CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Wednesday, July 31, 2013

PENGUMUMAN.. PENGUMUMAN.. :)

Assalamualaikum..


Pada customer Tepung Segera Chicken Chop Marveles, sila lihat gambar dibawah ye..



Pos laju tetap menerima pengeposan sehingga 7 Ogos 2013. 


Dengan itu, kita pon masih menerima tempahan untuk TSCCM sehingga 7 Ogos 2013 ini..
Selepas itu kita akan bercuti 4 hari dan akan kembali menerima tempahan TSCCM bermula 12 Ogos 2013.


Korang boleh dapatkan TSCCM sebagai juadah hari raya..
juadah untuk tetamu jauh..



Dan, kalau korang berminat untuk jadikan TSCCM sebagai salah satu hidangan untuk majlis rumah terbuka korang, kita akan bagi diskaun untuk setiap pek jika beli dalam kuantiti yang banyak..


Dan in sha allah, kita boleh buat COD kalo korang beli banyak.. ini untuk jimatkan korang dari membayar postage dengan banyak.. :)


Berbaloi-baloi tau.. 
boleh jimat dengan juadah yang enak di hari raya... :)



Macam biasa kalau nak order boleh pm kita di fb, email atau msg/ whatsapp oke..

fb: cik dila
emel: fadh.jams@gmail.com
msg/ whatsapp: 012-6657122







thanks for reading,

Monday, July 29, 2013

TESTIMONI PELANGGAN: TEPUNG SEGERA CHICKEN CHOP MARVELES

Assalamualaikum,



Syukur alhamdullilah dengan rezeki yang Allah turunkan di bulan mulia ni.. Syukur sangat-sangat bila Tepung Segera Chicken Chop Marveles (TSCCM) dapat feedback positive dari customer. Kebanyakan dari mereka kata sedap sangat TSCCM ni dan mudah untuk disediakan. Jadi, sangat sesuai untuk mereka yang nak makan sedap tapi tak banyak masa untuk sediakannya.






Nak dekat raya ni lagi la kita suggest sepatutnya ade spare TSCCM ni dekat rumah. Manalah tau kan tetibe ade tetamu yang datang nak buat surprise kat kita, kita lak kat umah takde pape nak dihidangkan dekat mereka, haaa TSCCM ni lah penyelamat.. Senang je kan :)


So, pada sesiapa yang berminat nak order TSCCM ni, order masih dibuka sehingga la sehari sebelum raya.


Berminat nak order boleh email, whatsapp/sms dan pm kita seperti di bawah ni ye..

emel: fadh.jams@gmail.com
sms/ whatsapp: 012-6657122



thanks for reading this,


Monday, July 22, 2013

Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum,


Alhamdullilah dibulan mulia ni dapat berita gembira. Dah dapat surat pengesahan dalam perkhidmatan.. yeyyy!! i'm officially government servant. Alhamdullilah.. Ni yang ditunggu selama 2 tahun berkhidmat.. Segala suspen menjawab exam sume terlepas sudah.. Lepas ni, insya allah, take another step to success. Insya allah..



Cerita pasal rezeki ramadhan lagi, alhamdullilah dah tambah stok Tepung Segera Chicken Chop Marveles lagi. Masih ada menerima tepahan. Syukur ya Allah...



Amek stok last week mase kelas.. Meyempat lagi.. Takpe la.. Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.. Insya allah..


