CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Wednesday, November 30, 2011

GIVEAWAY : Irine Nadia nak kasi PRODUCT MIRACLE TAB SECARA FREE!!!

Assalamualaikum..

sapa tau pasal product terbaru, MIRACLE TAB? (sila angkat tangan tinggitinggi)

aku baru tau..jujurnye..sangat terpegun dengan kelebihan product ni..tengok testimoni pelanggan yang dah mencuba rata-rata berpuas hati dengan product ni...

hajat di hati teringin juga nak cuba..TAPIIIIIIIIIII...



kene tunggu dapat 5 bulan bonus laa!! huwaaaarrrrgghh!!
huhu...memang la nak cantik tu kene berbelanja sikit kan..kan..kan...

TAPIIIII.... I HAVE TO SPEND FOR MY ......!!!!! T_T




tapiii....dun worryy!! boleh cube LUCK sbb si blogger comel IRINE NADIA nak wat giveaway and nak beri kan product MIRACLE TAB yang bernilai RM150 secara PERCUMA!! ulang suara.. PERCUMA!!

haaa..terbeliak bijik mate dengar perkataan percume ni... so ape lagi?? meh la try nasib...





ni adalah product yang ditawarkan oleh cik blogger comel ni..

set MIRACLE TAB yang terdiri daripada:

- Tab EX
-Tab Soap
-HD Glow Essence
yang Irine nak tawarkan pada blogger bertuah adalah TAB SOAP (RM70) dan HD GLOW ESSENCE (RM80)




Bagaimana untuk dapatkan GIVEAWAY daripada Irine Nadia ni?

boleh KLIK SINI


kenapa saya nak product ni??? pasal saya nak cantik jugak la!!ohhh..malu oke sebenarnya nak tepek gamba ni...tapi terpaksa tepek jugak sebab see my face?? sekarang memang musim jerawat..dan eyebag yang comel itu pon susah nak ilang...rasa macam kurang bermaya je muke aku.. kalau aku rasa nak cantik sikit aku kene mekap tebal tebal bagi mengurangkan kekurangan yang ade di wajah..tapi...tak kan la selalu nak bermekap kan??? tak elok gak..so bile tak mekap jadi la seperti di atas... agak terrible... harap harap product MIRACLE TAB tu dapat la membawa miracle pada wajah aku...


btw..thanks IRINE NADIA for your giveaway!! =)


ade sape-sape nak join lagi? meh KLIK SINI..



Saturday, November 26, 2011

Ombak Rindu 2011

baru lepas tengok thriller Ombak Rindu kat youtube..

tetibe rase sangat excited nak tengok cite ni!

novel Ombak Rindu ni popular kot..

7 tahun lepas aku pon tak lepas kan peluang baca novel ni.. and aku akui aku bace novel ni berulang kali sebab sangat best...

feeling sgt!

do i care kalau orang kate aku jiwang giler nak mampus pon..

aku tak kacau orang pon...



eh2..anyway cite ni banyak msg yang diselitkan...









hurm...

tak sabarnyee nak tengok!!!




Friday, November 25, 2011

nak tau ape itu LECITHIN??

hai korang..
ade info menarik nak share dengan korang... its about LECITHIN.. LECITHIN actually quite famous among mereka mereka yang ingin membakar lemak secara sihat.. Aku pon baru tau pasal LECITHIN ni and terus jatuh cinta.. So nak share sikit mengenai LECITHIN..


Fakta-fakta mengenai khasiat Lecithin ini. (Apresiasi : Iffah Anuar)

  • Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke,heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.


  • Kenapa org yang nak kurus suke Lecithin? Sebab ia bertindakmengemulsikan lemak (ayat simplenye .. ianya memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.

  • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

  • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

  • Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

  • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana iamenggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

  • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

  • Lecithin adalah zat utk kecantikan .. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat .. cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

  • Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE .. BILE ni fungsinya plak mencairkan lemak dan .. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

Thursday, November 24, 2011

cantik tak kasut merah??


MERAH ITU BERANI..

MERAH ITU GARANG...

MERAH ITU SEKSI..




huhu...hai korang! Sekarang dah start Y.E.S kan??? so aku macam nak cari sepasang kasut berwarna merah la..



