CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Friday, December 28, 2012

Kesibukan yang tak dapat diluah dengan kata-kata..

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni bebanan kerja sangat la banyak.. Kadang-kadang rasa tak tertanggung.. Cuti skola taun ni ase mcm tak cuti lansung.. Takde rehat.. Takde wat kerja rilex2..

Blom habis yang tu datang yang ni lak.. Sampai nak wat bnda kecik-kecik pon contoh mcm nak ke tandas ase malas. Alasan sebab takot keje x sempat siap.. Hurm.. Memang tak sempat gak siapnya..

Dulu ingat kerja kerajaan ni tak sibok mane.. Sape yang kate mcm tu meh nak tepok2 dahi.. Konklusinya kerja apa pon ade risikonya ade dugaannya ade cabaran..

Tak terasanya pon bahang taun baru.. Takot nak mengadap taun baru ade la sebab kerja taun ni pon tak settle lagi.. Macam mane? Tak cukup kaki tangan btol..

Hopefully everything will be fine soon..



Sunday, December 23, 2012

Natural make-up

Assalamualaikum..

Quick update.. Natural make up @ teluk intan..



Friday, December 7, 2012

sekecil-kecil usaha untuk membantu..

Assalamualaikum,



Sebenarnya nak bercerita, tapi takut sangat cerita ini takut ade yang fikir nak tunjuk riak pulak.. Sebelum pape yang kurang cantik dilemparkan, aku nak mohon maaf sangat-sangat kalau ade yang fikir ini riak. Sungguh hanya sekadar ingin bercerita. Manalah tau, ada positifnya cerita ini.



Bulan lalu, masa Gaza diserang oleh rejim Israel, aku rasa terpanggil untuk membantu. Sebabnya dalam kepala hotak ni asyik terpikir "Apa yang boleh aku buat untuk membantu?" Nak pergi berperang?? Tapi basic ketenteraan lansung xde.. Masa sekolah dulu pon, pengsan masa tengah berkawad. So macam mane nak berperang?



Kemudian, terfikir mungkin boleh membantu dari segi kewangan. Tapi, kalau aku sorang je yang hulurkan bantuan kewangan mungkin tak banyak. Pastu aku terpikir untuk dapatkan tabung bantuan supaya aku boleh mengumpul lagi banyak bantuan kewangan untuk membantu rakyat Gaza. Alhamdullilah, niat aku tu dipermudahkan oleh Allah. Aku mendapat saluran yang betul dalam memperolehi tabung bantuan tersebut. Aku telah berjumpa sendiri dengan wakil dari Aman Palestin untuk mendapatkan tabung. (Untuk pengetahuan, Aman Palestin adalah sebuah badan NGO yang aktif dan memperjuangkan dan membantu rakyat Palestin yang telah ditindas oleh rejim zionis)



Dan alhamdullilah, aku jugak dapat support dari kawan-kawan.. Kawan-kawan sukarela untuk membantu mengumpulkan sumbangan untuk rakyat Gaza.






Jadi, dengan bantuan kawan-kawan, tabung bantuan ini telah bergerak ke beberapa sekolah di daerah Klang untuk mendapatkan sebanyak mungkin sumbangan. Dan alhamdullih, sepanjang seminggu tabung-tabung ini telah berada 14 buah sekolah daerah Klang dan dapat sejumlah kutipan yang boleh dibanggakan. Aku rasa terharu sangat bile dapat sokongan macam ni.. Ini pon, kutipan hanya dibuat pada kakitangan sokongan saje sebab cikgu-cikgu bercuti pun dah dapat dapat jumlah yang membanggakan. Alhamdullilah...







Beberapa hari sebelum Misi Solidariti ke Gaza bersama Aman Palestin, aku dengan beberapa rakan telah berjumpa lagi dengan wakil Aman Palestin untuk menyerahkan kutipan tersebut. Syukur.




Ini pon belum habis kutip lagi semua sekolah daerah Klang ni.. In Sha Allah akan meneruskan lagi kutipan kerana sumbangan kepada penduduk Gaza masih berterusan..


Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi pihak Aman Palestin sendiri. Jamin mereka, setiap sen yang kita sumbangan akan sampai kepada penduduk Gaza.







p/s: thanks banyak2 pada famili, kwn2, bf yang banyak support dalam mengutip sumbangan ini. Semoga ada bahagian untuk kita semua walaupon sekecil zarah. Dan semoga bantuan dari kita semua dapat meringankan beban mereka dan mengembirakan mereka di Gaza. Allahu Rabbi..



thanks for reading,

Tuesday, November 27, 2012

Maher Zain - Palestine Will Be Free

Assalamualaikum,


Tersentuh sangat rasa hati dengar lagu ni.. bergenang airmata mendengarnya.. tapi still keep listening this song again and again..

No mother no father to wipe away my tears.. T_T

Sangat tak dapat membayangkan macam mana kalo aku berada di tempat anak2 Palestine.. kecik2 lagi dah kehilangan ahli keluarga.. Sedihnya... [x dapat nak tulis lagi dah]..





Every day we tell each other
That this day will be
Will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights
What happened to the sanctity of life
And all those other lies
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free


Kepada sesiapa yang membaca, I beg, please always pray for Gaza, for Palestine.. Kita sebahagian daripada mereka. Malah, Nabi sendiri pernah bersabda, barang siapa diantara kita tidak mengambil berat sesama kita saudara Islam, maka, mereka bukan tergolong dalam golongan umat-Nya.. {Correct me if I'm wrong}


thanks for reading,
 

Thursday, November 15, 2012

Wordless Wenesday: Once upon a time..

~ Nampak sangat muka dak sekolah.. Ase mcm totally out dengan muka sekarang.. Tapi rasa mcm dulu lg comel..hehehe ~


Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum..

Hai smua.. Alhamdullilah kite dapat merasai suasana maal hijrah pada tahun ni..

Takde ape nak dicakap sangat.. Cume sangat berharap moga tahun ini aku dapat lebih perbaiki diri untuk menjadi wanita solehah.. Insyaallah...

Till then, bye..

Tuesday, November 13, 2012

Mekap untuk si pengapit

Assalamualaikum,



Sejak dua menjak ni, serius tak ada masa nak update blog.. Sibuk dengan kerja la.. Kalau nak update kat sekolah memang tak sempat lah.. Pastu bile balik umah pulak buat itu ini lagi, pastu asal pukul 9 je mata mesti dah mengantok nak tido.. Drama kat tv pon banyak dah tak layan.. Apakah ini faktor pertambahan usia??huhu...



Oke, aritu member aku mintak aku mekapkan dia.. Since aku pun berniat nak menceburkan diri dalam bidang solekan dan andaman ni, so aku pon terima dengan berbesar hatinya lah.. BTW, kalau korang yang membaca blog aku ni, mesti perasan yang aku jarang update pasal mekap kan? ini adalah kerana aku tiada muka untuk diconteng.. Aku tak suke mekap muka sendiri sebab aku rasa adalah sangat tidak mencabar mekap muka sendiri.. Jadi, bila ada orang yang mintak dimekapkan memang aku sangat suka la kan..




Jadi, ini lah hasilnya.. Mekapkan beliau pepagi buta lagi sebab die nak bergegas ke rumah pengantin untuk bersiap..



Sebelum..



Selepas...





Hurm, eyeshadow kurang nampak.. Maklum la kami ni takde DSLR.. hanya menggunakan khidmat Mr. Samsung je untuk ambil gamba... Aku gunakan eyeshadow warna gold+brown.. sebab dia nak yang simple2 je..



Oke nanti update lagi ek.. Kalau ade sape2 yang sudi muka mereka diconteng sila contact aku.. FOC.. No charge..





thanks for reading,

Wednesday, October 17, 2012

Monday, October 15, 2012

Kejutan Luar Biasa Di Hari Jadi Ku..

Assalamualaikum,



Disebabkan bulan ni masih bulan Oktober, which is masih bulan untuk aku.. so nak sambung cerita mengenai aku lagi la.. sudi-sudilah kiranya korang membaca.. kalau ada yang tak sudi boleh la tekan tanda [X] di sebelah atas kanan anda..


