CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Thursday, June 30, 2011

Tomok dah nak kawen~~

pagi tadi mase tengah drive nak gi skolah mcm bese la akan dgr radio Era fm..
artis jemputan hari ni adalah tomok..


sok (01 Julai 2011) tomok dah nak kawen..
hoho..
bak kate Pak Nil..mcm baru semalam je dengar Tomok still nyanyi lagu dengan sore sengau n sore kepit die tu...
p skang dah nak kawen dah...


Bile cite pasal Tomok & Newboyz..
aku teringat satu kisah mase aku form 2 dulu...
time tu kumpulan Newboyz dah agak fofular la...
pastu tetibe aku dengan sorang kwn aku, Ina terminat plak lagu Meraung...
beriya la kami mencari lirik lagu tu and menghafal bagai nak rak!
cikgu ngajar kat depan kiteorg kat blakang menghapal lirik..
nak jadikan cerita tetibe sorang ag kawan aku tu tegor la kiteorg ape yg kitorg ngah hapal tu..
punye la nak cover line malu nak ngaku kitorg pon kate la kitorg ngah menghapal sajak..
kebetulan aku mewakili sekolah utk pertandingan deklamasi sajak time tu so dpt la idea nak membohong..siap beriya2 deklamasi sajak depan membe sorg tu dengan lirik lagu Meraung tu..
yang si member plak percaye bulat2!hahaha...


Oke..balik pada cite tomok nak kawen ni..
bakal isteri dia Peramugari tau...n dorang dah bercinta selama 8 tahun...
lame kan??aku dengan sidia pun belum 8 tahun lagi..lalalalala
persamaan dorang suke mkan!hoho..itu mcm pun bole wat reason utk kawen kew??
p badan mcm tu jew..



Tomok akan mengadakan 3 majlis..
pertama majlis di sebelah perempuan pada 2 Julai 2011..
kedua majlis utk media dan rakan2 artis pada 6 Julai 2011..
dan ketiga majlis di sebelah pihak lelaki pada 9 Julai 2011...


korang semua jemput la dtg...
hohooho..
tapi dah smpi2 majlis tu korang jgn la ckp aku yang jemput..
sbb dia xkenal pon aku...
sbb aku bukan sedara mare dia...
kitorg cume sedara sesame Islam saje..
lalalalala...




wajah dulu kala~~


Tomok adalah artis lelaki pertama yang menjadi juara One In A Million..







eh aku bukan la peminat kipas susah mati (diehard fan) Tomok ek??
saje jew nak share info ni kat korang...



and last..


nah




layan la lagu ni..


lagu yang aku ckp tu..



and cube korang bace lirik tu ala2 mendeklamasikan sajak yang macam aku wat...


hoho...
misty klakar...








Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday: I want to be a Billionaire




Pengertian Israk Mikraj

Tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku suatu peristiwa yang sangant penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa isra' dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' yang bermaksud :


"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa isra' dan mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan ruh nabi s.a.w bukannya ruh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan " asra bi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh dan ruhnya serentak bukannya ruhnya sahaja.Jika ia berlaku pada ruhnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi " asra bi ruhi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan ruh hambaNya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hambaNya iaitu nabi s.a.w dalam keadaan tubuh dan ruhnya serentak.


Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.


Setelah baginda s.a.w menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda s.a.w. Fitnah terhadap baginda s.a.w bertambah kuat malah ramai juga di kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda s.a.w maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh nabi s.a.w lalu beliau dengan tegas menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jaubh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.


