CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Tuesday, May 29, 2012

selamat pengantin baru...

Ini kakak sedara kita..


Kita da lama sangat-sangat tak jumpa dia.


Serius kita rindu!


Rindu sangat-sangat!


Sekarang dia dah kawen..


Cantikkkk sangat dia!


Tapi dia memang cantik pon..


Lemah lembut..


I love her soo muchhh!!


Selamat pengantin baru kak nana..


May u happy till jannah...


May god bless u and your family..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 23, 2012

Deringan telefon buat kita fobia bila...

Assalamualaikum wbt..





Tahun ni pengalaman pertama kita kena audit.. setiap saat audit call tanya itu tanya ini.. nak itu nak ini..


ohh kite stress!!


Bila telefon berbunyi je dalam hati berdoa, "mintak-mintak bukan audit".


tapi masalahnya bila doa bukan audit, tp itu lah audit..


so sekarang kita fobia dengar bunyik telefon...





ohhhh audit...


cepat lah berlalu...


be nice to me ya.. =)







thanks for reading,

Selamat Datang REJAB





Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.


copy paste dari SINI





thanks for reading,

RESIPI SIHAT, MUDAH DAN SEDAP.

Assalamualaikum wbt.


haritu kan, kita puasa. Paham-paham je la kan bila puasa, mengidam macam-macam la untuk berbuka. Nak jadikan cerita haritu aku mengidam nak makan garlic bread dengan mushroom soup. huh.. mat salleh sungguh tekak aku ni time-time puasa ni.. pulak tu nak yang homemade. jenuh la aku google resipi. nasib baik la ade member yang baik hati bagi resipi yang sangat mudah untuk buat garlic bread ni.. sangat-sangat mudah dan dijamin sedap!




jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaan garlic bread ni.


1)


Roti.

Tak tahu la apa nama roti ni... boleh guna roti apa-apa je.. nak macam kat restoren pakai lah roti french yang panjang tu.. then potong serong-serong. kalau roti macam ni nak sedap kene buang kulitnya la.. guna roti gardenia pon boleh jugak..



2)


Golden Garlic Spread.

Ni macam butter yang berperisa garlic tau.. kalau korang nak guna garlic yang betul pon boleh gak tapi banyak kerja sket sebab kene lembutkan garlic dulu, pastu gaulkan garlic dengan butter then baru sapu pada roti. kalau gune ni senang je.. sapu je terus. senang. boleh didapati dimana-mana tesco atau giant dengan harga yang pelbagai. pilih je..



kemudian sapu lah Garlic SPread tadi kat atas roti tu...




sebelum bakar macam ni lah rupanya... sapu macam sapu marjerin biasa kat roti tu.. gambar bila dah siap tak sempat nak snap sebab dah azan berbuka so terus ngap! hehehe



lawan garlic bread ni mistilah mushroom soup kan? aku gune mushroom soup segera je. Abadi punye. Sangat sedap!



mushroom soup yg sangat nyummi!! >.< mudah kan? senang dan pasti sedap! lagi sedap dari pizza hut.. Selamat Mencuba.. bye thanks for reading,

Tuesday, May 22, 2012

Cerita kereta sekarang pulak..

Assalamualaikum wbt..



Semalam kita ada buat entry pasal kisah peroduaku... yang lepas tu biar kan lepas lah kan? usah dikenang-kenangkan lagi.. tapi tetap diingati.. macam mane? macam tu lah..



Nak dijadikan cerita lepas kereta aku hilang, aku beli lah kereta lain tapi kali kereta second hand je la. tu pon dah sakit sangat nak membayar nya. iyelah bayar pakai duit sendiri lepas tu kene bayar kereta yang hilang + kereta yang baru beli.. memang menangis la..duit gaji habis kat kereta-kereta ku saje.. kalau kita pakai takpe la jugak ini kita bayar macam tu je..hurm..pasrah je la...




ini kereta kita..kereta second hand je..buatan malaysia jugak..



tapi, paham-paham je la kalau pakai kereta second hand ni macam mane kan.. sana servis sini servis sana tuka sini tuka.. pun redha jugak la... untuk keselamatan sendiri jugak kan..so nak tak nak kene la tuka dah kita yang pakai. kang papehal kita gak kene so nak taknak tuka jugak.