Dalam entry HAPYY 25th BIRTHDAY aku haritu, aku ada kata nak cerita pasal surprise yang kawan-kawan aku buat untuk aku kan.. seriously it was surprised!! memang aku tak jangka sangat-sangat.. I don't expect they will celebrate my birthday since aku lah yang agak tua dari kalangan mereka semua.. aku dah 25 tahun tapi kebanyakkan dari mereka masih berumur 24,23 and even 22 tahun pon ada.. So memang tak jangka la di usia 25 tahun ni ada kawan yang sudi meraikannya.. I'm really touched! :')




Nak dijadikan cerita, malam 5 Oktober haritu, aku memang tau Fae and Faz nak datang ambil aku.. Tapi yang aku tahu just mereka berdua je lah yang akan datang ke rumah aku.. tu pon masa nak datang dorang tak inform nak sampai or nak gerak.. Tetiba dapat msg kata dah ada depan rumah.. Agak kelam kabut juga la nak bersiap.. dah tu keluar dari rumah terus lah menuju ke kereta Fae tanpa sedikit pon rasa curiga dihati.. Bukak pintu belakang je, tetiba.... PUUPPPP!!! kena baling dengan tepung!! Memang aku tak tahu lansung belakang keta tu sebenarnya dah ada yang menunggu.. Dah kena baling tepung tu ape lagi, datang lagi beberapa orang dari keta lain keluar sambil sembur dan spray macam lagi la.. aku macam tergamam! terkejut! jadi blur.. apa ni? apa ni?




aku sempat cakap kat dorang birthday aku 9hb bukan 5hb and dorang kata saje nak buat surprise awal sebab 9hb tu weekdays.. Pastu datang kwn dari belakang (aku pon lupa siapa sebab it's happen so fast) bawak kek sambil nyanyi lagu birthday... time ni memang aku dah rasa nak nangis! even masa nak menaip ni pon air mata dah bergenang... bila difikirkan setiap detik tu rasa terharu sangat... Sangat-sangat tak sangka yang dorang sanggup buat plan utk aku... Terima Kasih Sahabat... Hanya doa yang mampu aku panjatkan untuk kamu semua.. Semoga kamu semua dibawah keberkatan dan lindungan Allah.. dan semoga ikatan persahanatan ini takkan terhenti setakat ni saje..



Bila tengok gamba-gambar ni, tersenyum dan tangisan.. Tangisan gembira dan bahagia kerana dikurniakan sahabat seperti mereka..





comot! I'm 25 already dalam keadaan comot.. :)


























agak teruk.. setelah beberapa tahun tak kena baling tepung sebab faktor usia yang makin meningkat, tapi tahun ni terkena lagi... Luckly takde telur.. kalau telur, ish! can't imagine!





nak balik la.. *majok!* hihihi... Dari ujung kepala sampai ujung kaki terkena balingan tepung tu...






wajah-wajah mereka yang bertanggungjawab membuat surprise! (Dari kiri: Fae, Din, Faz, Ila dan Laili) Dengar cita, Kak Arfa pun sepatutnya join, tapi terpaksa tarik diri disaat-saat akhir atas faktor kesihatan.. Maklum la beliau kini sedang berbadan dua..





sibuk tengok hp and bercerita mengenai rancangan untuk aku yang telah berjaya dilaksanakan..






Big Mastermind! Rancangan dijalankan tanpa sikit pon dihidu oleh aku.. tau-tau je dah terkena.. Fae kate, plan dia buat seminggu.. dia yang dapatkan confirmation dari kawan-kawan lain yang nak join surprise ni..





hamboiii.. suka ye kenakan aku??? tapi takpe.. see u next year!!! gggrrrr.... Tengok la tangan si din tu.. dah macam pakai glove! sebabnya dia mengenggam tepung punya lama sementara tunggu aku sampai kat kereta..




my cake!!! black forest.. serius I'm like it! bawak balik rumah, adik sedara pon suke.. dia siap abiskan..huhu





ni muke dah fresh.. dah bersih dari segala kekotoran.. ikot diorang ke mamak stall potong kek..