Demikianlah peristiwa isra' dan mikraj ini merupakan satu ujian dan proses pemisahan antara mereka yang benar-benar beriman dengan mereka yang tipis imannya dan kufur terhadap Allah dan rasulNya. Ramai di kalangan mereka yang sebelum ini menyatkan keimanan mereka tetapi setelah mendengar penjelasan Rasulullah s.a.w tentang peristiwa isra' dan mikraj, mereka menjadi murtad.Walau pun ramai yang telah murtad namun Rasulullah s.a.w tidak dapat mengambil tindakan ke atas mereka kerana baginda s.a.w tidak mempunyai kuasa pada masa itu. Sedangkan jika kita baca satu lagu kisah yang berlaku selepas baginda menjadi ketua Daulah Islamiah di Madinah Munawwarah di mana selepas Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa baginda telah di isra' kan oleh Allah maka ada seorang yang meminta supaya nabi s.a.w mengangkatkan kaki kanannya lalu baginda s.a.w terus melakukanya. Orang itu menyuruh lagi agar nabi mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kaki kanannya. Mendengar permintaan itu lalu nabi s.a.w menyatakan bahawa baginda tidak mampu mengangkat kedua kakinya secara serentak. Setelah mendengar kata-kata nabi s.a.w itu maka orang itu terus mengatakan bagaimana kita boleh mempercayai bahawa nabi s.a.w telah di isra' kan sedangkan untuk mengangkat kakinya secara serentak pun baginda tidak mampu.Mendengar penjelasan daripada orang itu lalu baginda s.aw meminta agar dia menemui Sayyidina Umar al-Khottab. Setelah menemui Sayyidina Umar dan memberi penjelasan dengan apa yang telah berlaku lalu beliau terus masuk ke rumahnya untuk mengambil pedang. Ketika keluar dari rumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpa banyak berbicara beliau terus memancung kepala orang itu. Melihat peristiwa itu lantas orang ramai bertanya Sayyidina Umar mengenai tindakan yang telah dilakukan terhadap orang itu. Sayyidina Umar dengan tegas menyatakan bahawa dia bukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah s.a.w dalam masalah Isra' mikraj tetapi baginda s.a.w menghantar orang itu kepadanya untuk dipancung kerana telah murtad bukannya untuk menerangkan masalah isra' dan mikraj. Kita dapat lihat bagaimana apabila adanya kuasa maka Rasulullah s.a.w dapat mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar ketetapan Allah. Berkesinambungan daripada inilah kita dapat memahami bahawa dalam melaksanakan Islam yang sebenar maka mestilah bertunjang kepada kuasa bagi memastikan konsep amar makruf dan nahi munkar dapat berjalan lancar bukan sebagaimana hari ini di mana hanya amar makruf atau menyuruh membuat kebaikan sahaja yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa sedangkan nahi munkar dengan menutup pusat hiburan, membasmi placuran, menghadkan penjualan arak dan sebagainya tidak dilaksanakan.

Sepanjang perjalanan Isra' dan mikraj, Rasulullah s.a.w telah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia samada mereka beriman atau pun tidak. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah apabila baginda s.a.w telah tercium bauan harum Mashitah dan kelaurga yang telah gugur syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim. Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang bergelegak panas demi Allah daripada menerima azab Allah yang lebih pedih jika tunduk kepada Firaun yang sesat itu. Jika kita menghayati peristiwa yang berlaku ke atas Mashitah dan keluarganya ini maka kita akan merasa begitu kerdil sekali berbanding pengorbanan tinggi Mashitah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun dan mendapat gaji daripada Firaun tetapi tetap mempertahankan imannya.Kita belum lagi diminta terjun kawah panas tetapi apabila diugut sesuatu yang menggugat kerjaya di mana kita terus gelabah dan senyap. Tidak kurang yang terus terhutang budi kepada pemimpin walau pun mereka zalim semata-mata kita lihat merekalah yang memberi gaji kepada kita dan mesti ditaati walau pun sudah jelas kezaliman dan kesesatan yang dilakukan di hadapan mata. Fikiran waras kita seperti tidak dapat mengukur dimanakah perbezaan antara tanggungjawab atau amanah dengan sumbangan. Kita seperti lupa bahawa Allah sebenarnya pemberi rezeki dan mesti disembah bukannya pemimpin yang menjalankan amanah diangkat sebagai pemberi rezeki yang mesti disembah dan ditaati.Ingatlah bahawa jika kita benar-benar sayangkan Islam dan mahu ia diletakkan disinggahsananya yang sebenar maka sebarang ugutan, tindakan dan sebagainya ke atas kita mestilah diharungi dengan penuh kesabaran kerana kemenangan Islam pasti tiba dan kita yang berjuang ini jika kalah di dunia tetapi habuan akhirat tetap menunggu kita dengan syarat kita bersungguh-sungguh, yakin, sabar dan ikhlas kepada Allah.


Dalam peristiwa ini Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Sebab ityulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin kerana ia satu-satunya ibadat fardhu yang diterima semasa mikraj sedangkan ibadat fardhu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardhukan ketika Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah selepas peristiwa ini. Mengenai dakwaan mereka yang jahil dan terkeliru dengan pembawaan pemimpin yang jahil yang mengatakan bahawa ibadat tidak ada kaitannya dengan kepimpinan. Jika betul dakwaan mereka mengapakah cuti hari Jumaat yang ditukar kepada hari Ahad telah menyebabkan kesulitan kepada pekerja Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Malah ada majikan yang berani menghalang pekerjanya daripada menunaikan solat Jumaat dan tidak kurang juga yang membuat peraturan supaya pekerjanya mengerjakan solat Jumaat mengikut giliran mingguan. Mengapakah majikan ini begitu berani membuat peraturan yang mana secara teran-terangan menghina Islam dan menghalang kebebasan beragama sedangkan telah tercatat di perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama rasmi dan juga rakyat diberikan kebebasan beragama. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana pemimpin negara yang tidak bertanggungjawab terhadap agama dan takut untuk mengambil tindakan terhadap majikan dan syarikat terbabit kerana terhutang budi kepada majikan yang telah banyak membantu mereka dalam mengaut keuntungan. Adakah pemimpin seperti ini akan terus diberikan kepercayaan untuk melaksanakan Islam atau telah timbul kesedaran dalam diri kita semua untuk sama-sama menabalkan para ulama' sebagai pengganti kepada pemimpin yang jahil dan zalim itu dalam memegang tapuk pemerintahan negara yang kita sayangi ini.Ingatlah bahawa setiap usaha kita dalam memastikan Islam berjaya dijunjung akan diberikan ganjaran yag besar di sisi Allah sedangkan mereka yag cuba menyekat Islam daripada bebas untuk dilaksanakan disetiap lapangan kehidupan pasti akan dikalahkan di dunia serta akan diazabkan diakhirat nanti.