1 peket RM12 + poslaju RM6 = RM18.00 ( Sem. Malaysia)
+ poslaju rm 9 = RM 21.00 ( sabah & sarawak)


2 peket RM22 + poslaju RM8.50 = RM30.50 ( Sem. Malaysia)
+ poslaju rm 13.50 = RM 35.50 ( sabah & sarawak)


3 peket RM33 + poslaju RM11 = RM44.00 ( Sem. Malaysia)
+ poslaju rm 16 = RM 49.00 ( sabah & sarawak)



Untuk pertanyaan dan tempahan boleh melalui berikut:

emel: fadh.jams@gmail.com
fb: cik dilacik dila
sms/ whatsapp: 012-6657122


Jom cuba kawan-kawan, Insya allah anda suka.. sebab:

  • Produk tempatan, 100% homemade, selamat dan halal.
  • mudah, cepat, ringkas dan yang penting sedap
  • ayam tak perlu digoreng terlalu lama selepas diperap sebabnya tepung perap tu dah melembutkan ayam, and walaupun masak kejap, bahagian dalam tu still masak. Tak ada cerita pasal ayam tak masak didalamnya.
  • sos pon sangat la senang nak buat sebab hanya bancuh dengan air panas je,, tak perlu nak masak2.. kalau balik lambat nak dekat time berbuka boleh masak chicken chop je..
  • harga pun tak mahal. Dengan kos RM12 untuk tepung dan sos dan ayam mungkin harga dalam RM12 jugak, dapat sediakan hidangan yang lazat utk seisi keluarga. Best kan?


*gambar dari pelanggan TSCCM.. meriah juadah yang dihidangkan*




*Chicken chop with murtabak meggi.. dengan TSCCM ni macam-macam hidangan kreatif yang kita boleh sediakan untuk keluarga.. confirm family suka..*



So, kalau ada yang nak cuba bole email, pm fb or msg/ whatsapp 012-6657122..



Salam 13 ramadhan...









thanks for reading this,

Thursday, July 18, 2013

14 Prinsip Pengurusan Oleh Henry Fayol

Assalamualaikum..

Sebenarnya tengah buat assignment ni. Curi masa kejap update blog. And disebabkan update blog masa

tengah buat assignment makanya kita update pasal pelajaran la ye. Kot-kot bermanfaat. Ada kena mengena

pun dengan assignment yang tengah buat sekarang ni.


Oke, now start kelas. Kita belajar pasal 14 Prinsip Pengurusan Henry Fayol. Sape Henry Fayol tu?

Henry Fayol ialah Bapa Pemikiran Pengurusan.

1. Pembahagian kerja : Pembahagian kerja dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja menjalankan tugas yang khusus dan dengan demikian mengurangkan beban dan tanggungjawab pekerja.

2. Autoriti : Fayol mentafsirkan autoriti sebagai hak untuk memberi arahan dan sebagai kuasa untuk menarik seseorang supaya menurut arahan itu.

3. Disiplin : Asas disiplin ialah menurut arahan dan prosedur serta menghormati per-setujuan yang telah dibuat di antara organisasi dan kakitangannya.

4. Satu perintah : Fayol percaya bahawa seseorang pekerja mesti menerima arahan-arahan daripada seorang ketua sahaja. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan dan konflik di dalam penerimaan dan pemberian arahan.

5. Satu arahan : Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan di dalam satu rancangan dan diurus oleh seorang ketua sahaja.

6. Mengutamakan kepentingan organisasi : Kepentingan organisasi hendaklah diutamakan daripada kepentingan peribadi atau individu. Objektif-objektif organisasi adalah paling penting daripada objektif individu.

7. Pembayaran upah : Pekerja mestilah dibayar dengan bayaran yang sewajarnya. Kerja-sama, sokongan dan ketaatan dapat diperolehi daripada pekerja yang diberi bayaran sewajar dengan perkhidmatan mereka.

8. Pemusatan : Walaupun pengurus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas organisasi, kakitangan bawahan hendaklah juga diberi kuasa yang cukup untuk menjalankan tugas dengan efektif.

9. Rantai pemerintahan : Rantai pemerintahan ini menunjukkan hierarki autoriti bermula dari peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan di dalam struktur organisasi. Rantai autoriti ini juga menunjukkan arah aliran komunikasi formal di dalam organisasi.

10. Susunan : Fayol menggunakan prinsip susunan material dan sumber manusia yang mana material dan manusia itu hendaklah ditempatkan di tempat yang betul mengikut masa yang tepat.