Bulan yang tak mungkin aku lupakan for the rest of my life.. sebab tu aku abadikan dalam blog aku ni.. biar cerita ini aku dapat kongsikan dengan semua pembaca..

Oh lupa pulak.. thanks juga kepada Encik BF.. setiap tahun anda tak pernah mengecewakan.. I really love it! <3 P/S: Nanti nak update pasal hadiah-hadiah yang diterima la pulak... heee.. Sweet 25! :) thanks for reading,

Elianto buat muka rasa segar..

Assalamualaikum..

Masa puasa haritu kan, elianto ade wat sale raya dan merdeka.. So bila da tau elianto ade sale tiap-tiap minggu la pegi Jusco pastu buat-buat terlalu dpn elianto pastu buat-buat cakap "eh2 ade sale la!"... Keji tak peragai? Padahal mmg koo da tau da elianto sale..

Pastu ape lagi.. Asal singgah je membeli.. Asal beli je misti singgah.. And antara salah satu yg aku beli adalah mask sepeti gamba diatas.. (erk..gamba kuar dulu br explanation..update gune blogger for android jd mcm ni ler...)

Masa aku beli mask ni diskaun 50%.. Berapa harganya aku da lupe sbb puase pon da lama berlalu.. Tp agak murah so aku tibai la amek beberapa paket mask ni..

And beberapa hari lepas aku da pkai mask tu and my review as below..hehehe.

# BEST! BEST! BEST SANGATTTTTT!!! Sbb? Bila da pakai kan muka rasa sgt freshh! Rasa nak je ngadap cermin sambil belek2 muke.. Rasa sgt lembut, segar dan menawan..

# ade bau yg best jugak.. Bau macam cincau.. So sepjg pakai mask tu rasa mcm sedang minum cincau..

Aku tak tau nk review mcm mane lagi tapi overall mmg best! Korang try la.. Sure tak menyesal.. Oh ye... Ade pelbagai jenis mask ni.. Yg aku pakai tu anti-oxidant.. Sbb tu best! Sure pasni aku beli lagi..

Selamat mencube utk korang :)

Thanks for reading this,


Thursday, October 11, 2012

HAPPY 25th BIRTHDAY TO ME :D

Assalamualaikum..




Alhamdullilah.. 19.10.2012 haritu genap umur 25 tahun...





Officially 25th! :D


Alhamdullilah sangat-sangat masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi Allah ini.. Meyaksikan pelbagai perkembangan dunia.. masih diberi peluang untuk bersama-sama dengan keluarga, adik beradik, saudara mara dan sahabat handai.. Alhamdullilah..



Well, wishlist aku untuk tahun ni:

# Memperbaiki diri menjadi muslimah solehah.

# Semoga peluang aku untuk jadi Mak Andam @ MUA lebih cerah.

# Teringin sangat nak jadi sukarelawan dan melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan.



Itu lah yang aku harapkan diusia baru ini.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.



Jupe lagi.. Nak update cerita pasal surprise birthday..


thanks for reading,

Friday, October 5, 2012

OOTD : Di tepian pantai

Assalamualaikum,


Hehehe.. OOTD la sangaattttttt..


:p


to whom yang tak tau OOTD tu stand for what, let me explain..


OOTD = Outfit Of The Day



I'm not a fashionista... Fashion disaster yes I am.. :)







Boleh try pakai macam ni ditepian pantai..


just pakai loose blouse, long skirt, shawl and sandal..

ditiup angin sepoi-sepoi bahasa nyaman dan asyik!




lokasi: Beras Basah Island Resort, Langkawi.




Thanks for reading,

BURGER SAKURA ke BURGER SAMURAI??

Assalamualaikum..


Teringat cerita Faezah semalam.. Dia bersembang dengan member ofis dia kate "Eh, jum makan berger Sakura".. Dia pon blur burger sakura mana.. Rupanya Burger Samurai.. hihihi..dua-dua pon Jepun marii... so confius..








Okey sapa pernah makan burger terbaru dari MCD ni?? Aku dah makan sekali.. Sekali je la untuk merasa.. Dah dok tengok fb masing-masing kata sedap so nak la try kan..