Actually aku bukan lah peminat merah pon... cume rase macam kalau sekali sekala pakai merah misty mood kite jadi segar kan?



and misty mama suke kalau tengok aku pakai kasut merah sebab mama suke warna merah..kalau boleh tiap tiap tahun raya misty nak warna merah... naseb baik la aku jenis membangkang..kalau tak memang banyak je la koleksi baju merah aku...



hurm..tapi nak beli kasut yang macam mane ek?
meh la layan gambar dari Mr. Google ni dulu la cari inspirasi...




































alaaaa....

still tak tahu lagi la nak pilih yang mane...


tolong guysss....


bagi cadangan??



thanks for reading,

Tuesday, November 22, 2011

SYABAS HARIMAU MUDA!!!

assalamualaikum dan selamat pagi semuaa!!!


yeahhh!!

tiga entry berturut-turut aku pasai bola!!


alhamdullilah semalam kita dah berjaya bawak pulang "ibu segala pingat" dalam Sukan Sea dan sekaligus telah membenamkan ego peyokong penyokong bola sepak indonesia! haaaa...
hamekkk ko..bukan main lagi bersorak kan! bile kalah abes senyap sunyi satu stadium...





SYABAS HARIMAU MUDA!!!!!





aku rase macam nak gi LCCT je sambut ketibaan dorang... tapi apekan daya.. PM tak isytihar hari ni cuti umum! kalau hari ni cuti confirm aku gi LCCT tu...lalalallala



but...


I do love u Khairul Fahmi Che Mat!!!




even though banyak gosip liar pasal dia kebelakangan ni, tapi tak menjejaskan prestasi dia pon...
itu yang kite nak!!! teruskan usaha untuk menaikkan kembali kegemilangan bola sepak Malaysia!!







Harini aku masih semangat berkobar kobar sempena meraikan kemenangan Harimau Muda..

tak cukup pakai hitam kuning malam ni, pagi ni pon pakai hitam kuning lagi...




pastu berlari kekedai beli surat kabar sebab nak amek gambar dengan Harimau Muda ni....



hihi...jadi la kan dapat amek gamba bersama gak....





pape pon..


SYABAS!!!! I'M PROUD OF U HARIMAU MUDA!!!!

aaaaauuuuummmmmmmm...




thanks for reading,

Monday, November 21, 2011

Selamanya Harimau Malaya!!



ketika ni baru selesai separuh masa pertama...

perlawanan yang sangat sengit...

tapi pelik la.... pesal keeper tu tadi tak bagi kad kuning kat si Diego tu? padahal nampak kan Diego tu ade main kasar dengan pemain kite...


tak fair...





takpe... rilex guys...


meh layan lagu ni dulu untuk naikkan semangat kite semua..



separuh masa kedua lepas ni penentu kemenangan...



so..



ayuhh!!!!







Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!


Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

(Altimet)
Inilah tunah tumpahnya darah ku,
Negara pasukan biarlah hanya satu,
Harimau kami berlari laju,
belang nak tertanggal dari baju,

Harimau kami cekap gelecek,
Pertahanan lawan tumbang sederet,
Bila turun padang berumahkan gelanggang,
Kalau berani mari bersandang....


Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

(Joe)
Semua berlari hingga tiada keringat,
GOL pertama untuk negara kedua untuk pingat,
Bila atas padang main tak ingat,
Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat,

Pernahkah ada harimau yang jinak?,
Jawapannya tidak semestinya lincah,
Penyokong ke stadium beranak pinak,
Untuk mu MALAYSIA kami sana....


Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

(Carleed Khaza)
Hey,nari kita semangat,
HITAM KUNING terpahat,
Mari kita berjuang,
Tempur berperang di padang,

Sekali lagi,
Maju lagi,
Serang lagi,
Gagah berani sebati,

Tidak genat tenang,
Dengar sorakan Gemilang,
HARIMAU MALAYA PASTI MENANG!!!


Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!





Harimau Malaya VS Garuda

hari ni... hari penentu...


Harimau Malaya akan menentang Sang Garuda bagi merebut pingat emas Sukan Sea...



ayuhhh!!!!




kite sama sama memberi semangat kepada pasukan muda negara kita...




to pasukan muda ku:

"we know you can do it! we always support you.. no matters how hard are you there, semangat kami tetap bersama kamu.. be strong! be hard! and good luck! teruskan mengaum!!"






walaupon gamba ni blur..tapi semangat aku tak blur tau! aku tetap akan menonton dan memberi semangat walaupon hanya di depan TV...



Sunday, November 20, 2011

make over Nani

thank you dear coz trust on me! =)




simple mekap..


actually ni test make up utk majlis pertunangan Nani on 3rd December 2011.



everything is okey but untuk majlis tu nanti kena lebihkan tang mata tu lagi...


