Thursday, March 31, 2011
A Letter For My Future Husband
kerja sambilan menaip di rumah!~~
Sunday, March 27, 2011
zaman persekolahan..
Friday, March 25, 2011
tragedi di dapurku!!
Bahan-bahan ( 6 orang )
- 500 g mee kuning
- 300 g udang sederhana besar
- 1 keping dada ayam
- 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
- 6 keping cendawan tiram, dihiris
- 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
- 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
- 1 cawan taugeh (optional)
- 2 keping tauhu digoreng dan hiris
- Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
- Bawang goreng utk hiasan
- 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
- 3 camca besar sos tiram*
- 2 camca besar sos lada hitam*
- 1 camca besar sos abalone*
- 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
- 1 camca teh kicap pekat
- 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
- Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
- Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
- Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
- Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.
secret ADMIRE!!
Thursday, March 24, 2011
yeahhh!!!
tahniah utk pelajar cemerlang!
Wednesday, March 23, 2011
berangan kOt!
Monday, March 21, 2011
saket aty gua beb!
Saturday, March 19, 2011
sikap wanita yang disenangi Lelaki
Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."
(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.
02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.
03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?
06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.
08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.
Thursday, March 17, 2011
nak pergi LANGKAWI!!
Andai la awak tahu...hukhukhuk.. :'(
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
ENTER!
Wednesday, March 16, 2011
Antara lelaki meluat dengan kOrang: amek ni sebagai panduan..
1. LEWAT
Wanitalah yang selau lewat bila gi dating.dia lewat ok je,boleh sengih lagi.kalau laki yang lewat marahnya macam hulk.
2. BANYAK SONGEH
wanitalah yang selau mengada-ngada nak itu nak ini.bayangkanlah masa gi window shoping macam mana,orang laki ibarat jadi bodyguard dan sponsor.
3. MENGGEDIK
HA...ni yang masalah ni.sesetengah lelaki tak boleh tahan sebab boleh buat menyampah.
4.MERAJUK
ok la paham la wanita ni kan selalu merajuk.tapi jangan le pasal benda kecil pun nak merajuk sampai melere-leret.semuanya sebab nak uji kasih sayang orang tu.padahal hal ni boleh jadi punca lelaki muak.
5.PERASAN
puji sikit je,senyum dia mak aih...sampai ke telinga.ada juga yang selalu sangka dia la yang paling cantik
6.TAK DENGAR CAKAP
ha,yang ini jangan nak nafikan sebab orang tua-tua sendiri kata nak jaga sorang pompuan ni lagi susah daripada jaga 10 orang lelaki.usah katakan 10,100 laki pun lagi senang nak jaga.
7. MINDA CETEK
sanggup belakangkan mak bapak sebab nak ikut sangat balak dia.pikirlah masa depan.
8. BILA DATANG BINTANG
tau lah ada masa-masa dia.tapi tak kan tak boleh control kot.cover tu penting.
9 .EGO
jangan sangka lelaki yang ego lebih,wanita pun apa kurangnya.apa lagi bila berjawatan besar,kaya,cantik,berpelajaran tinggi dan rakan-rakan yang sama waktu dengannya.mesti dasyatkan...
10 .KAKI GOSIP
bukan setakat hal artis je,hal balak dia pun jagi bualan dengan member dia.tekadang tu hal dalam kelambu pun jadik.
11. KAKI BEBEL
yang ini memang menyakitkan kepala.pantang salah sikit,bising macam kereta api,laju macam laser.apatah lagi bila balak dia isap rokok.
12 .TERLALU NAK AMBIL TAU
ye kita tau yang dia ni sayang dengan kita,tapi jangan la sampai kita tak ada privacy.mana je kita pergi dia nak tau.maknanya harus lapor diri selalu.
13. CEMBURU TAHAP GABAN
bukan main lagi marah bila kita berborak dengan pompuan lain walaupun kawan sendiri.yang jadi masalahnya,dia borak dengan laki lain tak pa lak.lebih percayakan cerita orang lain berbanding kekasih sendiri.dengar sangat cakap orang.
14. KAKI COMPLAIN
cara kita makan dia tegur laju sangat,style,gaya jalan,jenis deodoran yang laki pakai,pakai sempoi,dan berbagai lagi benda-benda yang berbaur complain.
15. KESIMPULANNYA
TAK SEMUA YANG DI ATAS ADA PADA SEORANG WANITA.HAKIKATNYA WANITA NI ADA JUGAK KEBAIKANNYA.TAPI BAB-BAB INI LAH YANG BUAT LELAKI JADI MELUAT
wedding~~
Wednesday, March 9, 2011
saye sangat sibuk!
Friday, March 4, 2011
xtau nak watpe!
kayuhan meru..
kowg nak tau x, aku nak cite siket la...
bile aku dah beli, aku tgk makin ramai org2 kat kwsan perumahan aku tu pon ade basikal sndr..
jawabnye mlm tu mmg lena la tido aku lepas aku sapu losyen mustajab..