yuhuuu..koranggg...skang aku ngah giler layan citer Nora Elena kat tv 3 tu...asal magrib jew misty aku tercongok kat depan tv..mama bising la sebab katanya magrib2 tgok tv jew..tapi nak wat mcm mane..aku mmg xleh miss la citer ni..best sgt2!!suke giler...tapi geram pon ade laa..ekceli citer Nora Elena ni adaptasi dari novel Kasih Yang Suci..aku xingat la aku dah penah bace ke x novel ni..suatu kecika dulu mmg aku kaki novel..abes semua novel2 kat Perpustakaan Negara tu aku bace..ekspecially novel terbitan Alaf 21..mmg aku akan pinjam...tapi tu dulu laa..skang dah jarang bace novel and lupe lak aku ade bace ke x novel Kasih Yang Suci ni..
aku nak share dengan korang sipnosis novel ni tapi aku agak keliru la..sebab mcm ade 2 version plak..xtau la yang mane..tapi dua2 jalan citernya lebih kurang la..
versi 1:
Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz).
Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk.
Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth.
Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth.
Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif Seth mengahwini Nora?
versi 2:
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
Pada sesape yang belum tengok drama ni sila tengok ye..sekarang dah episod yang ke -14..dengar kate drama ni ade 24 episod dan episod terakhir dijangka akan ditayangkan pada 13 Jun 2011..huhu..xsabar nak tau pe ending crita ni..
Drama: Nora Elena
Hari: Isnin - Khamis
Masa: 7.00 - 8.00 mlm
Barisan pelakon: Siti Saleha, Aaron Aziz, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra, Puteri Fateen
barisan pelakon drama Nora Elena
Dengar kata kan nnt muncul satu watak ag..kalo korang perasan la kan, gadis yang berbaju warna orange kat dalam gambar kat atas tu la watak baru..hurm..sape ek?berdebar lak nak tau!
dalam drama ni aku sgt geram kat Eid sebab die lebih percaya kat kate orang laen dari kate tunang sendiri..and finally sendiri yang menyesal!skang watak Eid dah xde..xtau la pasni dia muncul balik ke x..and sorang lagi tersangat la geram kat Yvonne!!dah tau orang xsuke tu dah la..sibuk nak merampas hak orang!!eeeiiiiiiiii....
ishh..emosi aku tgok ni..huhu..
No comments:
Post a Comment