOgging..
walaupOn aku bukan la blOgger tegar, tp aku suke gak berblOgging bile ade mase..
sO aku pOn like la page tuh..
mane taO kOt2 dapat kwn2 blOgging baru ;)
Opppsss kawan saje Oke?bukan mencari teman hidup sbb saye sudah pOn berteman..heeeeee ;)


Oke la..tO all blOgger yang nak like page ni sile tekan jew link dibawah ini Okiess??


Wednesday, February 2, 2011

MAHER ZAIN LIVE CONCERT IN MALAYSIA!!

MAHER ZAIN Live in Concert..
featuring: Mersut Kurtis (Macedonia), Irfan Marki (Canada), Inteam (Malaysia)
Venue: Stadium Malawati, Shah Alam
Dates: 25& 26 February 2011
Time: 8pm onwards
Ticket Price: RM297, RM253, RM203, RM103, RM53

Tuesday, February 1, 2011

ketegangan di EGYPT..MESIR..sila sebarkan..

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir.
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.


3. 6000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI


4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak.
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini jugahttp://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI


5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan.
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie. Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.


6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar
Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita


Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi:

Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923 Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch

Twitter: DyyaDizarch

Blog: Nadia-ism

YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.- Nadia


8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.


9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. What’s happening in Egypt

4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.dipetik dari http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html
5000 Most dangerous Criminal escaped in Egypt - Breaking News Allvoicesgoo.glEgypt: Protests Enter Sixth Day Amid Jail Breaks;

PM: We're Watching Egypt Closely; Thousands of Egypt's Inmates Escape; US Embassy tells Americans to weigh leaving Egypt; Thousands of inmates escape.

p/s: sama2 mendOakan keselamatan sedara-mara dan sahabat-sahabat kita di sana..InsyaAllah..

kredit: to owner of this article (Nadia)..

itulah SAYANG..

tanya sama hati
apa asal sayang..
adakah tandanya nampak dipandang..
kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya..
punya tanda-tanda hubungan mesra..
tanya sama hati
pernahkah merindu..
ingat masa lena apa mimpimu..
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan itulah sayang..
tanya sama hati
apa asal sayang..
adakah tandanya nampak dipandang..
kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda-tanda hubungan mesra..

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"