CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Monday, April 30, 2012

BERSIH dan KEBERSIHAN.

Hye Assalamualaikum...



Ertinya : “Diriwayatkan dari Malik Al Asy’ari dia berkata, Rasulullah saw. bersabda : Kebersihan adalah sebahagian dari iman dan bacaan hamdalah dapat memenuhi mizan (timbangan), dan bacaan subhanallahi walhamdulillah memenuhi kolong langit dan bumi, dan shalat adalah cahaya dan shadaqah adalah pelita, dan sabar adalah sinar, dan Al Quran adalah pedoman bagimu.” (HR. Muslim)”


Ayat di atas jelas menyatakan Islam sangat menitikberatkan kebersihan didalam kehidupan seharian. "Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan".

Jadi, kita digalakkan untuk bersuci terutamanya ketika hendak mendirikan solat.. kebersihan tu sebenarnya sifat terpuji. Bila kita menjaga pakaian kita, keadaan sekeliling kita supaya sentiasa bersih, secara tidak lansung hati kita juga akan turut bersih sebab kita akan berasa tenang dengan kebersihan disekeliling kita..


"ihsan google"


tapi sayangnya, makna BERSIH itu sendiri telah tercemar..tidak mengambarkan nilai dan makna disebalik perkataan BERSIH tu dengan insiden yang berlaku di negara kita baru-baru ini. For sure, ramai yang dah tau kan pasal ape? Sebagai rakyat Malaysia, aku rasa sedih sangat dengan apa yang berlaku.. perlu ke adekan demonstrasi begitu menggunakan nama BERSIH?? apa yang BERSIH nya jika maruah rakyat Malaysia tergadai?? Malu la dengan pelancong asing yang datang dan meyaksikan demonstarsi mcm tu.. kira macam negara kita tak ubah macam negara luar. Sama je...




Kita masing-masing dah besar, dah boleh menilai dengan betul menggunakan mata hati dan akal fikiran yang waras.. jangan terlalu ikotkan nafsu. Kita Malaysia mengamalkan pentadbiran demokrasi dimana rakyat diberi pilihan untuk memilih parti mana untuk mentadbir negara. Jadi, kalau ada mereka yang tak suka dengan parti yang memimpin sekarang, masa mengundi nanti pakat lah ramai-ramai untuk mengundi parti lain. Tak perlu la nak adakan demonstrasi jalanan yang memalukan tu. Dalam masa yang sama turut menutup pintu rezeki peniaga-peniaga.



jangan nak salahkan SPR yang tak telus menjalankan tugas. Mereka yang bertugas bersikap bebas. tidak pilih kasih. mereka hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan. lagipun bukan semua SPR tu pro kerajaan dan anti pembangkang. mereka juga manusia biasa yang bebas memilih untuk meyokong siapa-siapa pun. begitu juga dengan polis, mereka menjalankan tugas. dan andai mereka rasa tercabar dan mereka merasakan kedudukan mereka terancam, adakah mereka hanya sekadar berdiam dan berserah saja? kalau macam tu tak perlu la mereka menjadi seorang anggota polis yang telah diamanahkan untuk menjaga negara. andai suatu hari nanti, bukan pemerintahan sekarang yang memerintah negara, apakah tidak akan ada lagi SPR?? akan tidak ada lagi polis yang menjaga negara?? tak mungkin kan? bagi mereka, walau siapa pun yang mentadbir, mereka tetap akan memikul amanah dan tanggungjwab yang telah digalaskan dibahu mereka. jadi, tak perlu lah kita menunding jari menyalahkan sesiapa saja.




kita sepatutnya berganding bahu menjaga keamanan negara. tak takut ke kalau sesuatu terjadi kat negara kita?? bersyukur lah dengan apa yang kita perolehi sekarang ni...








*cuma luahan peribadi sahaja tanpa menyentuh mana-mana pihak yang berkenaan*


salam.


thanks for reading,

Thursday, April 19, 2012

day 1 - testing wifi

Hai korang...


Sekarang pukul 11:45 malam..tapi masih dalam kelas dan gigih menaip assignment..


Sambil tu on9 sat sebab kerja aku dah setel..


Sangat penat dan ngantuk... Harap ape yg dibuat hari ini diterima oleh urusetia kursus...


Oke la..


Good night.. Sleep well.. Sleep tight..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 18, 2012

keBIZIan yang amat!!

hi korang!

nak bagi tau yang sekarang ni tersangat lah bizinyaaaa...




Tentative keBIZIan:

16-22 April 2012 : Ada 2 kursus, ada pendaftaran semester baru, ada kelas baru



23 April - 4 May 2012: Preparation untuk Audit!! huwaaaa...sangat nebes untuk ini!



7-11 May 2012 : Kene attend satu lagi kursus!


