CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

TERKEDU: BERJODOH DENGAN KEMATIAN

Assalamualaikum wbt,


Pagi ni terbaca satu post dalam fb seorang kawan mengenai jodoh.. Lepas baca, terus terkedu.. 
Allahurabbi..


Terkedu part "Mungkin jodoh yang Allah tetapkan pada dirinya telah menemui kematian"..
automatik teringat kat arwah Shah.. ye.. jodoh ku telah pergi menemui pencipta-Nya sebelum sempat melafaz akad.. sesungguhnya kami hanya merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah..


Masih jauh perjalanan hidupku dan aku yakin Allah dah tetapkan sesuatu yang indah untukku di hadapan..
apa yang aku perlu buat cuma kena yakin dan terus berdoa.. 


btw, ni aku kongsikan cerita yang aku baca pagi tadi..


**************************************************************************


"JODOH"

Dimana saya bercerita dengan IBU.., "ibu, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba ibu, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau ibu." ibu hanya mampu tersenyum. Ayah juga.

Saya hairan. Kenapa?

Lalu ibu kata,"Mungkin jodohnya dengan kematian."

Terkedu. "Maksud ibu? Dia dah nak meninggal?"

"Bukan lah.. Maksud ibu, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia. Mungkin kalau dia kawen, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab awak kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima? Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin.

Oh,jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham.. "mungkin jodoh makcik dengan kematian"

ibu sambung lagi.."jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan ibu cakap, jangan tak fikir langsung pasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu.

Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut ibu. Kalau anak-anak ibu meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang"

Saya diam. Betullah.

Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin.

Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?

#Allahurabbi ~










thanks for reading this,

Thursday, July 18, 2013

14 Prinsip Pengurusan Oleh Henry Fayol

Assalamualaikum..

Sebenarnya tengah buat assignment ni. Curi masa kejap update blog. And disebabkan update blog masa

tengah buat assignment makanya kita update pasal pelajaran la ye. Kot-kot bermanfaat. Ada kena mengena

pun dengan assignment yang tengah buat sekarang ni.


Oke, now start kelas. Kita belajar pasal 14 Prinsip Pengurusan Henry Fayol. Sape Henry Fayol tu?

Henry Fayol ialah Bapa Pemikiran Pengurusan.

1. Pembahagian kerja : Pembahagian kerja dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja menjalankan tugas yang khusus dan dengan demikian mengurangkan beban dan tanggungjawab pekerja.

2. Autoriti : Fayol mentafsirkan autoriti sebagai hak untuk memberi arahan dan sebagai kuasa untuk menarik seseorang supaya menurut arahan itu.

3. Disiplin : Asas disiplin ialah menurut arahan dan prosedur serta menghormati per-setujuan yang telah dibuat di antara organisasi dan kakitangannya.

4. Satu perintah : Fayol percaya bahawa seseorang pekerja mesti menerima arahan-arahan daripada seorang ketua sahaja. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan dan konflik di dalam penerimaan dan pemberian arahan.

5. Satu arahan : Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan di dalam satu rancangan dan diurus oleh seorang ketua sahaja.

6. Mengutamakan kepentingan organisasi : Kepentingan organisasi hendaklah diutamakan daripada kepentingan peribadi atau individu. Objektif-objektif organisasi adalah paling penting daripada objektif individu.

7. Pembayaran upah : Pekerja mestilah dibayar dengan bayaran yang sewajarnya. Kerja-sama, sokongan dan ketaatan dapat diperolehi daripada pekerja yang diberi bayaran sewajar dengan perkhidmatan mereka.

8. Pemusatan : Walaupun pengurus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas organisasi, kakitangan bawahan hendaklah juga diberi kuasa yang cukup untuk menjalankan tugas dengan efektif.

9. Rantai pemerintahan : Rantai pemerintahan ini menunjukkan hierarki autoriti bermula dari peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan di dalam struktur organisasi. Rantai autoriti ini juga menunjukkan arah aliran komunikasi formal di dalam organisasi.

10. Susunan : Fayol menggunakan prinsip susunan material dan sumber manusia yang mana material dan manusia itu hendaklah ditempatkan di tempat yang betul mengikut masa yang tepat.