lepas tu, pengalaman memandu di Klang memang sangat la menguji keimanan. kereta yang aku bawak ni, kereta buatan Malaysia, tapi dah jadi macam kereta kebal pon iye jugak. pemandu-pemandu kat sini memang mementingkan diri sendiri. dengan lori besar-besar gedabak dijalan raya.. kereta-kereta besar ni kan, dorang bukan ade brake tau. kalau kat simpang tu dorang bukan berhenti tau, dorang main jalan je. so kene la kita yang berhenti bagi jalan.


oke ni yang terbaru..hadiah daripada pemandu bas sekolah. ggggrrrrr...



boleh dia kata bas dia berat banyak pelajar so tak sempat nak brake???? naseb baik sikit je.. kalau teruk macam mane? sikit pon sakit-sakit badan aku terhentak.




begitu la gomelan ku dipetang hari ni... sekadar bercerita.




oke lah.. till then. bye.



thanks for reading,

Monday, May 21, 2012

Apakah Cerita Perodua Anda??

Assalamualaikum...



Kenal tak logo kat atas ni? Sapa tak kenal kan? tanya budak tadika pon tau.. kalau tanya budak tadika gambar apa ni anak-anak? nanti dorang jawab "kereta mama cikgu"...haaa.. kan aku dah kata budak tadika pun tau logo di atas mewakili logo kereta keluaran negara yang dah terkenal sejak hampir 19 tahun lagi..



Sejak hampir 19 tahun diperkenalkan, telah hampir 2 juta buah kenderaan Perodua dipandu megah di atas jalan raya di seluruh Malaysia. Malah, Perodua juga telah mula melebarkan sayap automotifnya ke Negara jiran.. I'm so proud with Malaysian Car :)



Setelah 19 tahun Perodua bertapak di Malaysia, pastinya ada pelbagai cerita suka duka pengguna Perodua kan? Oleh itu, Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh telah menjemput seluruh rakyat Malaysia terutamanya pengguna Perodua untuk menceritakan kisah disebalik Perodua anda. Anda juga boleh mencadangkan apa-apa idea yang bernas untuk menaiktarafkan lagi kualiti Perodua juga sebarang komen-komen yang membina sangat dialu-alukan. Penyertaan boleh dihantar didalam bentuk cerita/cadangan ataupun Video.




kempen baru Perodua "Apakah Cerita Perodua Anda?"


Cara untuk menyertainya sangat mudah. Anda hanya perlu log in ke web http://www.peroduastory.com.my dan ikuti arahan selanjutnya.



Ayuh semua! ini masa kita untuk bercerita.


KISAH PERODUA SAYA.


Dulu, memang aku tak pernah terfikir pun nak ada kereta sendiri. Sebabnya dari zaman sekolah lagi kalau aku nak kemana-mana memang akan ada orang yang hantar dan ambil. Tak pun nak kemana-mana naik saja pengangkutan awam. Tapi bila dah semakin membesar, dan bila sudah bekerja aku mula merasakan pentingnya ada pengangkutan sendiri. Yela takkan lah nak mengharapkan orang je kan? sampai bila nak mengharap. Nak naik pengangkutan awam pun kadang-kadang bahaya. Macam kalau balik malam, takut la juga nak naik bas atau LRT.


Selepas setahun kerja, dan selepas dapat lesen memandu, aku decide untuk beli kereta. Dan kereta yang menjadi pilihan aku adalah PERODUA VIVA. Alhamdullilah, proses untuk beli kereta Viva aku ni tak ambil masa yang lama. Jurujual di showroom Perodua sangat lah membantu dalam proses ini. Terima Kasih En. Yazid (Jurujual Perodua Showroom).



here are my 1st car.. Perodua Viva, Silver Metallic Color with registration number BKM 4182, Manual, 850 cc.


Kenapa PERODUA Viva yang menjadi pilihan aku? dan kenapa korang pun patut jadikan PERODUA Viva sebagai pilihan hati? Aku ada beberapa sebab:
1. Sangat sesuai untuk wanita.

Itu perkara pertama yang aku fikirkan sebelum pilih kereta apa yang aku nak beli. Yela aku nak kereta yang sesuai dengan aku. Aku taknak kereta yang terlalu besar. Nanti orang kata, eh dila, kereta ni besar sangat lah dengan kau. Tak sesuai! takpun eh dila, kereta kau ni kecik sangat lah. Tak selesa! So bila aku tengok Viva hati terus terpaut sebab kereta ni memang just nice untuk wanita bujang macam aku. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.

