Hye Assalamualaikum...
Ertinya : “Diriwayatkan dari Malik Al Asy’ari dia berkata, Rasulullah saw. bersabda : Kebersihan adalah sebahagian dari iman dan bacaan hamdalah dapat memenuhi mizan (timbangan), dan bacaan subhanallahi walhamdulillah memenuhi kolong langit dan bumi, dan shalat adalah cahaya dan shadaqah adalah pelita, dan sabar adalah sinar, dan Al Quran adalah pedoman bagimu.” (HR. Muslim)”
Ayat di atas jelas menyatakan Islam sangat menitikberatkan kebersihan didalam kehidupan seharian. "Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan".
Jadi, kita digalakkan untuk bersuci terutamanya ketika hendak mendirikan solat.. kebersihan tu sebenarnya sifat terpuji. Bila kita menjaga pakaian kita, keadaan sekeliling kita supaya sentiasa bersih, secara tidak lansung hati kita juga akan turut bersih sebab kita akan berasa tenang dengan kebersihan disekeliling kita..
"ihsan google"
tapi sayangnya, makna BERSIH itu sendiri telah tercemar..tidak mengambarkan nilai dan makna disebalik perkataan BERSIH tu dengan insiden yang berlaku di negara kita baru-baru ini. For sure, ramai yang dah tau kan pasal ape? Sebagai rakyat Malaysia, aku rasa sedih sangat dengan apa yang berlaku.. perlu ke adekan demonstrasi begitu menggunakan nama BERSIH?? apa yang BERSIH nya jika maruah rakyat Malaysia tergadai?? Malu la dengan pelancong asing yang datang dan meyaksikan demonstarsi mcm tu.. kira macam negara kita tak ubah macam negara luar. Sama je...
Kita masing-masing dah besar, dah boleh menilai dengan betul menggunakan mata hati dan akal fikiran yang waras.. jangan terlalu ikotkan nafsu. Kita Malaysia mengamalkan pentadbiran demokrasi dimana rakyat diberi pilihan untuk memilih parti mana untuk mentadbir negara. Jadi, kalau ada mereka yang tak suka dengan parti yang memimpin sekarang, masa mengundi nanti pakat lah ramai-ramai untuk mengundi parti lain. Tak perlu la nak adakan demonstrasi jalanan yang memalukan tu. Dalam masa yang sama turut menutup pintu rezeki peniaga-peniaga.
jangan nak salahkan SPR yang tak telus menjalankan tugas. Mereka yang bertugas bersikap bebas. tidak pilih kasih. mereka hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan. lagipun bukan semua SPR tu pro kerajaan dan anti pembangkang. mereka juga manusia biasa yang bebas memilih untuk meyokong siapa-siapa pun. begitu juga dengan polis, mereka menjalankan tugas. dan andai mereka rasa tercabar dan mereka merasakan kedudukan mereka terancam, adakah mereka hanya sekadar berdiam dan berserah saja? kalau macam tu tak perlu la mereka menjadi seorang anggota polis yang telah diamanahkan untuk menjaga negara. andai suatu hari nanti, bukan pemerintahan sekarang yang memerintah negara, apakah tidak akan ada lagi SPR?? akan tidak ada lagi polis yang menjaga negara?? tak mungkin kan? bagi mereka, walau siapa pun yang mentadbir, mereka tetap akan memikul amanah dan tanggungjwab yang telah digalaskan dibahu mereka. jadi, tak perlu lah kita menunding jari menyalahkan sesiapa saja.
kita sepatutnya berganding bahu menjaga keamanan negara. tak takut ke kalau sesuatu terjadi kat negara kita?? bersyukur lah dengan apa yang kita perolehi sekarang ni...
*cuma luahan peribadi sahaja tanpa menyentuh mana-mana pihak yang berkenaan*
salam.
thanks for reading,
NISA KAY - I'm still here.
2 years ago
No comments:
Post a Comment