11. Keseimbangan : Pekerja hendaklah diberi layanan dan keadilan yang seimbang untuk melahirkan ketaatan mereka kepada organisasi.

12. Kestabilan personel : Firma yang berjaya mempunyai kumpulan pengurus yang stabil. Pihak pengurusan atasan hendaklah mengimplementasikan amalan yang menggalakkan penglibatan kakitangan kepada organisasi.

13. Inisiatif : Kakitangan hendaklah diberi kebebasan untuk memajukan dan mengim-plementasikan rancangan.


14. Kekitaan : Keharmonian di kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan dan keteguh-an organisasi.







thanks for reading this,

Sunday, July 29, 2012

Iftar di Segi Seri Steamboat, Shah Alam

Assalamualaikum..



Alhamdulilah dapat pon beriftar bersama kawan-kawan sama aliran ni.. sambil-sambil makan dapat gak mengeratkan hubungan silaturahim sambil bercrita mengenai kerja...


Majlis berbuka puasa yang telah dirancang oleh admin ni berjalan dengan lancarnya.. tempat yang menjadi pilihan adalah SEGI SERI 3 in 1 STEAMBOAT bertempat di Shah Alam...



Cerita pendek saje kali ini ye..



haaa.. tengok tu.. macam-macam kiorang amek.. tapi ni baru sikit tau.. hampir penuh satu meja kitorang dengan makanan sesajerr...





Selain steamboat, ada juga makanan lain yang dihidangkan.. Macam nasi goreng, nasi puih, lauk-pauk, chicken wings and macam-macam la..

Nak bagitau lah ni yang chicken wing dia seris sedapppp!!! sedapp sangat-sangat! aku makan banyak chicken wings tu, sampai member kata rui lah sebab makanan lain banyak lagi tak rasa...






Satay pon ada.. tapi kalau nak makan satay kene bakar sendiri ye.. haa ni bukan kerja aku bakar membakar.. kerja aku makan sahaja.. so biarkanlah mereka membakar dan kita menunggu sahaja...




Sebelum berbuka marilah kita main masak-masak dulu..





Muka-muka lega lepas makan.. kenyang sagat-sangat sampai dah tak larat nak tengok makanan.. Aku memang dah tak bangun-bangun lagi dah lepas tu.. Tak larat.. main order je kalau rase nak makan pape lagi..huhu






Pada sesiapa yang nak mencuba boleh la ke SEGI SERI 3 IN 1 STEAMBOAT dekat seksyen 23 Shah Alam.. Senang nak cari kalau korang tau dimana Carefour Shah Alam sebab berdekatan area situ je.. Harga yang kenakan untuk seorang bagi dewasa RM33 dan kanak-kanak RM16.50 sahaja.. Masa yang diberi pula adalah 3 jam..

Berbaloi la sebab boleh makan puas-puas dengan hanya RM33..



Okela, jumpa lagi.. bye.




thanks for reading,

Wednesday, July 25, 2012

10 Peragai Kurang Sopan Orang Malaysia

sumber: The Star

1. Kurang ajar semasa memandu seperti memandu dengan laju, menukar lorong tanpa signal, mengekori dengan rapat dan kurang sabar dengan membunyikan hon.

Ini memang aku sangat-sangat berbulu!! hari-hari aku terpaksa berdepan dengan perangai orang-orang macam ni.. yang tak tahan tu bila siap cocok-cocok lagi kete aku.. hello! kau tak nampak ke depan aku tu pon banyak kereta.. bkn jalan lapang, pastu kau nak suh aku laju macam mana lagi??? sengal tau orang macam ni!


2. Tidak menghiraukan papan tanda seperti dilarang makan di dalam LRT, menyalakan rokok ditempat melarang merokok, meludah merata-rata, ataupun meletak kenderaan dikawasan dilarang parking.

Simple word. Kalau dah no manners tu memang tak reti membaca kot.