2. Jimat Minyak

Ini betul. Tak tipu. Sangat-sangatlah jimatnya. Banyakkan aku bawak kereta aku dari Ampang balik kampung di Teluk Intan, isi RM50 tak habis pun. Still ada 2 bar lagi. Itu pun dah siap bawak jalan-jalan lagi kat kampung tapi bila sampai Ampang minyak still berbaki. So heaven!

3. Bodykit yang teguh/kukuh/kuat.

Maksud aku, masa aku pakai kereta ni, kan aku baru dapat lesen. Jadi dah tentulah masih belum arif mengendali kenderaan. So, kalau setakat langgar tembok pagar ataupun langgar divider jalan tu perkara biasa la bagi aku dan kereta aku. Yang aku kagum, kalau setakat langgar tembok-tembok ni, bodykit Viva sikit pun tak kemek walaupun dentumannya agak kuat. Tapi calar balar tu tak boleh elak la. Calar tapi, boleh wax pastu hilang la.

4. Pilihan warna yang pelbagai.

PERODUA viva menawarkan beberapa color yang menjadi pilihan hati. Masa aku beli kereta, warna SILVER METALLIC jadi pilihan aku. Mulanya, aku impikan warna biru, tapi disebabkan masa aku tempah kereta, stok warna biru dah habis so aku pilih la SILVER METALIC. Antara pilihan warna lain adalah hitam, hijau, pearl green, putih, biru termasuklah beberapa warna edisi terhad seperti oren dan juga ungu.

5. Mampu Milik.

Untuk orang yang baru setahun kerja macam aku tapi dah berangan nak memiliki kenderaan sendiri, PERODUA Viva memang jadi pilihan hati sebab harganya mampu milik. Boleh dikatakan PERODUA Viva adalah diantara kereta yang murah ansuran bulanannya. Tak percaya? Boleh pergi sendiri ke showroom yang berhampiran dengan kawasan anda.



My favorite picture! pagi raya punya gambar. 1st time raya dengan kereta sendiri.. memang happy sangat-sangat..


Aku bangga sangat memiliki kereta sendiri dengan hasil titik peluh sendiri. Memang aku beli Viva dengan duit sendiri tanpa menggunakan duit ibubapa aku. Kemudian, dapat pulak bawa keluarga naik kereta yang dibeli sendiri. Rasa puas sangat. Aku tahu dorang pun berbangga sebab aku boleh memiliki harta sendiri dengan titik peluh sendiri. Alhamdullilah.


Tapi, aku sangka panas ke petang, rupanya hujan ditengahari. tanggal 17 Disember 2010, setelah genap 1 tahun 3 bulan aku menggunakan kereta tersebut, akhirnya bukan rezeki aku untuk terus memilikinya sebab PERODUA Viva aku HILANG! DICURI! Betapa sedihnya aku masa tu tuhan saja yang tahu. Dalam hati aku tertanya-tanya kenapa kereta aku?? aku cuma pakai Viva je. Sapa-sapa pun boleh beli Viva. Tapi kenapa kereta aku juga yang dijadikan sasaran?? Macam-macam persoalan yang timbul.


Tapi akhirnya aku redha. Mungkin bukan rezeki aku. Mungkin lepas ini ada lagi rezeki yang lebih besar menunggu aku. Mungkin PERODUA nak hadiahkan aku kereta lain. Siapa tahukan? rezeki kan ditangan Allah S.W.T.


Walaupun, aku dah tak pakai Viva lagi, tapi kenangan dengan PERODUA Viva kesayangan tak mungkin aku lupakan. Kereta pertama aku. Aku masih lagi menyimpan hasrat untuk membeli Viva baru, tapi, banyak kekangan. Lepas kereta hilang, aku tetap perlu membayar ansuran bulanan sehingga insurans selesai. Tapi pihak insurans tak cover semua pinjaman. Baki pinjaman aku masa tu dalam RM34K dan pihak insurans hanya cover RM24k. Masih ada baki RM10K yang aku perlu bayar. Bayangkan RM10k tu kita bayar benda yang kita tak guna. Sangat-sangat terasa kesannya sampai sekarang.


Kini, dah hampir 2 tahun peristiwa tu berlalu. Bila tengok Viva di jalan-jalan raya, memang tersentuh la hati teringat Viva lama aku. Sekarang aku makin redha, everything happen for the reason. Viva ku, walau dengan siapa pun kau berada sekarang, harap-harap orang tu akan jaga kau dengan baik. I miss u, Viva ku.



