CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Friday, December 28, 2012

Kesibukan yang tak dapat diluah dengan kata-kata..

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni bebanan kerja sangat la banyak.. Kadang-kadang rasa tak tertanggung.. Cuti skola taun ni ase mcm tak cuti lansung.. Takde rehat.. Takde wat kerja rilex2..

Blom habis yang tu datang yang ni lak.. Sampai nak wat bnda kecik-kecik pon contoh mcm nak ke tandas ase malas. Alasan sebab takot keje x sempat siap.. Hurm.. Memang tak sempat gak siapnya..

Dulu ingat kerja kerajaan ni tak sibok mane.. Sape yang kate mcm tu meh nak tepok2 dahi.. Konklusinya kerja apa pon ade risikonya ade dugaannya ade cabaran..

Tak terasanya pon bahang taun baru.. Takot nak mengadap taun baru ade la sebab kerja taun ni pon tak settle lagi.. Macam mane? Tak cukup kaki tangan btol..

Hopefully everything will be fine soon..



Sunday, December 23, 2012

Natural make-up

Assalamualaikum..

Quick update.. Natural make up @ teluk intan..



Friday, December 7, 2012

sekecil-kecil usaha untuk membantu..

Assalamualaikum,



Sebenarnya nak bercerita, tapi takut sangat cerita ini takut ade yang fikir nak tunjuk riak pulak.. Sebelum pape yang kurang cantik dilemparkan, aku nak mohon maaf sangat-sangat kalau ade yang fikir ini riak. Sungguh hanya sekadar ingin bercerita. Manalah tau, ada positifnya cerita ini.



Bulan lalu, masa Gaza diserang oleh rejim Israel, aku rasa terpanggil untuk membantu. Sebabnya dalam kepala hotak ni asyik terpikir "Apa yang boleh aku buat untuk membantu?" Nak pergi berperang?? Tapi basic ketenteraan lansung xde.. Masa sekolah dulu pon, pengsan masa tengah berkawad. So macam mane nak berperang?



Kemudian, terfikir mungkin boleh membantu dari segi kewangan. Tapi, kalau aku sorang je yang hulurkan bantuan kewangan mungkin tak banyak. Pastu aku terpikir untuk dapatkan tabung bantuan supaya aku boleh mengumpul lagi banyak bantuan kewangan untuk membantu rakyat Gaza. Alhamdullilah, niat aku tu dipermudahkan oleh Allah. Aku mendapat saluran yang betul dalam memperolehi tabung bantuan tersebut. Aku telah berjumpa sendiri dengan wakil dari Aman Palestin untuk mendapatkan tabung. (Untuk pengetahuan, Aman Palestin adalah sebuah badan NGO yang aktif dan memperjuangkan dan membantu rakyat Palestin yang telah ditindas oleh rejim zionis)



Dan alhamdullilah, aku jugak dapat support dari kawan-kawan.. Kawan-kawan sukarela untuk membantu mengumpulkan sumbangan untuk rakyat Gaza.






Jadi, dengan bantuan kawan-kawan, tabung bantuan ini telah bergerak ke beberapa sekolah di daerah Klang untuk mendapatkan sebanyak mungkin sumbangan. Dan alhamdullih, sepanjang seminggu tabung-tabung ini telah berada 14 buah sekolah daerah Klang dan dapat sejumlah kutipan yang boleh dibanggakan. Aku rasa terharu sangat bile dapat sokongan macam ni.. Ini pon, kutipan hanya dibuat pada kakitangan sokongan saje sebab cikgu-cikgu bercuti pun dah dapat dapat jumlah yang membanggakan. Alhamdullilah...







Beberapa hari sebelum Misi Solidariti ke Gaza bersama Aman Palestin, aku dengan beberapa rakan telah berjumpa lagi dengan wakil Aman Palestin untuk menyerahkan kutipan tersebut. Syukur.




Ini pon belum habis kutip lagi semua sekolah daerah Klang ni.. In Sha Allah akan meneruskan lagi kutipan kerana sumbangan kepada penduduk Gaza masih berterusan..


Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi pihak Aman Palestin sendiri. Jamin mereka, setiap sen yang kita sumbangan akan sampai kepada penduduk Gaza.







p/s: thanks banyak2 pada famili, kwn2, bf yang banyak support dalam mengutip sumbangan ini. Semoga ada bahagian untuk kita semua walaupon sekecil zarah. Dan semoga bantuan dari kita semua dapat meringankan beban mereka dan mengembirakan mereka di Gaza. Allahu Rabbi..



thanks for reading,

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"