CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Wednesday, April 18, 2012

SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA..

Buat mereka yang sedang mabuk cinta, belangkas yang sedang bertelinga tuli daripada nasihat-nasihat di sekitar mereka supaya mereka duduk sejenak dan menjawab soalan-soalan realiti.


*************************************************************************************


Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan karenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?


Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja, tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?


Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?


Semasa kita mula berumah tangga, pasti hidup kita indah bagai di syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun, ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan dalam rumah tangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar denga karenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?


Selepas beberapa tahun berumah tangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara-mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?


Andai selepas beberapa tahun berumah tangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?


Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah engkau hadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?








# copy paste dari Buku Bercinta sampai ke syurga.
# Muslimin juga boleh menilai adakah anda masih dan sanggup menerima pasangan anda dengan soalan permasalahan ini?


ehsan: Eya Ar- Rayyan



thanks for reading,

No comments:

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"