Renungilah firman Allah dalam ayat 8 surah as-Sof yang bermaksud :

"Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci. "

Sumber:Web Darululum



Tuesday, June 28, 2011

hooyeahhhhhh!!mega sale kembali lagi!!

yuhuuuuuuu...
da lama x menghupdate blog ini...
ade ke lagi yg sudi membacenye??


hoho..


oke..


ni nak bagitahu berita gembira ni..
berita gembira bagi kaum wanita..
ye saye tahu ini berita menggembirakan..


pada yang dah tahu tu pasti dah ade planning kan?
pada yang tak tahu tu..
haa ni nak gtau ni..



meh sini rapat2..


rapat lagi...





pssstttt..












MEGA SALE kembali lagi!!
yeahhhhh!!!
bermula dari 15 Jun 2011 sehingga 30 Ogos 2011..





jum2..
jum beli baju raya..kasut raya..beg raye..mekap raye..tudung rayee..duet raye..
eh2??duet raye xboleh beli yee kwn2..
kene keluarkan...



kite bole juga membawa kekasih hati kita bersama2 untuk menguji sejauh mane syg dia kepada kite dengan belanja kite shopping!!
muhahahahahaha.....



p/s: beringat-ringat ketika berbelanja ye kwn2...sesungguhnya pembaziran itu adalah amalan syaiton nirajimmm...



Friday, June 24, 2011

Bersabarlah Menghadapi Ujian


Bersabarlah Menghadapi Ujian | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.

Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.

Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.

Mengenai ujian kesusahan, firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:

[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira.

Ciri Manusia Yang Sabar

Manusia yang sabar ialah mereka yang apabila ditimpa kesusahan akan segera ingat kepada Allah, dengan berkata, "Inna lillah wa inna ilayhi raji'un," bahawa hidup kita ini secara keseluruhannya adalah hak milik mutlak Allah - apa sahaja yang kita miliki, baik harta, kuasa, bahkan nyawa kita dan orang-orang yang kita sayangi kesemuanya adalah hak milik Allah. Maka pastinya Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya ke atas segala yang dimiliki-Nya, dan akan tiba masa dan ketika di mana kesemuanya akan dikembalikan kepada-Nya.

Para 'ulama mengingatkan bahawa sabar itu mestilah berlaku pada pukulan pertama, iaitu ketika mula-mula musibah melanda. Bukannya seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Manusia apabila mula-mula ditimpa musibah, ramai yang akan cepat melatah dan tidak redha dengan ketentuan tersebut. Setelah keadaan reda sedikit dan dia mula sedar bahawa dia tidak memiliki jalan keluar, barulah dia akan mula insaf, redha kepada ketentuan Tuhan dan berkata, "Sabar sahajalah, nak buat macam mana lagi..."

Itu bukanlah konsep sabar yang sebenar. Sabar yang sebenar ialah pada detik pertama musibah melanda, lantas manusia yang bersabar terus redha dengan ketentuan Allah tanpa sedikit pun timbul rasa kecewa atau penyesalan. Mereka inilah yang akan mendapat khabar gembira tersebut walaupun dilanda kesusahan.

Apa pula bentuk khabar gembira itu? Pertama khabar gembira itu datang dalam bentuk selawat daripada Allah, iaitu mendapat keberkatan daripada Allah dan keampunan dari dosa-dosa.

Kemudian datang pula rahmat Allah melimpahi mereka. Sa'id ibn Jubayr rahimahullah, seorang tokoh Tabi'in mengatakan bahawa rahmat itu ialah pelindung daripada siksa azab neraka. Dan akhirnya mereka adalah orang yang benar-benar mendapat petunjuk daripada Allah. Orang yang mendapat petunjuk pula akan mendapat ganjaran yang banyak kerana mereka mengikut petunjuk Allah.