******************* TAMAT ***********************


tamat sudah kisah aku, jadi apa kisah korang? jangan lupa kongsikannya di http://www.peroduastory.com.my/story/








Thanks for reading,

Saturday, May 19, 2012

Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam

Assalamualaikum...



Awal bulan haritu aku dapat panggilan menghadiri kursus anjuran Jabatan Akautan Negara... Aku memang suka pergi kursus-kursus ni.. so bila dapat surat tu melonjak gembira jugak la.. tai bila tengok tempat, haaa?? Sabak Bernam?? ada apa kat Sabak Bernam?? pastu dengar lak citer yang kat tempat kursus aku ni jauh di hujung dunia lah, dalam hutan lah, tempat jin bertandang la..macam-macam la.. rasa macam nak tolak kursus ni pon ada.. tapi mengenangkan ilmu yang akan diperolehi masa kursus, juga nak merasai suasana disitu aku terima la jugak...



Ni lah 1st time aku kursus seorang diri tanpa orang yang aku kenali.. Masa memula aku masuk gomen, 1st kursus dengan orang yang tak kenal jugak, tapi masa pendaftaran kat Jabatan sebelum bergerak ke tempat kursus tu aku dah manage to find new friend.. tapi ni tak ada.. sebab pergi pon kene pergi sendiri kan.. dalam hati berdoa lah semoga aku dapat sesuaikan diri dengan orang baru..



Lepas tu, seanjang perjalanan ke situ, yes! admit! memang hujung dunia.. pokok kelapa di kiri kanan jalan.. dengan sepanjang jalan tu ada lembu sesajar... nak cari kedai runcit pon sangat lah susah! memang macam kawasan kampung lah..dalam hati terdetik "Ada jugak bangunan kerajaan kat kawasan-kawasan macam ni ek..."



Bila sudah sampai...





Pintu utama IPN..


Check in bagai, masuk bilik sudah ada roomate yang terlebih awal check in.. then aku pun berkenalan lah dengan die.. Luckly kitorang dari tempat sama.. dari Klang. Cume bezanya aku dari Sekolah and dia dari Hospital.. Tapi Hospital dengan Sekolah aku tak jauh pon.. alhamdullilah dapat kawan baru yang satu daerah.. adalah sinar keceriaan sikit :)





Katil yang sangat empuk! 3 malam tidur sini lena sangat-sangat...




Bilik yang sangat luas dan selesa.. kalau bawak famili pon boleh duk satu bilik je.. TV on besar.. ada astro tapi line sangat la tak clear! malam pertama sampai, hari ahad, jenuhlah mencari stesen TV3 sebab nak tengok Mentor kan.. dapat memang la dapat tapi serabut ya amat! tai sebab dah nak tengok sangat layan je la..





gambar diambil di hadapan balkoni bilik kami.. diambil oleh room mate aku.. nun dihujung sana adalah pantai tau.. kitorg boleh ke sana menaiki basikal... nak jalan kaki pon boleh tapi macam jauh kot.. naik basikal pon penat inikan pula jalan kaki..



Bila pagi-pagi duk luar balkoni ni kan, rasa segar, tenang, aman dan damai je.. sejuk hati.. bole lupa masaalah lah rasanya.. suasana kampung sangat-sangat.. bila malam plak, kawasan depan ni tak ada lah gelap gelita sangat sebab dorang pasang lampu kelip-kelip kat pokok.. macam kat ICT Shah Alam tu.. so bila malam lepak balkoni ni pon tak ada lah takut sangat..







Ini antara salah satu aktiviti best yang sempat aku buat.. berbasikal di luar kawasan IPN, lepas tu tengok sunset.. lawa sangat-sangat.. angin laut yang kuat.. tapi aku boleh katakan agak adventure la nak berbasikal kat sini.. sebabnya kat sini kiri kanan jalan lembu dan munyet berada dimana-mana.. Yang lembu tu aku tak kisah lagi sebab lembu tu bertambat dan aku pun tak pakai baju merah.. yang aku kisah tu si munyet tu haa... melompat sana melompat sini.. Ya Rabbi aku berdoa je la dalam hati jangan dia lompat atas basikal aku sudah!



masa berbasikal ni ramai la jugak tapi ramai yang menyinggah kedai makan kat warung simpang tak jauh dari IPN.. kitorang pun sempat singgah.. Makan satay.. sedap jugak satay situ, lembut.. Dorang kata kedai situ tempat kunjungan budak-budak poli..







