Assalamualaikum...
Kenal tak logo kat atas ni? Sapa tak kenal kan? tanya budak tadika pon tau.. kalau tanya budak tadika gambar apa ni anak-anak? nanti dorang jawab "kereta mama cikgu"...haaa.. kan aku dah kata budak tadika pun tau logo di atas mewakili logo kereta keluaran negara yang dah terkenal sejak hampir 19 tahun lagi..
Sejak hampir 19 tahun diperkenalkan, telah hampir 2 juta buah kenderaan Perodua dipandu megah di atas jalan raya di seluruh Malaysia. Malah, Perodua juga telah mula melebarkan sayap automotifnya ke Negara jiran.. I'm so proud with Malaysian Car :)
Setelah 19 tahun Perodua bertapak di Malaysia, pastinya ada pelbagai cerita suka duka pengguna Perodua kan? Oleh itu, Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh telah menjemput seluruh rakyat Malaysia terutamanya pengguna Perodua untuk menceritakan kisah disebalik Perodua anda. Anda juga boleh mencadangkan apa-apa idea yang bernas untuk menaiktarafkan lagi kualiti Perodua juga sebarang komen-komen yang membina sangat dialu-alukan. Penyertaan boleh dihantar didalam bentuk cerita/cadangan ataupun Video.
kempen baru Perodua "Apakah Cerita Perodua Anda?"
Cara untuk menyertainya sangat mudah. Anda hanya perlu log in ke web http://www.peroduastory.com.my dan ikuti arahan selanjutnya.
Ayuh semua! ini masa kita untuk bercerita.
KISAH PERODUA SAYA.
Dulu, memang aku tak pernah terfikir pun nak ada kereta sendiri. Sebabnya dari zaman sekolah lagi kalau aku nak kemana-mana memang akan ada orang yang hantar dan ambil. Tak pun nak kemana-mana naik saja pengangkutan awam. Tapi bila dah semakin membesar, dan bila sudah bekerja aku mula merasakan pentingnya ada pengangkutan sendiri. Yela takkan lah nak mengharapkan orang je kan? sampai bila nak mengharap. Nak naik pengangkutan awam pun kadang-kadang bahaya. Macam kalau balik malam, takut la juga nak naik bas atau LRT.
Selepas setahun kerja, dan selepas dapat lesen memandu, aku decide untuk beli kereta. Dan kereta yang menjadi pilihan aku adalah PERODUA VIVA. Alhamdullilah, proses untuk beli kereta Viva aku ni tak ambil masa yang lama. Jurujual di showroom Perodua sangat lah membantu dalam proses ini. Terima Kasih En. Yazid (Jurujual Perodua Showroom).
here are my 1st car.. Perodua Viva, Silver Metallic Color with registration number BKM 4182, Manual, 850 cc.
Kenapa PERODUA Viva yang menjadi pilihan aku? dan kenapa korang pun patut jadikan PERODUA Viva sebagai pilihan hati? Aku ada beberapa sebab:
1. Sangat sesuai untuk wanita.
Itu perkara pertama yang aku fikirkan sebelum pilih kereta apa yang aku nak beli. Yela aku nak kereta yang sesuai dengan aku. Aku taknak kereta yang terlalu besar. Nanti orang kata, eh dila, kereta ni besar sangat lah dengan kau. Tak sesuai! takpun eh dila, kereta kau ni kecik sangat lah. Tak selesa! So bila aku tengok Viva hati terus terpaut sebab kereta ni memang just nice untuk wanita bujang macam aku. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.
2. Jimat Minyak
Ini betul. Tak tipu. Sangat-sangatlah jimatnya. Banyakkan aku bawak kereta aku dari Ampang balik kampung di Teluk Intan, isi RM50 tak habis pun. Still ada 2 bar lagi. Itu pun dah siap bawak jalan-jalan lagi kat kampung tapi bila sampai Ampang minyak still berbaki. So heaven!