Bila dah try, hurmmm sedap lagi GCB.. Samurai ni sos teriyaki dia terlalu manisss... Macam tak sesuai pulak sos semanis itu makan dengan daging burger. Aku makan daging tak abis.. Lepas tu kentang nya pulak ade campur mcshaker.. boleh goncang-goncang dengan perencah kari yang disediakan.. Rasanya?? sangat tidak sedap!! ooohhh tak shukerrnyaaaaa...



Yang sedap bagi aku hanya lah air dia.. Sakura Mc Fizz.. sangat sedap! Fusion Rebina + Sprite..



Tu cuma selera aku saja lah.. Maybe Burger Samurai tu bukan citarasa aku.. Maaflah ye kalau ade yang tak suke komen aku ni.. hihihi..


What ever it is, ENJOY YOUR MEAL! :)





thanks for reading,

Wednesday, October 3, 2012

FENOMENA HALO - KEKUASAAN ALLAH

Assalamualaikum,






Ni gambar fenomena Halo yang saya sendiri saksikan.. Masyaallah.. Sepanjang hampir 25 tahun hidup, ini kali pertama berpeluang melihat kejadian alam ini dengan mata sendiri.
Syukur.



Pada mulanya ingatkan gerhana matahari.. tapu pelik gak sebab kalau gerhana matahari kenapa ade seolah-olah cahaya pelangi disekelilingnya? rupanya ianya adalah fenomena halo dimana cahaya seakan pelangi mengelilingi matahari.


Btw, banyak pulak rumors yang kedengaran selepas melihat fenomena halo ni.. Waallahualam..





thanks for reading,

Thursday, August 16, 2012

make-up dihari raya

Assalamualaikum..


Lagi berapa hari je kan nak beraya.. macam mane persiapan? baju raya? kasut raya? semua dah cukup? aku tahun ni ala kadar saje la.. kasut pon tak beli sebab baru perasan ade 3 pasang lagi kasut Vincci yang aku tak pakai lagi.. jadi la buat raya..



Di pagi raya misti ramai yang nak tampil cantik menawan kan? aku duk google gak mekap-mekap di pagi raya and aku terjupe ini.. macam boleh jugak try untuk ke open haouse nanti.. ni nak share sikit lah dengan korang..






auwww.. sapa nak try mekap macam ni di pagi raya?? ala-ala arabic gitu.. tp fokus mata macam ni sesuai untuk malam.. tapi siang pon oke..cume jangan terlalu shinning2 la..





haa yang ni plak bagi siapa yang nak simple mekap saje.. sesuai untuk mekap disiang hari..

(ehsan daripada page Jom Belajar Mekap)



sape ade lagi yang sesuai? boleh la kita sharing.. sharing is caring kan??



oke la..till then..bye





thanks for reading,

Wednesday, August 15, 2012

Iftar di steamboat lagi..

Assalamualaikum..

Ni kan quick update.. Nak bagi tau yg aku memang suke makan steamboat.. Sebab kat steamboat la bole makan sampai lebam..

Dulu memang aku tak makan byk and rugi kalo bawak aku pergi buffet but now, buffet la yang paling digemari..hehehe..tengok la berat skang dah bape..

Bulan puasa ni buat kali keduanya berbuka di buffet steamboat.. Kali ni di Q Thai Steamboat & Grill dekat Ampang..

My komen? Hurm..tak sedap sangat.. Sedap lagi steamboat kat Shah Alam tempoh hari.. Makanan pon tak banyak pilihan macam tempoh hari.. Harga pon dah semestinya la lain jugak kan.. Dekat sini sorang dikenakan cas RM30.

Yang aku tak suke kat sini sebab hrga minuman cas lain. Tak termasuk dalam RM30 tadi tu.. Pastu setiap kali tambah air bayar lain lagi.. Cube bayangkan kalo 3jam duk situ, tak kan nak minum air segelas je kan??misti lah air bertambah-tambah kan..

So dari 5 bintang aku cume bagi 2 setengah bintang saje la based on pilihan dan kualiti makanan..

Oke lah..till then.. Bye..


Thursday, August 9, 2012

Gaya _ Gaya Seorang "Pemboling"

Assalamualaikum...