11. Keseimbangan : Pekerja hendaklah diberi layanan dan keadilan yang seimbang untuk melahirkan ketaatan mereka kepada organisasi.

12. Kestabilan personel : Firma yang berjaya mempunyai kumpulan pengurus yang stabil. Pihak pengurusan atasan hendaklah mengimplementasikan amalan yang menggalakkan penglibatan kakitangan kepada organisasi.

13. Inisiatif : Kakitangan hendaklah diberi kebebasan untuk memajukan dan mengim-plementasikan rancangan.


14. Kekitaan : Keharmonian di kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan dan keteguh-an organisasi.







thanks for reading this,

Wednesday, July 17, 2013

UPDATE: UNTUK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN MENGENAI TSCCM

Assalamualaikum..



Nak update tentang harga TSCCM dan postage


1 peket RM12 + poslaju RM6 = RM18.00 ( Sem. Malaysia)
+ poslaju rm 9 = RM 21.00 ( sabah & sarawak)


2 peket RM22 + poslaju RM8.50 = RM30.50 ( Sem. Malaysia)
+ poslaju rm 13.50 = RM 35.50 ( sabah & sarawak)


3 peket RM33 + poslaju RM11 = RM44.00 ( Sem. Malaysia)
+ poslaju rm 16 = RM 49.00 ( sabah & sarawak)



Untuk pertanyaan dan tempahan boleh melalui berikut:

emel: fadh.jams@gmail.com
fb: cik dila
sms/ whatsapp: 012-6657122




thanks for reading this,

Tuesday, July 16, 2013

IFTAR DENGAN PRODUK TEPUNG SEGERA CHICKEN CHOP MARVELES.

Assalamualaikum,

Nak share juadah iftar saya dan keluarga.. Menggunakan produk Tepung Segera Chicken Chop Marveles.



yang ni kita punya!! suka sangat...
Chicken Chop With Rice.. 
Sedap tau letak kuah banyak-banyak kat nasi...
buat sendiri kan so letak la banyak mana pun kuah kita nak..
kalau kat kedai tu cetoet jee...



yang ni lak dik jad punye..
original chicken chop..
dikjad kate sedap...
:)



yang ni mama punye..
mama tak makan ayam..
so kita belikan fillet ikan and gaul dengan tepung chicken chop tu and makan dengan sos chicken chop jugak.
Mama suka..
Mama kata sedap...


Bagi sesiapa yang tak makan ayam, boleh cuba ikan jugak macam mama kita ni..
Pelbagai juadah bebuka untuk keluarga tercinta boleh dihidangkan dengan Tepung Segera Chicken Chop Marveles.

So apa tunggu lagi..

JOM CUBA! :)


Untuk tempahan boleh email terus ke fadh.jams@gmail.com atau 
boleh sms/ whatsapp 012-6657122







thanks for reading this,

Produk: Tepung Segera Chicken Chop







MARVELES CHICKEN CHOP!!!


Tepung segera Chicken Chop..

Tepung segera chicken chop ni.. memudahkan untuk menyediakan chicken chop yang sudah tentunya maveles..!!!! Bagi peminat Chicken chop.. ini adalah cara yang senang dan cepat, kerana penyediaannya yang mudah dan tidak remeh..
Tepung segera chicken chop ni ada 3 item dalam 1 pax.

1. tepung (200gm)
2. breadcrumbs (100gm)
3. sos (50gm)



Cara penyediaannya amat mudah dan ringkas kerana disertakan juga cara penyediaannya dalam setiap bungkusan.




Setiap bungkus boleh menyediakan 6 keping ayam.


Apa yang paling penting ia tidak mengandungi bahan-bahan pengawet makanan dan dijamin selamat dan bersih serta Halal.