Abu Salamah Dan Ummu Salamah

Ada satu kisah menarik yang perlu kita soroti. Siapa yang tidak kenal akan Abu Salamah dan isterinya, Ummu Salamah, radiyallahu 'anhuma. Kedua-duanya adalah antara sahabat Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam yang terawal memeluk Islam. Mereka berdua adalah antara pasangan yang sangat bahagia, namun ditentang oleh suku kaum mereka kerana mereka memeluk Islam. Suku Makhzum adalah antara puak yang terkenal sangat kuat menentang Islam di Makkah.

Pada awalnya, kedua-dua Abu Salamah dan Ummu Salamah berhijrah ke Habsyah. Kemudian tatkala timbul seruan hijrah ke Madinah, bersiap-siaplah Abu Salamah, Ummu Salamah dan anak mereka Salamah untuk berhijrah ke Madinah. Abu Salamah hanya memiliki seekor unta, maka dia terpaksa berjalan dan membiarkan isteri dan anaknya menunggang unta.

Malang sekali di pertengahan jalan, kaum keluarga mereka telah mengejar dan menahan mereka. Unta Abu Salamah dirampas, manakala Ummu Salamah dibawa pulang oleh keluarganya ke Makkah manakala keluarga Abu Salamah pula mengambil anak mereka Salamah kembali ke Makkah jua. Akhirnya Abu Salamah terpaksa berhijrah ke Madinah seorang diri, dan terpisahlah ketiga-tiga mereka.

Setiap hari, Ummu Salamah akan kembali ke tempat mereka dipisahkan dan mengenangkan suaminya di Madinah dan anaknya yang dijaga oleh keluarga suaminya di Makkah. Lebih kurang setahun ketiga-tiga mereka hidup terpisah sehinggalah akhirnya Ummu Salamah dan anaknya dibebaskan.

Dengan semangat yang kuat, Ummu Salamah membawa anaknya, Salamah yang masih kecil untuk ke Madinah. Bayangkan seorang wanita dan anak kecilnya ingin berjalan jauh menuju ke pangkuan suami berseorangan semata-mata kerana ingin menjaga agamanya!

Ummu Salamah tidak mahu berlengah kerana takut suku kaumnya akan merubah fikiran dan kembali menahannya dan memisahkannya dari anaknya. Lantas dia memulakan perjalanan, dan sesampainya di Tan'im, penjaga Kaabah - Uthman ibn Talhah yang masih belum memeluk Islam berpendapat bahawa tidaklah patut Ummu Salamah dan anak kecilnya dibiarkan berkelana ke Madinah tanpa ditemani lelaki. Maka dia berjanji kepada Ummu Salamah bahawa dia akan membawa mereka ke Madinah.

Akhirnya bersatulah kembali Ummu Salamah dan suaminya, Abu Salamah. Percintaan suami isteri ini sangatlah kuat, sehingga dikatakan pada suatu hari, Ummu Salamah berkata kepada suaminya bahawa dia (Ummu Salamah) mendengar daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam bahawa sekiranya kedua-dua suami isteri dapat masuk syurga, maka si suami akan kembali bersama isterinya jika isterinya tidak berkahwin lain selepas kematian suaminya; begitu juga isteri akan bersama suaminya jika suaminya tidak berkahwin lain selepas isterinya mati.

Lantas Ummu Salamah meminta suaminya agar mereka sama-sama berjanji untuk tidak berkahwin lain jika salah seorang mereka mati dahulu agar dapat bersama-sama kembali di syurga. Tetapi suaminya, Abu Salamah berkata, sekiranya dia (Abu Salamah) mati dahulu, dia mahu isterinya berkahwin lagi. Lantas Abu Salamah berdoa kepada Allah, andai dia (Abu Salamah) mati dahulu, kurniakanlah kepada isterinya seorang suami yang lebih baik darinya. Begitu hebat cinta dan kasih sayang kedua-dua suami isteri ini.

Pada peperangan Uhud, Abu Salamah mengalami kecederaan teruk. Ketika masih dirawat isterinya, Abu Salamah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam memberitahu, sesiapa yang ditimpa bala musibah, hendaklah dia menyebut istirja' (Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un), dan berdoa, "Ya Allah, berilah ganjaran atas kehilangan akibat musibah yang melanda diriku, dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya, maka pasti Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik." Akhirnya Abu Salamah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, dan tinggallah Ummu Salamah bersama anak-anak mereka di Madinah.

