CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Friday, March 25, 2011

tragedi di dapurku!!

cer bace tajuk..
seram x??
hehe..seram la gak...
sbb ni kesah benar taO..
kOrg dah ready nak bace??
hihi..


mcm ni..semlm pas balik keje mcm bese ar aku ase lapar nak makan..
tgOk2 dapor ape yang ade..
hurmm..cukOp ni bahan2 nak memasak...
sO aku terpikir la nak wat MEE HAILAM..
sedap gak kan..
but you knOw what? MEE HAILAM aku BERTUKAR menjadi MEE GORENG BASAH!!!
hahaha..nak tergelak golek2 aku
tgOk bile dah siap tu...
xsame mcm kat kedai pOn!
but taste ttp ade Okey..
adek aku siap ckp lagi "sedap gak!" and die tambah banyak kali...
kire lega la gak sbb walaupon xbrape nak menjadi tp maseh ade rupe dan rase...


faktor yang menyebabkan mee aku tu xbrape nak menjadi sbb kuahnya xbrape nak pekat..
sbb mama la ni..
mama xsuke sgt wat kuah yang mengunakan tepong jagong ni...
so mama kate letak sket jew...
aku pon letak la sket jew..tu yang jadi xpekat tu..
pastu xbrape nak pekat sgt kehitaman kuah tu sbb aku letak kicap pekat sket sgt..
and satu ag xbrape nak pedas..
kalo kat kedai leh la order pedas2 sbb aku je yg makan p lau kat umah xleh la wat pedas2 sbb bkn semua mkn pedas..


ish2...huhu..
mcm2 kan?


(huhu..ni hanya la gamba hiasan..yang aku wat xbrape nak rupe mcm ni sbb kuahnya sket!)

**kat bawah ni ade resipi mee hailam..leh la korg cube ^_^


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 g mee kuning
  • 300 g udang sederhana besar
  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris
  • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
  • 1 cawan taugeh (optional)
  • 2 keping tauhu digoreng dan hiris
  • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam*
  • 1 camca besar sos abalone*
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

5 comments:

mohdhafifi said...

Walaupon tajuk agak menakutkan

Mee itu boleh membuatkan pewot macam x makan sebulan

hoho.

cik dyla said...

hehe..kalo mmg dah lapa bedal jew ape yang ade..

cik dyla said...

hehe..kalo mmg dah lapa bedal jew ape yang ade..

mohdhafifi said...

Baru perasan gambar mee tu sekadar hiasan..

Ape la agaknya ye gambar mee yg sebenar

Mungkin kah indah kabar dari rupe..
hhe

cik dyla said...

hehehe..yang sebena2nye rupenya xmcm tu..tp still sedap taO!..xtipO nih..hihi..

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"