1 peket RM12 + poslaju RM6 = RM18.00 ( Sem. Malaysia)
+ poslaju rm 9 = RM 21.00 ( sabah & sarawak)


2 peket RM22 + poslaju RM8.50 = RM30.50 ( Sem. Malaysia)
+ poslaju rm 13.50 = RM 35.50 ( sabah & sarawak)


3 peket RM33 + poslaju RM11 = RM44.00 ( Sem. Malaysia)
+ poslaju rm 16 = RM 49.00 ( sabah & sarawak)




Lagi banyak pesanan lagi banyak penjimatannnnnnn…… Penghantaran percuma bagi untuk yang tinggal di Klang. Jimat duit poslaju….hehehe..


Oh ya.. lupa pula nak bagi tahu… produk ini adalah hasil tangan dari BUMIPUTRA 100% yang di proses sendiri dan di bungkus sendiri. Bukan beli tepung dari luar tapi bungkus dan jual tau….kira HOMEMADE laaaa….hehehe








thanks for reading this,

TEPUNG SEGERA CHICKEN CHOP MARVELLAS!

Assalamualaikum,


Hai semua.. Harini sempena bulan ramadhan ni, nak perkenalkan satu produk dengan pembaca semua..


tengok gambar bawah ni:





Ianya Tepung Segera Chicken Chop Marvellas!!


Produk ni 100% keluaran bumiputra. Homemade lagi tu. Pengeluarnya kawan baik aku sendiri. Beliau memang pandai masak. Tak diragui. So bila dia keluarkan produk ni aku tak ragu-ragu untuk jadi agen. Sebab aku tau mesti sedap. Alhamdullilah dah cube memang sedap.





Kawan-kawan, nanti kalau ade masa kita update lagi ek pasal tepung ni..


Buat masa ni, apa-apa pertanyaan just msg or whatsapp aku di talian ini 012-6657122 
(hanya untuk tempahan @ pertanyaan TSCC Marvellas saje ye.. bukan untuk berkenalan)






Thanks for reading this,

Saturday, July 13, 2013

PERSONAL REVIEW: BEDAK TANAKA

Assalamualaikum..



Ramadhan ke-3. Agak TERRRrajin nak update blog kejap gara-gara terbaca ramai yang update pasal bedak yang tengah fofular sekarang ni. Eden pon taknak la ketinggalan buat review jugak. Okay, bedak apa lagi yang tengah fofular sekrang ni kalau tak bedak dr Myammar tu. Bedak Tanaka..



Actually, dah berminggu jugak la aku try bedak ni.. and rasa puas hati sangat. Tu yang sibuk nak buat review jugak..



this is mine. Aku beli yang kecik je. 40g sebab ingat nak try je so yang kecik je la. Tapi, kecik-kecik dia pon besar gak. Padat. Kalau macam aku ni pakai sensorang je, asenya mau tahan 2-3 bulan jugak. Yang kecik ni harganya kalau tak silap RM15 la. Beli on9 dekat FB. Memula ingat yang beli yang rebranding oleh Nora Danish tu. Tapi masa tu dorang dah stopkan pengeluaran sebab katanya ramai yang tiru. Actually, yang macam ni pon original. Original pack. Yang Nora Danish tu telah di pack semula. Ada macam-macam warna. But, I choose green colour. Ada bau lime. Bau yang segar.



Lepas hampir 3 minggu guna. Macam tak luak lagi. Padahal tiap-tiap malam guna ni. Tu yang aku kata, kecik-kecik dia pon boleh tahan lama.

Cara nak pakai senang je..

i) basahkan muka.. Kalau nak pkai sebelum tido tu, kan kita digalakkan berwuduk sebelum tido, so pas amek wuduk tu jangan lap muka. Biar muka basah.

ii) lepas tu colek sikit-sikit bedak ni and sapu pada muka. Ikot la kalau muka berjerawat tu, pakai lah tebal sikit. Biar jerawat cepat kecut.




Antara kelebihan bedak tanaka ni untuk mengecutkan jerawat, menyegarkan wajih dan memutihkan wajah.