Sedar tak sedar dah 20 hari kita berpuasa.. maknanya tak lama lagi nak raya la..
tapi sekarang ni tak boleh nak fikir raya sangat sebab kena fikir final exam.. insyaallah tinggal 2 paper lagi...



Sebabkan nak exam ni, kekadang stress la jugak duk mengadap buku je... nak hilangkan stress layan la gambar-gambar cuci mata dan minda.. bila dah tengok gambar teringat la balik kenangan masa gambar di rakam..


ni nak share dengan korang gambar masa bowling tournament sebelum puasa haritu..





gaya penuh keayuan seorang wanita (ehem-ehem) lalalala..



gaya OMG!!! Mane bola aku pergi????



gaya seorang ibu membaling bola.. penuh cermat dan berhati-hati..



gaya nak marah je ni.. macam nak terkam semua pin tu.. misti dalam hati kate "kalau tak masuk ni siap kau bola.. jadi empat segi kau nanti!" :p




gaya sayang bola boling... sebab bola sendiri kan.. rasa macam nak guling sekali dengan bola tu.. :p





gaya terkejut.. macam tak percaya bola tu guling straight di landasan yang beanr..hihi



haaaa..ni baru lah gaya seorang juara.. hehehe




pstt.. entri ini cuma suke-suke saje ye.. maaf kalau ada yang marah... ape pun gaya kawan-kawan, i tetap heart u oll.. hehehehe



till then.. bye..





thanks for reading,

Thursday, August 2, 2012

Word Of The Day


"Ketawa seorang wanita lebih ikhlas dari ketawa seorang lelaki..

Air mata seorang lelaki lebih jujur daripada air mati seorang wanita"

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 1, 2012

Wordless Wednesday : feeling2 photoshoot majalah :p


Nota dila: hehehe..maaf..syok sendiri!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 29, 2012

Iftar di Segi Seri Steamboat, Shah Alam

Assalamualaikum..



Alhamdulilah dapat pon beriftar bersama kawan-kawan sama aliran ni.. sambil-sambil makan dapat gak mengeratkan hubungan silaturahim sambil bercrita mengenai kerja...


Majlis berbuka puasa yang telah dirancang oleh admin ni berjalan dengan lancarnya.. tempat yang menjadi pilihan adalah SEGI SERI 3 in 1 STEAMBOAT bertempat di Shah Alam...



Cerita pendek saje kali ini ye..



haaa.. tengok tu.. macam-macam kiorang amek.. tapi ni baru sikit tau.. hampir penuh satu meja kitorang dengan makanan sesajerr...





Selain steamboat, ada juga makanan lain yang dihidangkan.. Macam nasi goreng, nasi puih, lauk-pauk, chicken wings and macam-macam la..

Nak bagitau lah ni yang chicken wing dia seris sedapppp!!! sedapp sangat-sangat! aku makan banyak chicken wings tu, sampai member kata rui lah sebab makanan lain banyak lagi tak rasa...






Satay pon ada.. tapi kalau nak makan satay kene bakar sendiri ye.. haa ni bukan kerja aku bakar membakar.. kerja aku makan sahaja.. so biarkanlah mereka membakar dan kita menunggu sahaja...




Sebelum berbuka marilah kita main masak-masak dulu..





Muka-muka lega lepas makan.. kenyang sagat-sangat sampai dah tak larat nak tengok makanan.. Aku memang dah tak bangun-bangun lagi dah lepas tu.. Tak larat.. main order je kalau rase nak makan pape lagi..huhu






Pada sesiapa yang nak mencuba boleh la ke SEGI SERI 3 IN 1 STEAMBOAT dekat seksyen 23 Shah Alam.. Senang nak cari kalau korang tau dimana Carefour Shah Alam sebab berdekatan area situ je.. Harga yang kenakan untuk seorang bagi dewasa RM33 dan kanak-kanak RM16.50 sahaja.. Masa yang diberi pula adalah 3 jam..

Berbaloi la sebab boleh makan puas-puas dengan hanya RM33..



Okela, jumpa lagi.. bye.




thanks for reading,

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"