Ummu Salamah, tatkala teringat kembali akan kata-kata suaminya, sering melafazkan istirja' dan doa tersebut. Cuma dia seringkali tidak dapat meneruskan lafaz 'berilah ganti yang lebih baik', dan jika disebut juga lafaz tersebut, dia akan terkenang kerana baginya siapakah lelaki yang dapat menjadi suamu yang lebih baik daripada Abu Salamah. Segala kesusahan yang pernah mereka alami tatkala mula-mula memeluk Islam, ditambah dengan kebahagiaan mereka di Madinah menguatkan lagi rasa cinta Ummu Salamah kepada suaminya. Namun akhirnya berkat doa Ummu Salamah tersebut Allah mengurniakan Ummu Salamah seorang suami yang akhirnya diakui lebih baik dari Abu Salamah. Siapakah lelaki itu? Tidak lain daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam sendiri.

Lihat sahaja ujian yang melanda Ummu Salamah. Ujian apakah yang lebih berat daripada kehilangan insan-insan tersayang yang banyak pula menempuh suka duka kehidupan bersama di jalan Allah. Namun Allah tetap memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang bersabar.

- Artikel iluvislam.com


Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday: Do It Yourself!

(step 1)

(step 2)

(step 3)

(step 4)


Thursday, June 16, 2011

Dunia makin KEJAM!!



Dunia skang makin KEJAM!!tgok je la brite dlm surat khabar METRO hari ni (16.06.2011).. Sanggop ahli keluarga sendiri ‘belasah’ darah daging sendiri sambil kritikal budak tu!dua adik berasah abg gune helmet pastu tikam abg dorang guna skru driver..xcukup dengan tu bapak dorang lak pergi simbah asid kat anak dia yang dah pengsan tak sedar kan diri..sebab kejadian dipercayai sebab masalah keluarga dan masalah kewangan..


kat dunia ni takde masalah yang tak boleh diselesaikan oke??semua boleh diselesaikan..tapi bukan diselesaikan dengan cara macam ni..settle ke masalah korang kalo orang tu mati????esok kat padang masyar korang menjawab la dengan simati kalo korang xsempat nak mintak maaf kat simati!!


sedih aku bace kesah mcm ni!bayangkan lah kalo ahli keluarga sendiri boleh wat mcm tu apetah lagi orang laen..atau orang laen yang bkn keluarga kite lebih meyayangi ke??kamoonnn...kite dituntut utk saling saying meyanyangi ahli masyarakat..jiran tetangga pon kita harus saying apetah lagi ahli keluarga sendiri..


bertindak lah menggunakan akal fikiran yang waras..bukan nafsu yang akhirnya menjerat diri sendiri!dunia yang makin kejam atau manusia yang makin hilang pertimbangan diri??dimana letaknya iman???dimana letaknya akal fikirann????


Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday: A dress..





Tuesday, June 14, 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan Kali Ke-54


Tarikh: 13 Jun - 17 Jun 2011
Masa: 8 - 11 malam
Lokasi: Dewan Baru, Majlis Islam Sarawak
Tema: 1Malaysia, 1Ummah


semalam dah selamat diadakan upacara pembukaan bagi Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan bagi kali ke-54..boleh tengok siaran lansung di TV 1..tahun ni akan meyaksikan 29 qari dan qariah memperdengarkan bacaan masing-masing.


dulu mase aku kecik-kecik aku suke tengok tilawah Al-Quran..sebab bagi aku bila ada je tilawah Al-Quran misty dah nak puase and dah nak raya...xsabar-sabar nak tunggu tilawah abes sbb nak raya!huhu..xsalah aku ade gak tilawah masa bulan puase..mase aku kecik-kecik dulu la..


selain sbb xsabar nak raya, aku suke tgok tilawah Al-Quran sbb aku dengar dorang bertaranum..nak suh aku taranum mmg kelaut la..xreti aku..penah belajar tp xpandai2 gak..naseb badan la..agpon kalo kite dengar majlis-majlis ilmu ni kan dapat gak pahala..huhu..


kat bawah ni ade sedikit info menarik mengenai tilawah Al_quran yang aku dapat sumbernya daripada internet..utk pengetahuan kita bersebar kerana kita dituntut untuk menyebarkan ilmu walaupun sepatah..