Aku rasa ianya berhasil untuk aku. Tapi, part memutihkan tu belum lagi la nampak kesannya. Tapi mengecutkan jerawat dan megecilkan liang roma tu YES.


Ada yang kata bedak tanaka ni bole jadikan as foundation jugak. Tapi, yang tu aku belum try lagi. Nanti lah kalau ade masa aku try.



Rasanya cukup la menaip ni. Till then. Bye.









thanks for reading this,

Thursday, July 11, 2013

Kenangan Tak Boleh Lupa di hari pertama puasa.

Assalamualaikum,


Alhamdullilah semalam dah selesai puasa untuk hari pertama.. Mesti ada macam-macam ragam hari pertama puasa kan? Haa, sebab itu la update entry ni.. nak cite jugak pengalaman berpuasa hari pertama. Bila dikenang-kenang balik, kelakar pun ade malu pon ade. Macam budak-budak yang baru first time berpuasa. Padahal dah bertahun-tahun puasa.



Tapi, ntah kenapa la semalam rasa lemau je. Padahal dah motivate diri sendiri ni..

"kamon dila, semangat!! wat kerja bersungguh-sungguh dapat pahala ramadhan ni!"


Tapi tak berjaya gak. Nak salahkan setan menghasut, kan setan dah kena ikat. Salahkan diri sendiri la yang tak kuat. Asyik tengok jam je and rasa macam alahai lambatnya jam ni pusing.


Nak dijadikan cerita, menjelang tengahari tu memang dah xleh tahan dah ngantuk tahap gaban. Tengok jam 1.30. Dalam hati cakap, boleh la amek cuci muka amek wuduk pastu solat zuhur tros. Mesti lepas tu segar.


Dalam bilik air, jumpa lak sorang cikgu ni tegur "hai awalnya,". Dalam hati berkata "awal apanya, dah masuk waktu, cikgu pon nak balik dah kan". Tapi tu kata-kata dalam hati je.
Kata-kata diluar hati "saje je kak, malas nak kuar ofis lagi amek wuduk"



Dah siap wuduk, masuk la ofis pastu tros ke belakang bilik pengetua (tempat solat). Time tu perasan gak member ofis macam pelik tapi dorang tak cakap pape. Aku pon terus la solat. Dah siap solat baring kejap telelap pastu bangun siap-siap kuar bilik. Kuar bilik tengok jam kul 1.10 petang. Aku ckp "eh jam ni salah ke?" pastu tengok jam punchkad lak.. SAMA. 1.10 petang gak.. besar kan mata lagi tengok. tak berubah.


Tanya member ofis, eh baru kul satu ke? pastu dorg suma kata yela baru kul 1.


Aku dah terdiam!! abes tu aku salah semayang la ni??!! GGGGRRRRRRrrr.. AKU MENGIGAU!!!
salah tengok jam! gara-gara tak sabar nak balik awal. Patut lah sume pelik. Dorang kate dorang terniat nak tegor aku, tapi dorang ingat lagi aku nak solat sunat.. siap ada yg cakap "bagusnya dila ni solat sunat." Padahal aku salah waktu!!!




Hihi, wat gelak jer la. Buat malu.




teringin nak terawih kat Masjid Negeri ni.. Tapi.. hish! malas sangat ni kenapa!!! sekarang dah ade surau baru kat belakang rumah so senang jalan kaki je pergi..
Tapi, still teringin nak terawih kat masjid negeri. Insya allah.




thanks for reading this,

Wednesday, July 10, 2013

Ahlal Wahsalan Ya Ramadhan..

Assalamaualaikum,


Alhamdullilah, hari ni kita mula berpuasa. Semoga ramadhan kali ini membawa seribu makna dan keinsafan kepada kita semua.