Ini lah bus IPN yang akan bawak kitorang jenjalan makan mee udang.. Masa aku naik bus ni pemandu die orang kelantan, lepas tu kan ade ke dia pasang CD lagu kelantan versi.. Masya-Allah giler kelakar dan tak senonoh! aku tak pernah lah dengar lagu tu and tengok video macam tu.. Penyanyi nye perempuan yang sudah berusia dalam lingkungan 40-an lepas tu nyanyi lagu dangdut! siap gelek-gelek lagi.. subhanallah.. tak boleh nak imaging la macam mane... aku siap cakap "Pakcik, tuka la lagu lain".. tapi orang dalam bus layan plak lagu tu..aku je tak layan.. so nak tak nak layan kan saja laaa...





Ini la Mee Udang BNO yang fofular tu.. aku ade buat entry pasal Mee Udang ni.. Kalau ade yang belum bace leh check it out link ni




Pendek kata, my 1st impression pasal IPN Sabak Bernam ni totally out! tempat ni memang sangat best.. walaupun memula aku ingat takkan ada apa-apa aktiviti selepas kelas, sebenarnya salah! sangat la banyak kemudahan yang IPN telah sediakan untuk eserta untuk kegunaan peserta kursus setelah habis kelas. Even sampai kemalam ada saja aktiviti menarik yang disediakan.. aku seronok!



dalam hati berdoa lagi, panggil lah aku semula ke situ.. memang tak boring.. best!



Terima Kasih IPN.. :)






thanks for reading,

Welcome to world, boy.

Assalamualaikum,



Alhamdullilah tahun ni aku dapat anak buah dan anak sedara lagi.. Tahun ni jugak aku dengan rasminya telah menjadi MAK LONG... ohhh sweet kan??



Rezeki Allah.. Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ni membawa sejuta satu sinar kebahagian kedalam keluarga kami..





Muhammad Danial Irfan








Mior Izz U'qail





Mak Long luv u all... Be a good boy k?? Jadi anak yang soleh, jangan nakal-nakal...Nanti raya Mak Long kasik duit raya..





thanks for reading,

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



SELAMAT HARI GURU, CIKGU!



thanks for reading,

Thursday, May 10, 2012

Dr. Blogger (Fatin Liyana) @ Nasi Lemak Kopi O TV9

Assalamualaikum..




sape ade tengok rancangan di atas?? aku tak tengok.. maklum la ari ahad kan.. so kalau kul 9 tu kekadang masih bermalasan di atas katil lagi.. dah celik tapi malas nak bangun tengok tv.. jadinya aku tengok youtube je laa... nasib baik ade youtube kan..


FATIN LIYANA... nama yang tak payah nak dikenalkan lagi.. ade ke yang masih tak kenal?? mungkin ada lah tapi dikalangan dunia blogging nama Fatin Liyana tu bukan lah asing kan... sape yang ade blog pasti akan follow blog dia dan ternanti-nantikan entry terbaru dia.. betul x?



kalau korang tengok rancangan di atas tu korang tau la serba sedikit pasal dia dan dunia blogging die..



kat sini sempat la jugak aku write down apa yang dia sampaikan berkaitan dengan blog.. boleh dikatakan tips jugak la untuk menjadikan blog kita semua ni dapat menarik perhatian pembaca.


1) Jangan tulis ketika marah. Tulis ketika bergembira. gaya ppenulisan ketika marah dan gembira adalah berbeza.


2) Jangan mengutuk / mengata orang lain di dalam blog. Tapi kita bebas untuk memberi pendapat kita mengenai sesuatu.


3) Tulis setiap cerita itu dengan details. Walaupun kelihatan seperti syok sendiri tapi penulisan dengan details senang untuk pembaca memahami apa yang kita sampai kan dan turut dapat merasai suasana yang kita lalui.


4) Tulis benda yang dappat memberi manfaat keppada semua yang membaca.


5) Jangan letak gamba syok sendiri terlalu banyak di dalam setiap post entry kita.


6) Jangan terlalu mengejar populariti.


