CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Thursday, February 28, 2013

Februari.. Membawa pergi dirimu...

Assalamualaikum,



Bulan Februari datang lagi... semestinya bulan yang takkan aku lupakan sampai bila-bila.
tanggal 01 Februari 2013 (Jumaat) jam 10.00 malam aku kehilangan orang yang aku sayang, yang paling rapat dalam hidupku buat selama-lamanya.... Sungguh aku tak sangka, sungguh tak terduga begini berakhirnya hubungan kita. Jodoh kita dengan awak sampai disini saja. Awak terlebih dahulu dijemput Illahi. Walhal, sebelum awak pergi, 2-3 minggu sebelum awak pergi kita yang duk teringat-ingat macam mane lah kalau kita tak ada nanti.. sapa yang nak bagitau awak tentang ketiadaan kita. Macam mane awak nak hadapinya. Tapi last-last apa yang kita fikir terjadi pada kita sendiri. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya.




Masa kita tulis ni, dah 28hari awak takde. Tapi, masih terasa-rasa awak masih ada.. Kita cube untuk terima hakikat pahit ni. Tapi memang buntu masa. 10 tahun kita dengan awak.. Jatuh bangun, susah senang, ketawa menangis, suka duka, gaduh berbaik, jumpa berpisah, semuanya dikongsi dengan awak. Sekarang, dalam sekelip mata semuanya kita laluinya sendirian. Tanpa awak lagi.




Semalam kita ade ujian menaip. Tetiba masa nak jawab kita nervous sebab tengok dekat margin in cm pulak.. Biasa in inci kan.. Dengan tak semena-mena kita teringatkan awak. Kita yakin kalau awak ada misti awak dapat tenangkan kita dalam keadaan kita macam tu.. Allahu Akhbar. Kita terlalu rindukan awak...


Ada beberapa perkara yang nak kita catatkan kat sini supaya kita tak lupa kenangan terkahir kita dengan awak..




Kali terakhir jumpa awak : 28 Januari 2013 (Isnin) - Awak meninggal hari Jumaat, 4 hari lepas kita jumpa awak.. Awak lansung takde apa-apa tanda pelik sepanjang kita dengan awak..


Tempat terakhir kita pergi bersama : Space U8, Shah Alam. Kita yang ajak awak kesana.

Aktiviti terakhir kita bersama :

1) Tengok wayang - tetibe je awak kata nak tengok cite Juvana kan? kita ikotkan je. Padahal ikotkan hati kita x minat sangat cite tu.

2) Makan - Kita makan kat Hardware Cafe. Kita yang ajak awak makan kat situ sbab kita teringin. Kan kedai tu ade masuk dlm JJCM so nak try la sedap ke makan kat situ. Malangnya menu yang kita pilih tu dah abes, pastu awak kata "xpe nnt kite dtg lagi".. Tapi, tak mungkin kita pergi situ lagi...

3) Masuk kedai D.I.Y - Kita cakap kat awak kita suka pergi kedai ni. Pastu awak kata awak dah banyak beli barang kat sini.. Kita dengan awak pusing-pusing kat kedai tu. Pastu awak kate nak beli hanger baju sebab hanger baju awak dah abes. Kita lak amek tisu kereta dengan pewangi kereta. Kita amek pastu awak bayar. Kita suka buat awak macam tu kan??? :'(

4) Beli kasut - Awak cakap awak beli motor baru so nak naik motor pakai kasut tapi awak takde kasut santai.. Semuanya kasut kasual. Kita kata takpe biar kali ni kita plak belanja awak kasut. Awak try macam-macam jenis kasut. Kita suh awak pilih yang mahal-mahal. Kita kata takpe. Sekali sekal je pasni awak lak belanja kita kasut. Tapi, last-last awak pilih kasut murah je.. Awak selalu macam tu kan.. Kita tau awak tak nak susahkan kita.. :') Tak macam kita.. selalu mintak mahal-mahal kat awak..

5) Minum CoolBlog - Tetiba awak kata awak teringin nak minum coolblog. Kita kata beli 1 je la share. Tapi awak tanknak sebab awak kata nanti awak tak puas sebab misti kita minum lebih nanti.

6) Pastu sementara tunggu waktu tengok wayang kita pusing-pusing space U8 tengok barang-barang warehouse clerance yang ada kat situ. Tetibe awak nampak barang-barang cuci motor. Punya la awak suka kan. Semangat beli 1 set polish bagai sebab nak cuci motor sendiri. Kita tengok je awak pilih itu ini sendiri. Kita tak campur sebab kita taktau pape.

Perkara terakhir yang disembangkan: Macam-macam. Kita cite pasal Singapore, pasal kerja, pasal kawan-kawan, pasal impian perkahwinan, pasal rumah and macam-macam la. Awak macam biasa cume jadi pendengar setia. Tapi awak cerita pasal motor baru awak, pasal nak tukar kereta.. Tu je la cite awk kan?




Sesungguhnya, kita amat-amat merindui segala kenangan dengan awak. Hanya mereka yang pernah kehilangan saje yang tahu apa yang kita rasa.


Semoga roh awak sentiasa dicucuri rahmat dan semoga awak tenang sehinggalah tiba hari kebangkitan nanti. Semoga kita akan bertemu lagi. Doa kita sentiasa bersama awak. Awak pon doakan kita ye? Semoga kita tabah hadapi kehilangan awak..


Moga sapa-sapa yang terbaca ni sedekahkan al-fatihah untuk awrwah..


Al-fatihah buat SHAHFRISA KURNIAWAN BIN SAMSU HIDAYAT (24.09.1987 - 01.02.2013)





thanks for reading,

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"