14-18 May 2012 : AUDIT!!! fuhhhh!!!




lepas tu tenangsikit nak share banyak gambar dengan korang...


k bai..






thanks for reading,

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN RASA PANAS.

Assalamualaikum wbt..


Panas kan harini.. tengah panas-panas ni nak share petua mujarab la dengan korang yang mampu menghilangkan rasa panas dan mengembalikan kesegaran dan kenyamanan... Senang je petua ni dan selamat untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat.. Kalau tengok wayang tu dalam klasifikasi U la..



nak tau tak??





kalau nak stay tune...


*
*
*
*
*
*
*
*
*







Taraaaa.... korang hanya memerlukan sebungkus Aiskrim Magnum Classic apa-apa flavor kesukaan korang sahaja... Then, korang bukak plastik tu pastu apa lagi.. jangan tunggu lama-lama..kang cair.. panas plak hati korang kan..







Nyummyyyyyyyy.... Aiskrim Vanilla dengan Coklat Belgiam With Almond... sedapnyaa tak terkata.. terus hilang rasa panas... rasa sejukkk je hati ini.. tak percaya?? Try laa...








hahaha..memang sengaja aku terbalikkan gambar ni..kalau macam ni nampak macam hidung aku mancung sket! bwerrkkkk.. :p




selamat mencuba korang!






thanks for reading,

SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA..

Buat mereka yang sedang mabuk cinta, belangkas yang sedang bertelinga tuli daripada nasihat-nasihat di sekitar mereka supaya mereka duduk sejenak dan menjawab soalan-soalan realiti.


*************************************************************************************


Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan karenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?


Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja, tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?


Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?


Semasa kita mula berumah tangga, pasti hidup kita indah bagai di syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun, ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan dalam rumah tangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar denga karenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?


Selepas beberapa tahun berumah tangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara-mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?


Andai selepas beberapa tahun berumah tangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?


Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah engkau hadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?








# copy paste dari Buku Bercinta sampai ke syurga.
# Muslimin juga boleh menilai adakah anda masih dan sanggup menerima pasangan anda dengan soalan permasalahan ini?


ehsan: Eya Ar- Rayyan



thanks for reading,

Monday, April 16, 2012

Kita baru tahu ada library dekat dengan rumah kita!!

haa..

hamek...tak tau nak letak tajuk ape kan..so letak tajuk panjang2..


kalau u olss nak tau kita baru je pindah duk klang..eh..baru tak baru dah 2 tahun gak la..pastu sejak-sejak duk klang dah tak pergi National Library sebab dah jauh kan.. kalau duk Ampang dulu bole kata every week pegi Library sebab nak pinjam novel..


Oke nak cite pasal Library yang agak dekat dengan rumah kita ni.. Perpustakaan Tun Raja Uda dekat Seksyen 13, Shah Alam.. Agak dekat la jugak tapi susah nak cari.. sebab perpustakaan ni dekat dalam kawasan golf! bile dah masuk kawasan golf tu dalam hati kata eh ni nak pergi perpustakaan ke nak pergi belajar pukul bola??? dah tak nampak signboard perpustakaan tu bile dah masuk kawasan golf tu..


bila dah sampai dari luar mmg nampak lah ni perpustakaan baru.. Luas dan selesa! memang tersangat-sangat lah selesa nya.. aman dan damai.. kalau study kat situ konfirm masuk otak punye!




tapi ada gak tak bestnye sebab tak banyak lah pilihan buku kat sini.. terlampau sikit..kalau nak cari novel tu cume jumpa sebijik dua je.. last-last aku pergi sana tak pinjam pape pun..agak hampa lah..

buku rujukan untuk dak-dak U pon tak banyak..hurm.. mintak ditambah pada masa akan datang ye?





dalam banyak tak banyak buku tu tetibe aku tertarik buku yang ini..hehehe..sebab i pon JAWA!! hoho.. kejap je baca buku ni..sebab nipis..





makanan kat sini tak best sangat la..maybe sebab perpustakaan baru kan so takde kedai makan yang stabil lagi.. and agak mahal nak dibandingkan makan kat kantin National Library.


tapi pape pun masih boleh diperbaiki di masa akan datang..


boleh la gak aku datang perpustakaan tu utk study.. memang masuk otak punye..hehe


k la.. till then..

bye..




Friday, April 13, 2012

HAI APRIL!

Assalamualaikum..


Macam drama plak kan? Drama BUNGA APRIL.. Yang pelakon die TASHA SHILA tu.. Yang menang Pelakon Wanita Baru Popular tu masa ABPBH tempoh hari..oohh opsss.. i'm not her fan..


Actually just nak bagitau yang agak kurang hupdate la for few month.. kekangan internet.. semua cerita-cerita yang nak dicerita tu aku akan simpan dulu and akan diberitahu later.. oke??


bye...








K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"