CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Tuesday, May 29, 2012

selamat pengantin baru...

Ini kakak sedara kita..


Kita da lama sangat-sangat tak jumpa dia.


Serius kita rindu!


Rindu sangat-sangat!


Sekarang dia dah kawen..


Cantikkkk sangat dia!


Tapi dia memang cantik pon..


Lemah lembut..


I love her soo muchhh!!


Selamat pengantin baru kak nana..


May u happy till jannah...


May god bless u and your family..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 23, 2012

Deringan telefon buat kita fobia bila...

Assalamualaikum wbt..





Tahun ni pengalaman pertama kita kena audit.. setiap saat audit call tanya itu tanya ini.. nak itu nak ini..


ohh kite stress!!


Bila telefon berbunyi je dalam hati berdoa, "mintak-mintak bukan audit".


tapi masalahnya bila doa bukan audit, tp itu lah audit..


so sekarang kita fobia dengar bunyik telefon...





ohhhh audit...


cepat lah berlalu...


be nice to me ya.. =)







thanks for reading,

Selamat Datang REJAB





Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.


copy paste dari SINI





thanks for reading,

RESIPI SIHAT, MUDAH DAN SEDAP.

Assalamualaikum wbt.


haritu kan, kita puasa. Paham-paham je la kan bila puasa, mengidam macam-macam la untuk berbuka. Nak jadikan cerita haritu aku mengidam nak makan garlic bread dengan mushroom soup. huh.. mat salleh sungguh tekak aku ni time-time puasa ni.. pulak tu nak yang homemade. jenuh la aku google resipi. nasib baik la ade member yang baik hati bagi resipi yang sangat mudah untuk buat garlic bread ni.. sangat-sangat mudah dan dijamin sedap!




jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaan garlic bread ni.


1)


Roti.

Tak tahu la apa nama roti ni... boleh guna roti apa-apa je.. nak macam kat restoren pakai lah roti french yang panjang tu.. then potong serong-serong. kalau roti macam ni nak sedap kene buang kulitnya la.. guna roti gardenia pon boleh jugak..



2)


Golden Garlic Spread.

Ni macam butter yang berperisa garlic tau.. kalau korang nak guna garlic yang betul pon boleh gak tapi banyak kerja sket sebab kene lembutkan garlic dulu, pastu gaulkan garlic dengan butter then baru sapu pada roti. kalau gune ni senang je.. sapu je terus. senang. boleh didapati dimana-mana tesco atau giant dengan harga yang pelbagai. pilih je..



kemudian sapu lah Garlic SPread tadi kat atas roti tu...




sebelum bakar macam ni lah rupanya... sapu macam sapu marjerin biasa kat roti tu.. gambar bila dah siap tak sempat nak snap sebab dah azan berbuka so terus ngap! hehehe



lawan garlic bread ni mistilah mushroom soup kan? aku gune mushroom soup segera je. Abadi punye. Sangat sedap!



mushroom soup yg sangat nyummi!! >.< mudah kan? senang dan pasti sedap! lagi sedap dari pizza hut.. Selamat Mencuba.. bye thanks for reading,

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"