3. Merampas parking lot sedangkan ada mamat/minah lain yang sedang ready nak masuk parking.

Ohh maiii.... Ini memang sangat sakit hati..Mamat/Minah yang menunggu tu dah siap bagi Signal lagi.. Tapi boleh plak ade kereta yang kurang hajar sangat ni main masuk je.. Pastu keluar dengan muke tak bersalah. Can u feel what the feeling??


4. Tidak memberikan tempat duduk kepada orang tua dan perempuan mengandung di dalam bas ataupun LRT.

Dah lama aku tak naik bas or LRT so dah lama la aku tak nampak situasi ni... kalau dulu-dulu selalu la gak.. aku jarang dapat duduk so aku pon tak dapat nak tolong..


5. Tidak menunggu penumpang keluar dahulu dari kenderaan awam seperti BAS ataupun LRT.

Mereka terus serbu masuk sahaja sebaik sahaja BAS atau LRT berhenti. Sebab takut tak dapat tempat duduk. Masalahnya yang tolak-tolak berebut nak masuk tu LELAKI okey?? LELAKI... No gentlemen at all!

6. Bercakap kuat semasa berbual menggunakan handphone di kawasan awam seperti wayang pulak.

Kalau dalam wayang so far aku tak pernah jumpa la lagi, tapi kalau macam dekat supermarket ke ade la.. mungkin supermarket tu bising kot so terpaksa lah dia cakap kuat-kuat.. bagi orang yang mendengar dan melihat tentulah rasa ianya tidak sopan..


7. Tidak pegang pintu apabila menyedari masih ada yang akan menggunakan pintu yang sama. Kejadian ini boleh diperhatikan di stesen-stesen minyak.

Sebaik sahaja membuka pintu stesen minyak, terus melepaskan pintu tanpa memegang walaupun menyedari ada mamat/minah lain di belakang. Nasib baik mamat/minah itu bersedia , kalau tidak berbenjol dahi dihetam tombol pintu. Ada yang bersikap egolah kononnya tak mahu dikatakan sebagai penjaga pintu pulak. "Ye le, kalau yang dibelakng tu berderet macam keretapi, sampai bila nak pegang bang?" Ada yang menjawab pulak.
eh2.. kau pun agak-agak la kan, just pastikan orang belakang kau tu selamat tak benjol dah la pastu kau pass la pintu tu kat orang lain pulak..


8. Tidak mengucapkan terima kasih atau thank you apabila seseorang memberikan pertolongan ataupun melakukan perkara baik kepada mereka.

Hurm.. Mungkin ego..


9. Amalan tidak bertimbangrasa seperti meninggalkan troli pasaraya di parking lot, mencangkung di atas mangkuk tandas dan mengotorkan tandas awam.

Wahhh ini aku setuju! selalu sangatttt aku terjumpa orang-orang tak bertimbang rasa ni pergi parking troli yang dah digunakan dekat parking kereta! kalau rasa tak boleh nak letak troli tu kat tempat asal, jangan lah sampai menghalang parking orang pulak..


10. Selalu lewat.

Ni memang tabiat orang kita. Tapi for me, seboleh-bolehnya aku akan cube menepati masa. Sebab dalam Islam pon ade cakap menepati masa tu penting. Aku betul-betul tak suka kalau dah berjanji tapi sampai lambat.. Tapi, kalau sampai lambat disebabkan masalah-masalah tertentu macam kereta rosak ke, tak jumpa jalan ke.. boleh la dimaafkan.







Nota Dila: Bukan nak meyalahkan orang lain, tapi sama-samalah kita ambil iktibar dan perbaiki diri menjadi lebih bertimbang rasa pada orang lain. Tambah-tambah di bulan yang mulia ini.

















thanks for reading,

Wednesday, May 2, 2012

kewangian bersama BIORE!

Hai assalamualaikum..


hari ini aku nak share something.. berkait rapat dengan wanita juga..


and ade sesetengah wanita alah dengan minyak wangi kan?? so bagi nak mengekalkan kewangian badan tanpa memerlukan penggunaan minyak wangi boleh la cube mende ni.. aku pon baru guna.. tapi first time gune je aku terus jatuh cinta sebab memang sangat wangi.. dan bau wangi tu melekat kat badan kita untuk satu tempoh yang agak lama.. repurchase? yes i am and recommended!



bende tu adalaahhhh...