Info Menarik Majlis Tilawah
1. Johan Qari
  • Kedah: 16 kali
  • Kelantan: 13 kali
  • Pulau Pinang: 2 kali
  • Johor: 4 kali
  • Selangor: 2 kali
  • Wilayah Persekutuan: 1 kali
  • Sarawak: 2 kali
  • Terengganu: 4 kali
  • Perak: 5 kali
  • Perlis: 1 kali
  • Pahang: 2 kali
2. Johan Qariah
  • Kedah: 1 kali
  • Kelantan: 13 kali
  • Pulau Pinang: 4 kali
  • Johor: 14 kali
  • Selangor: 4 kali
  • Sarawak: 2 kali
  • Terengganu: 11 kali
  • Perak: 2 kali
  • Perlis: 1 kali


Info Jenis-Jenis Tarannum
Berikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya.
  1. Ajam – Ajam (عجم), Jiharkah (جهاركاه), Shawq Afza ( شوق افزا atau شوق أفزا)
  2. Sikah – Bastanikar (بسته نكار), Huzam (هزام), Iraq (عراق), Mustaar (مستعار), Rahat El Arwah (راحة الارواح atau راحة الأرواح), Sikah (سيكاه), Sikah Baladi (سيكاه بلدي)
  3. Bayati – Bayatayn (بیاتین), Bayati (بياتي), Bayati Shuri (بياتي شوري), Husseini (حسيني), Nahfat (نهفت), Nawa
  4. Nahawand – Farahfaza (فرحفزا), Nahawand (نهاوند), Nahawand Murassah (نهاوند مرصّعor نهاوند مرصع), Ushaq Masri (عشاق مصري)
  5. Rast – Mahur (ماهور), Nairuz (نوروز), Rast (راست), Suznak (سوزناك), Yakah (يكاه)
  6. Hijaz – Hijaz (حجاز), Hijaz Kar (حجاز كار), Shadd Araban (شد عربان), Shahnaz (شهناز orشاهناز), Suzidil (سوزدل), Zanjaran (زنجران)
  7. Saba – Saba (صبا), Saba Zamzam (صبا زمزم)
  8. Kurd – Kurd (كرد), Hijaz Kar Kurd (حجاز كار كرد)
  9. Nawa Athar – Athar Kurd (أثر كرد), Nawa Athar (نوى أثر or نوى اثر), Nikriz (نكريز)
Walau bagaimanapun, Maqam/ Tarannum yang biasa di Malaysia ialah:
  1. Bayati
  2. Sobah
  3. Sikah
  4. Rast
  5. Nahawand
  6. Jiharkah
  7. Hijaz

Monday, June 13, 2011

minggu akhir!

hupdate laju2..
minggu ni episod akhir Nora Elena!
ase sedey plak!sbb minggu ni minggu klimaks..
tgOk tadi pOn ase saket aty sket kat Yvonne..
xabes2 taO cari pasal..
eiiii...


X sabar la nak tao ending...
tungguuuuuuuu...



Terengganu VS Hazama!

Terengganu VS Hazama samadengan Dua-dua aku TAK MINAT!!kahkahkah..


mcm yang korang tau..last week ade 2 rancangan keluarga sempena ujung minggu kan..
Sabtu ade Piala FA antara Kelantan dan Terengganu..and Ahad ada final Akademi Fantasia 9...
Oke aku nak ckp yang walaupun Terengganu menang tapi aku tetap sokong Khairul Fahmi Che Mat!!haha..die dah usaha mati-matian oke nak selamatkan bola dari masuk gol..ntah..xtau nak cite ape..yang aku tau aku tetap sokong Kelantan!tapi aku bukan bawah PAS ek??huhu..oke pada sesiapa yang nak tgok lebih banyak gambar-gambar Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek boleh klik sini..



Hurm..Hazama??juara yang dah dirancang...dah tau dah misty dia yang menang....nothing much about him yang aku nak citer sebab aku xminat dia..!huhu..sori Angah & Alang..Uteh x minat die..so xundi pon..Uteh peminat Mawi!hihi..btw..aku nak tnye korang la..pasan x mase Faizal nyanyi lagu Sudirman tu..awat pelik sgt gaya die nyanyi??sebab dah lama xnyanyi ke makanya dia jadi mcm tu??ishh..


Friday, June 10, 2011

memori perkhemahan..

cuti-cuti sekolah ni bile tgok pelajar-pelajar sekolah aku wat aktiviti perkhemahan aku pun nak mengimbau kembali la zaman-zaman persekolahan aku dulu..aku mmg suke sgt join perkhemahan..tiap2 tahun misty nak join..sebabnya bile pekemahan ni kite leh wat mcm2 aktiviti..aku paling suke bile wat ice-braking, jungle trackng and mlm kebudayaan..skit xbest aku tgok skola aku punye aktiviti pekemahan ni sbb student ramai India..so dorg punye aktiviti, communication sume in Indian..muak lak aku tgok..oke balik pada cite aku..dulu kalo aku gi pekemahan besenya aku mewakili Unit beruniform Renjer Puteri..dr zaman skola rendah mmg aku setia dgn unit uniform ni..kalo sekolah rendah dikenali sbg Tunas Puteri..bagi menengah rendah pula dikenali sbg Pandu Puteri manakala menengah atas Renjer Puteri..bagi aku, setiap perkemahan yang aku pergi ade memori tersendiri yang xmungkin aku lupekan..