7) Jangan terlalu mengejar income berblogging.




hurm.. aku sangat bersetuju dengan apa yg FL ni sampaikan.. Insyaallah aku akan praktikkan juga apa yang disampaikan...


walaupun FL tak baca blog aku tapi aku still nak cakap Thanks sebab bagi tips ni pada kami semua.. Wish u all the best in what u are doing... =)


p/s: amboi Fizo Omar.. nampak macam nak masuk jarum jeee... Jelly i...huhuhu



thanks for reading,
 

Wednesday, May 9, 2012

mengulit kenangan..

Seriusly..bile sampai sini memang mengulit kenangan!


Tak sangka boleh dtg sini lagi...


Ohhh kenangan..

Kenangan mengusik jiwa...

Ku terhempasss...


Hehe...


Btw..ini adalah Pantai BNO ye kwan2.. Salah satu pusat rekriasi (eh betul ke eja ni?) di Sabak Bernam...


Aku pernah dtg sini before ni, da lama la..bertahun gak...tak banyak yang berubah..cume air laut kat sini sekarang makin naik..


Boleh la kalo korang nak dtg sini jenjalan dengan keluarga..nak tenangkan fikiran ke..but do not expect much la bile dtg sini.. Sbb sini adalah salah satu pantai smulajadi yg belum dibangunkan lagi... Sangat semulajadi and sangat tenang exspecially bila tgok sunset...


=)


Thanks for reading,


Published with Blogger-droid v2.0.4

Mee Udang Zaiton Special

Assalamualaikum wbt...


Hai korang..arini nak share pasal makan dgn korang..


Alang-alang da sampai ke Sabak Bernam ni dorang bawak la pergi ke satu tempat yang fofular katenya...da orang nak bawak aku follow je la kan..


Mee Udang Special.. Haaa dr ari pertama sampai sini pesert kursus semua dok cite pasal mee udang ni..dalam hati tetanya la jugak sedap sgt ke? Tapi aku ni bkn lah peminat udang tapi aku seorg yg tak makan udang..so takde lah excited sgt nak makan mee udang ni..


Tapi sbb da dtg and rugi la kalau tak merase so order la jugak mee udang..


1st impression..hurm..nmpak sedap..banyak..pinggan besar melimpah ruah..udang pon boleh tahan bnyk..harga cume RM5.50.. Bile makan..hurm.sedap! Aku bkn peminat mee udang pon boleh terangkat dgn rase mee udang ni.. Udangnya pon manis..fresh.. So tak rugi la nak try...


Kalau korang ke Sabak Bernam singgah la ke Kedai Mee Udang Zaiton ni..byk lg menu lain berasakan udang..peminat udang boleh la dtg sini.. Kedai ni berhampiran dgn Pantai BNO.. Boleh search internet...


Oke...till then..


Thanks for reading,


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 2, 2012

kewangian bersama BIORE!

Hai assalamualaikum..


hari ini aku nak share something.. berkait rapat dengan wanita juga..


and ade sesetengah wanita alah dengan minyak wangi kan?? so bagi nak mengekalkan kewangian badan tanpa memerlukan penggunaan minyak wangi boleh la cube mende ni.. aku pon baru guna.. tapi first time gune je aku terus jatuh cinta sebab memang sangat wangi.. dan bau wangi tu melekat kat badan kita untuk satu tempoh yang agak lama.. repurchase? yes i am and recommended!



bende tu adalaahhhh...






"BIORE SHOWER CREAM RELAXING AROMATIC"



shower cream yang sangat best! sangat creamy dan lembut ditangan.. dengan buih yang sangat banyak...



tak tau nak cakap ape tapi shower cream ni memang sangat best! murah dan berkualiti... ade banyak pilihan tapi aku lebih suke relaxing aromatic ni.. yang lain belum cube lagi..



selamat mencuba korang!

:)






thanks for reading,

fire! fire! fire

But i set fire to the rain

Watched iy pour as i touched your face

Let it burn while i cry

Cause i heard it screaming out your name..your name!


Misty korang da tau kan lagu tu...


P skang aku bkn nak cite psl tu..


Aku nak gtau harini kat skola ade latihan fire drill.. Ade bomba dtg ninoninonino bunyiknyee... Pastu dorg lari2 kuarkan gulungan paip utk padamkan api yg sedang marak mnyala dipadang..


Kagum i! Hihi..bila ek hari bomba? Nak wish selamat hari bomb pd pakcik2 bomba yg sudi wat fire drill dalam kepanasan td..


Hoho.. :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"