=)








till then.


Wednesday, November 16, 2011

Karipap ohh karipap..

hai readers.. Assalamualaikum wbt.. dan Selamat Pagi!!


korang semua dah breakfast ke? breakfast ape arini? nasi lemak? roti canai? or Mc Donald breakfast?? breakfast tu penting ye.. jangan skip breakfast kalau kita inginkan tenaga yang maksimum sepanjang hari.



oke aku update pagi pagi ni sebab nak cite pasal breakfast aku.... Harini tekak tetibe terasa macam nak makan karipap... dah lama rasanya tak makan karipap yang sedap... so aku macam teracari cari la gak kat mana.. so aku decide nak pergi Taman Andalas je la... dekat dengan sekolah aku pon... banyak jugak orang meniaga tapi aku kena pilih satu tempat yang senang paking la...kalau bole memang nak paking depan depan kedai pon kan...




oke dah jumpa!

murah gak kuih muih kat situ. 3 biji rm1.. mana nak dapat kan? sekarang ni kuih semua kira 5 biji rm2.... so aku terus la cakap kat makcik tu aku nak karipap singgit... then dia bungkus pastu dia bekalkan gak dekat aku sos yang da siap ikat..macam selalu kita beli kopok lekor kan ade sos yang dorang ikat tu kan? aku pelik la gak...pesal beli karipap dapat sos?? tapi tak tanya la...diam je...







ni karipap yang aku beli.. nampak tak sos tu? aku pilih karipap ni sebab aku suke kulit karipap ni.. kalau aku nak beli karipap memang aku akan cari karipap yang kulit macam ni... macam ade gelembung gelembung sikit.. tak tau la kenapa tapi aku rasa yang macam ni lagi sedap..






aku pon start makan la sebab dah terliur kan tengok karipap tu..

aku memulakan gigitan pertama..


ngupp!!



apesal rase pelik plak ni??

tengok...inti karipap ni MAGGIE GORENG laaaa!!



adooiiiiiii... tak pernah la plak ase... patot la ade sos kan.. and sos tu aku syak cuka sebab cair tak macam sos biase and rase masam masam pedas...





haa ni rupe inti maggie goreng tu...




haaaiiihhh.... macam macam laaa makanan yang diubahsuai skang ni..

rase pon dah lari...



korang pernah rase karipap macam ni tak?? share with me..


oke.. jupe lagi..




thanks for reading,

Tuesday, November 15, 2011

Yuna - Penakut

selamat hari selasa.. selamat bekerja..

sambil wat keje meh melayan lagu..agar tak stress dalam bekerja..


nah..



dengar ni...





LAGU TERBAIK!!


BEST!!










Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku



Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/07/lirik-lagu-penakut-yuna.html#ixzz1djtV76Sb





oke sambung buat kerja...

Friday, November 11, 2011

nak jugak post cerita 11.11.11



fuyooo... harini kat facebook masing - masing la update status 11.11.11 ni..


blog pon tak kurang meriahnya la dengan cerita 11.11.11 ni... So aku pon nak update gak la cite pasal 11.11.11 ni... tak nak la ketinggalan kan..



to me nothing special la... special cume hari ni hari Jumaat yang penuh keberkatan... selain tu takde.. takde la kate nak celebrate bagai kan..



dulu mase muda muda ade la bercadang nak menamatkan zaman bujang tarikh ni... tarikh 11.11.11 (kebetulan tarikh ni jatuh hari jumaat, sesuai la nak menikah kan) dengan hantaran RM 11,111.11.. wahhh.. tah tahan kan?? macam artis konon - konon nye... tapi ape kan daya kan..kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. masih belum sampai mase lagi untuk menjejaki alam rumahtangga.. Mungkin Allah masih nak bagi peluang kat aku perbaiki diri supaya lebih matang untuk hadapi cabaran berumahtangga... sesungguhnya aturan Allah tu sangat cantik dan sungguh sempurna..



tak kesah la semua tu... yang penting dari hari ke hari kita sentiasa cube untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.. skan korang??



SALAM JUMAAT..



:)



Thursday, November 10, 2011

DIA sahabat SAYA...

DIA menyayangi mu.. tetapi BUKAN kekasihmu..

DIA beri perhatian kepadamu.. tetapi BUKAN keluargamu..

DIA siap berbagi rasa sakit.. tetapi TIDAK berhubungan darah denganmu...