3. Bodykit yang teguh/kukuh/kuat.
Maksud aku, masa aku pakai kereta ni, kan aku baru dapat lesen. Jadi dah tentulah masih belum arif mengendali kenderaan. So, kalau setakat langgar tembok pagar ataupun langgar divider jalan tu perkara biasa la bagi aku dan kereta aku. Yang aku kagum, kalau setakat langgar tembok-tembok ni, bodykit Viva sikit pun tak kemek walaupun dentumannya agak kuat. Tapi calar balar tu tak boleh elak la. Calar tapi, boleh wax pastu hilang la.
4. Pilihan warna yang pelbagai.
PERODUA viva menawarkan beberapa color yang menjadi pilihan hati. Masa aku beli kereta, warna SILVER METALLIC jadi pilihan aku. Mulanya, aku impikan warna biru, tapi disebabkan masa aku tempah kereta, stok warna biru dah habis so aku pilih la SILVER METALIC. Antara pilihan warna lain adalah hitam, hijau, pearl green, putih, biru termasuklah beberapa warna edisi terhad seperti oren dan juga ungu.
5. Mampu Milik.
Untuk orang yang baru setahun kerja macam aku tapi dah berangan nak memiliki kenderaan sendiri, PERODUA Viva memang jadi pilihan hati sebab harganya mampu milik. Boleh dikatakan PERODUA Viva adalah diantara kereta yang murah ansuran bulanannya. Tak percaya? Boleh pergi sendiri ke showroom yang berhampiran dengan kawasan anda.
My favorite picture! pagi raya punya gambar. 1st time raya dengan kereta sendiri.. memang happy sangat-sangat..
Aku bangga sangat memiliki kereta sendiri dengan hasil titik peluh sendiri. Memang aku beli Viva dengan duit sendiri tanpa menggunakan duit ibubapa aku. Kemudian, dapat pulak bawa keluarga naik kereta yang dibeli sendiri. Rasa puas sangat. Aku tahu dorang pun berbangga sebab aku boleh memiliki harta sendiri dengan titik peluh sendiri. Alhamdullilah.
Tapi, aku sangka panas ke petang, rupanya hujan ditengahari. tanggal 17 Disember 2010, setelah genap 1 tahun 3 bulan aku menggunakan kereta tersebut, akhirnya bukan rezeki aku untuk terus memilikinya sebab PERODUA Viva aku HILANG! DICURI! Betapa sedihnya aku masa tu tuhan saja yang tahu. Dalam hati aku tertanya-tanya kenapa kereta aku?? aku cuma pakai Viva je. Sapa-sapa pun boleh beli Viva. Tapi kenapa kereta aku juga yang dijadikan sasaran?? Macam-macam persoalan yang timbul.
Tapi akhirnya aku redha. Mungkin bukan rezeki aku. Mungkin lepas ini ada lagi rezeki yang lebih besar menunggu aku. Mungkin PERODUA nak hadiahkan aku kereta lain. Siapa tahukan? rezeki kan ditangan Allah S.W.T.
Walaupun, aku dah tak pakai Viva lagi, tapi kenangan dengan PERODUA Viva kesayangan tak mungkin aku lupakan. Kereta pertama aku. Aku masih lagi menyimpan hasrat untuk membeli Viva baru, tapi, banyak kekangan. Lepas kereta hilang, aku tetap perlu membayar ansuran bulanan sehingga insurans selesai. Tapi pihak insurans tak cover semua pinjaman. Baki pinjaman aku masa tu dalam RM34K dan pihak insurans hanya cover RM24k. Masih ada baki RM10K yang aku perlu bayar. Bayangkan RM10k tu kita bayar benda yang kita tak guna. Sangat-sangat terasa kesannya sampai sekarang.
Kini, dah hampir 2 tahun peristiwa tu berlalu. Bila tengok Viva di jalan-jalan raya, memang tersentuh la hati teringat Viva lama aku. Sekarang aku makin redha, everything happen for the reason. Viva ku, walau dengan siapa pun kau berada sekarang, harap-harap orang tu akan jaga kau dengan baik. I miss u, Viva ku.
******************* TAMAT ***********************
tamat sudah kisah aku, jadi apa kisah korang? jangan lupa kongsikannya di http://www.peroduastory.com.my/story/
Thanks for reading,
NISA KAY - I'm still here.
2 years ago
No comments:
Post a Comment