As for me, this is my first ramadhan without him. The one most important in my life. Tak pernah terbayang, tak pernah terfikir yang akhirnya, aku tak ada lagi peluang untuk menyambut ramadhan dengan die. 10 tahun bersama.. banyak kenangan ramadhan dan syawal bersama. Selama ni pon, kalau gaduh, asal bulan puasa je dah berbaik balik.



Suka duka bersama telalu banyak.. banyak sangat. Taun lepas, antara kenangan berbuka puasa bersama yang tak dapat dilupakan selamanya. Kitorang terpaksa berbuka didalam kereta dengan chewing gum gara-gara tersesat jalan dan jem.



Kenangan tu semua tersimpan semat didalam hati..


Awak, walaupun awk dah pergi untuk selama-lamanya, kita takkan lupakan awak. Kita tau awak tengah berbahagia disana. Insya allah kita akan meyusul. cuma tak tahu bila..


al-fatihah buat awak..



dan buat semua pembaca, salam ramadhan mubarak. maafkan segala kekhilafan diri ini di dalam penulisan andai ada tercacat disana sini. Yang buruk itu daripada saya.







thanks for reading this,

Thursday, July 4, 2013

penenang hati.

Assalamualaikum..



HUrm, sekrang hati rasa something.. Selepas 4bulan arwah pergi.. Tak tahu lah rasa ape.. takut rasa macam ni.. takut kecewa lagi.. Ya Allah, bagilah aku petunjuk.




ajal maut, jodoh pertemuan...semuanya di tangan Allah...
dambalah padaNya di setiap doa dalam sujud solatmu..




Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi
pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat

Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang
beriman
Supaya aku dan dia dapat membina
kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh


Amin


thanks for reading,

SOLAT HAJAT: MOGA DIMAKBULKAN SEGALA HAJAT KITA.. INSYA ALLAH

Assalamualaikum..


Nak share pasal panduan solat hajat.. copy paste dari blog orang lain untuk manfaat bersama..




Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda' bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersolat dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

Waktu untuk menunaikan Solat Hajat:

Boleh dilakukan bila-bila masa (siang atau malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, selepas solat asar, ketika matahari naik, dll. (ada juga pandangan mengatakan boleh melakukan solat hajat pada sebarang masa atas sebab ada tujuan yang khusus). Walaubagaimanapun, lebih afdhal (baik) dilakukan pada lewat malam khususnya pada sepertiga akhir malam.


CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT
• Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat
• Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
• Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah (cara paling ringkas) ialah :

1. Lafaz Niat Solat Hajat :

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku solat sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bilangan rakaat : 2 rakaat
2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :

a. Baca doa iftitah
b. Baca Al Fatihah
c. Baca Surah Al Kafirun 1 kali
d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

3. Pada Rakaat Kedua

a. Baca Al Fatihah
b. Baca Surah Al Ikhlas
c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
d. Membaca Tahiyat Akhir

4. Memberi Salam
5. Berdoa selepas memberi salam :

a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. dan bersalawat kepada nabi S.A.W.
b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, perniagaan, dijauhkan dari maksiat dll.

• Setiap orang mempunyai cita-cita dan hasrat. Untuk mencapai cita-cita dan hasratnya memerlukan usaha dan ikhtiar.

• Salah satu dari usaha dan ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat dan cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui Solat hajat sama ada kecil atau besar.

Hajat yang dipohon
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain dan doa untuk mengatasi atau menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan

Tidak harus dipohon
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat dan kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain.

FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

- Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah.
- Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
- Memberi ketenangan jiwa kepada seseorang.
- Tekun dan gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah.
- Tidak putus asa dengan takdir Allah.
- Dimakbulkan Allah doa yang dipohon (Insyaallah).

Tambahan
Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja. Tidak boleh dilafazkan kerana masih lagi berada didalam solat. Batal solat jika melafazkannya.

Hajat Juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas memberi salam (boleh melafazkannya krn telah keluar dari solat).


Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2013/02/panduan-solat-sunat-hajat.html#ixzz2Y1u4rMbU


thanks for reading,

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"