DIA adalah.. Sahabatmu...!! SAHABAT SEJATI...

SAHABAT SEJATI...

Marah seperti Ayah..

Peduli seperti Ibu..

Menggangu seperti Kakak..

Mengesal seperti Adik..

Dan terakhir meyayangi mu lebih dari kekasih...

" Post ke blog sebagai tanda menghargai sahabat special yang sangat bererti bagi kamu.. Abaikan jika kamu tidak mempunyai sahabat.."

Mungkin mereka pernah buat kamu tersenyum...

entah dia:

tersenyum kerana menyukaimu..

tersenyum kerana mengagumimu..

tersenyum kerana hal apa pun...

ataupon dia tersenyum kerana kegilaan yang kamu buat..

itu tetap menjadi kebahagian buat kamu...




"Terima Kasih kerana pernah buatku tersenyum" :')










#4 Spontaneous Thursday




SOME PEOPLE ARE MEANT TO FALL IN LOVE WITH EACH OTHERS...


BUT NOT MEANT TO BE TOGETHER...





asal usul ST? klik sini..



Wednesday, November 9, 2011

Monday, November 7, 2011

berkorban apa saja..

wuhuuu.. selamat hari raya aidiladha a.k.a hari raya korban..
ase belum terlewatkan utk ucap selamat hari raye sbb masih lagi bertakbir raye...



iye aku mmg bukan blogger tegar sbb nye blogger tegar akan sentiasa update blog dia tak kire dimana pon mereka berade..tapi aku tidak... ohhh aku kena la KORBAN sket tinggalkan blog aku demi bersame keluarge techentaaa...




anyway pada my new follower sori ai maseh belum berkesempatan utk meninggalkan jejak kaki sye d blog kamu..nnt sye singgah ye..thanks sbb sudi KORBANkan dashboard anda dengan update sye..






sye juge telah KORBAN kredit demi utk online via mobile...



k la...jupe ag..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 3, 2011

my HOT STUFF...

assalamualaikum wbt pembace sekalian..

entri hari ni betajuk "my HOT STUFF"... kenapa tajuk macam tu kan?? sebab barang yang aku nak share dengan koang hari ni memang sangat hot...


aku dah mula sukakannya di saat petama kali aku mencubanya...


nak tau tak girl semua??

kaum lelaki pon boleh amek tahu,, mane lah tau kot kot bole dijadikan hadiah utk memujuk si idaman hati?? hehehe...poyo sangat la,.....


oke jum tgok ape barang tu....





here are the stuff....
Liquid eyeliner, mascara & eye shadow..



Liquid eyeliner ni aku beli dekat Sinma... i already bought it for the 3rd time i guess.. First aku tau pasal liquid eyeliner ni pas aku try yana punye... Kenapa aku suke? sebab 1st eyeliner ni cepat kering..bila apply kat mate je teros kering.. Bagi mereka yg bermata kecil dan tidak bekelopak mate ni, kadang2 bile tekelip mate je mula la eyeliner tu comot.. tapi if pakai eyeliner from Sinma ni takkan comot sebab once apply je kat mate teros kering.. i like it! and affordable too sebab harga around RM12.. murah & berkualiti!


Mascara Hyper Curl Volume Express ni pon sangat hot sebab boleh melentikkan bulu mata dengan sangat efisyen nye!!


Eye shadow from Elianto... actually aku beli eye shadow ni bukan untuk pakai kat mata tapi aku gunakan as a highlight.. sangat sesuai dijadikan highlight dibahagian mata sebab color yang tak menyerlah..shimmer dia pon tak la over sangat... ngam ngam la.. lagipon ni memang rekemen by salesgirl tu sendiri... so kalo korang tercari cari highlight yang sesuai aku rekemen lustre shadow color venetian pink (04) from elianto.. harga hanya RM10 sahaja..





aku memang suke barang barang yang murah dan berkualiti ni.. hihi..








me after wearing my hot stuff... oh aku tak kate aku hot oke... cume barang barang tu je yang hot... ^_^




oke la...
next entry ade ag barang yang nak share dengan korang,,

jupe ag..bai..

thanks for reading,

Wednesday, November 2, 2011

SEGMEN JOM NAIKKAN JUMLAH FOLLOWER DENGAN MENDADAK!

ni quick update...

nak stori pasal life, makep, study, etc sangat malas untuk menaip jadi join segmen je la...






meh ramai ramai klik banner ni ye..











klik klik klik.. SINI


K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"