antara kenangan yang xboleh dilupakan, mase aku form 2 kot..mase tu stp pasukan ade 4org ahli perlu mendirikan sendiri khemah dan hias sekeliling khemah gunakan brg2 semulajadi ikot kretiviti masing2..kami semua da la pempuan..terkial2 nak dirikan khemah and akhirnya khemah kitorg pon berjaya didirikan mcm khemah2 org laen gak..bangga la kan..kali pertama tu dirikan khemah..malam tu mlm pertama la nak tido kat khemah yg da kitorg wat tu..nak dijadikan cite mlm tu lak ujan lebat dengan angin kuat skali..dalam byk2 khemah, khemah kitorg yg ranap ditiup angin..kelam kabut kitorg slmat diri pastu last2 kitorg ber4 kene tido dlm dewan berhampiran sbb khemah da musnah..haha..klakar bile terangat kejadian tu..aku siap nanges sbb khemah runtuh...ase mcm da xde tmpt tinggal daa..



Second kenangan yang xleh lupe mase perkhemahan kemerdekaan mase aku form 4..buat kali pertamanya aku pengsan ketika tgh berkawad and akibatnya kena la beberapa jahitan kat bwh dagu..aku xtau mcm mane aku leh pengsan time tu..maybe sbb terlalu letih..bole lak pengsan..bile aku sedar2 je aku dah terbaring pastu aku dgr ramai panggil nama aku..sebab da berdarah2 tu cikgu nak bwk aku gi klinik tp aku xleh bgn sbb aku ase duniaku berputar pastu ade la plak mamat ni tawar diri nak dukung aku..huhu..tp syg..mamat yg tawar diri nak dukung aku tu bukanlah jejaka idaman ku..heee..pas balik klinik tu cikgu nak anta aku balik umah..tp aku xnak..aku bekeras gak nak teruskan pekhemahan aku so cikgu pon aku tp dia bwk gak la aku jupe mama sbb dia nak mama tau yg aku pengsan and kene jahit kat bwh dagu..pas tu aku troskan pekemahan pon aku dah xleh join pape aktiviti..kene tgok je..sbb dorg kate aku saket..huh!dah xbestt..


~ni la rupe aku pas kene jahit tu..nmpk x berbalut bwh dagu aku tu..kwn aku kate da mcm santa claus!~

And ade satu ag mase pekemahan kat Morib..yg ni best sbb utk kali pertama dpt try flying fox..perrgghhh!!mase memula fasi wat demo aku kat bwh da nanges2 sbb cuak..pastu bile dah try ase nak wat ag 45kali plak!hihi..bestt sgt..untong la sbb aku xbrape nak gayat dgn ketinggian so aku leh la try flying fox..pastu try panjat2 dinding wat wall climbing and aktiviti yg sgt mencabar bile kene masok lubang berduri..sgt mencabar oke yang tu!

~suke sgt pic ni!btw agak salah ye uniform aku ni sbb nye patutnye Renjer Puteri kena pkai tudung itam or biru gelap..tp kitorg suke2 wat undang2 sendiri kai tudung putih plak!huhu~


hurm..byk sgt kenanagan aku nak cite ni..tp nnt bosan lak korg nak bace..so nnt la aku sambung ag k?aku nak try godek balik album2 lama cari gamba masa dulu2..


Thursday, June 9, 2011

Mutiara Kata buat SAHABAT

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin

Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan

Sahabat yang paling baik adalah Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan

Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri

Bergaullah dengan manusia sebaiknya Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu

Yang indah itu pertemuan

Yang manis itu kemesraan

Yang pahit itu perpisahan

Yang tinggal hanyalah kenangan



~~ credit to writer~~

Wednesday, June 8, 2011

teringat kat TAKO TAO yang sedap dan lazat!!slurrpp!!

pergghhhhh!!!aku sendiri terliur bile wat tajuk macam tu..sambil idong aku pon suda menusuk2 akan bau Tako Tao tu..ishh!!suke tao mcm ni..bile pose je mula nafsu makan ni menunjukkan belang..korang penah x makan Tako Tao ni??meh aku nak cite sket pasal makanan ni..and pada yang belum cube tu aku suggestkan supaya memcubanya..aku dulu pun si Sheila yang introducekan..memula mcm xnak tapi try gak la..skali bile dah try..fuhh!!tros jadi feberet aku..


Tako Tao ni sejenis Japanese fast food snack..jangan ditanya kenapa ianya dinamakan Tako Tao sebab aku tidak mengetahuinya..tapi ade yang mengatakan Tako Tao ni singkatan bagi nama sejenis Japanese food juga iaitu Takoyaki..Takoyaki ni mcm shushi kot..hehe..ntah!


Cara-cara membuatnya juga jangan ditanya sebab aku xtau..tapi aku suke tengok pekerja-pekerja kat gerai Tako Tao ni masak..mcm best..dorang akan letak bancuhan Tako Tao ni kat atas dapor masak dorang yang perlu dibulatkan2..tang nak membulatkan Tako Tao tu yang aku suke tengok..mcm best je..dalam aty ase mcm nak ckp kat dorang "boleh x saye nak cube?"..
huhu..tapi konfem dpt penampar kot kalo aku ckp mcm tu sbb ramai oke yang beratur so jgn ngade2 nak try bagai semua..


Bancuhan tadi akan dimasukkan dengan inti yang korang nak..so far aku dah penah makan Tako Tao berintikan baby Octopus dengan Chicken & Chess..and paling aku suke baby octopus tu!!slurrppp!!sedaapp oke..ase manis...memula try octopus ni dlm aty aku berkata2"eeiiuuuu..sedap ke ni??"..p bile dah makan..fuhh..terbaikk!!hehe..yang Chicken & Chess pon sedap gak p agak muak..tapi still maintain kesedapan..Tako Tao hanya dijual di rangkaian Jusco sahaja dengan harga RM4.50 untuk 1 bungkus..dalam satu bungkus ada 3 biji Tako Tao..cukup la utk aku sorang..huhu..


Tako Tao yang berbentuk bulat ni akan dihidang bersama dengan fish flakes, mayonis dan kicap jepun..fish flakes ni ase mcm serunding ikan tao..cume bentuk beza la..kalo serunding kan halus p ni agak kasar tapi sedap...aku suke sgt fish flakes ni.. ase mcm nak mintak extra fish flakes tapi sila la bagi extra money jugak ye..and kicap jepun tu ase agak masin..tapi pape pon still sedap bile kombinasi Tako Tao, mayonis, fish flakes serta kicap jepun tadi tu masuk dalam mulut aku..huwawawa..


Naseb baek gak la aku keje dekat dgn Jusco Bukit Tinggi..time lunch leh la beli..tapi arini aku pose la..nak beli utk berbuke macam xbest la plak..hurmm..xpe la...
to korang yang xpernah cube tu bole lah cube..no worries sbb ianya halal..


~ ni rupe Tako Tao yang dah siap..dlm gamba ni ade 2ketul jew..p sebenarnya setiap bungkusan ade 3 ketul..maybe seketul ag da kene makan dengan Jurucamera..gamba ikhsan Mr. Google~

~Tako Tao dalam proses masak~

~ Ni bungkusan Tako Tao~

~macam ni la stall Tako Tao...besenya ada kat Jusco/AEON


Dah tengok gambar2 tadi?so mcm mane?Jangan la segan silu utk singgah mencube yer??


Monday, June 6, 2011

cerita kahwin.

hi..assalamualaikum semua blogger and reader yang sudi bace blog aku ni..

arini aku nak story pasal majlis kahwin sepupu aku minggu lepas..cuti2 skola ni punye la ramai org kawen..sepanjang perjalanan balek ke kampung pon aku tgok banyak kot majlis kawen..
teruje aku tgok..aku mmg ske gi kenduri kawen sbb aku ske nak tgok first of cos la pengantinnye kan..nak tgok mekap pengantin mcm mane..baju mcm mane..wane ape..pelamin ape..hantaran..mcm2 la..

lagi teruje bile dpt bergamba dengan pengantin!amek aura da seri pengantin sket..hehe..



~ oke ni aku kenalkan..pengantin pada hari tu..ni sepupu aku..syg gamba mase die nikah xde..
tema baju nikah ni silver oke!teruje aku sbb ni tema idaman aku...p silver ni agak soft..



~mama.pengantin.aku


~ ececeh..pengantin memalu diatas pelamin..mcm aku ckp tadi tema die adalah silver yang diselitkan dengan merah..kombinasi yang masuk and menceriakan majlis..


~ ni kali pertama aku bersua muke dgn sepupu aku punye laki ni..mase dorg tunang dulu xjupe..

~ ni my luvly bonda ngan merenjis pengantin..bile la agaknya mama leh renjis anak sendiri lak kan??hehe..xpyh..ari2 mama leh renjis aku time nak kejut bgn pagi!

~ selamat pengantin baru..

~ hantaran dari pihak perempuan..tema hantaran sangkar and warne tema biru..
hantaran dari pihak lelaki lak warna merah and menggunakan bakul..tp aku x amek lak gamba hantaran dari lelaki tu..

~hurmm...bile la turn aku lak!

>.<

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"