"BIORE SHOWER CREAM RELAXING AROMATIC"



shower cream yang sangat best! sangat creamy dan lembut ditangan.. dengan buih yang sangat banyak...



tak tau nak cakap ape tapi shower cream ni memang sangat best! murah dan berkualiti... ade banyak pilihan tapi aku lebih suke relaxing aromatic ni.. yang lain belum cube lagi..



selamat mencuba korang!

:)






thanks for reading,

Wednesday, April 18, 2012

SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA..

Buat mereka yang sedang mabuk cinta, belangkas yang sedang bertelinga tuli daripada nasihat-nasihat di sekitar mereka supaya mereka duduk sejenak dan menjawab soalan-soalan realiti.


*************************************************************************************


Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan karenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?


Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja, tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?


Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?


Semasa kita mula berumah tangga, pasti hidup kita indah bagai di syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun, ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan dalam rumah tangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar denga karenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?


Selepas beberapa tahun berumah tangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara-mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?


Andai selepas beberapa tahun berumah tangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?


Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah engkau hadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?








# copy paste dari Buku Bercinta sampai ke syurga.
# Muslimin juga boleh menilai adakah anda masih dan sanggup menerima pasangan anda dengan soalan permasalahan ini?


ehsan: Eya Ar- Rayyan



thanks for reading,

Friday, November 25, 2011

nak tau ape itu LECITHIN??

hai korang..
ade info menarik nak share dengan korang... its about LECITHIN.. LECITHIN actually quite famous among mereka mereka yang ingin membakar lemak secara sihat.. Aku pon baru tau pasal LECITHIN ni and terus jatuh cinta.. So nak share sikit mengenai LECITHIN..


Fakta-fakta mengenai khasiat Lecithin ini. (Apresiasi : Iffah Anuar)

  • Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke,heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.


  • Kenapa org yang nak kurus suke Lecithin? Sebab ia bertindakmengemulsikan lemak (ayat simplenye .. ianya memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.

  • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

  • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

  • Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

  • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana iamenggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

  • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

  • Lecithin adalah zat utk kecantikan .. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat .. cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

  • Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE .. BILE ni fungsinya plak mencairkan lemak dan .. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

Tuesday, October 18, 2011

Perlu ke pakai mask??

**iklan: gambar tuan belog..saye suke pic ni..syok sendirik!lalala**


hyeee assalamualaikum gadis gadis diluar sana...
arini nak share pasal kecantikkan lagi...
sape antara kamu kamu kamu semua yang menjadikan pemakaian masker/ mask muke sebagai salah satu daripada rutin penjagaan wajah??
kalau ada..bagos...and kalau takde anda perlu menjadikan pemakaian masker sebagai rutin..


SEBABnye???
sebab sel kulit akan mati setiap 3 hari sekali.. Jadi fungsi mask tu adalah untuk membuang sel kulit mati paling atas sekali... bil sel kulit mati tu dah dibuang nanti kita diganti dengan sel baru yang dapat menyegarkan lagi muka kita...
haa..see? nampak tak kepentingannye? suke tak bila dapat sel kulit yang baru? kalau suka kenalah merajinkan diri pakai mask oke?



Mask pilihan aku ada 2..

1) Mask Telur..
aku paling suke mask ni..sebab cepat, mudah, selamat dan murah disamping hasil yang confirm 100% korang akan berpuas hati..lagipun banyak kebaikan masker telur ni antaranya mengurangkan noda bekas jerawat, menghilangkan kesan terbakar kerana sinaran matahari, mengecilkan pori-pori pada wajah dan menegangkan kulit muka..sangat sesuai untuk kulit normal juga berminyak..

cara membuat masker putih telur adalah sebagai berikut :
1. ambil sebiji telur , pecahkan dan pisahkan bahagian kuning dan putihnya.
2. sapukan pada wajah, hindari bahagian mata dan kelopak mata, serta daerah sekitar bibir.
3. setelah dioleskan dan merata tunggu sampai kurang lebih 30 minit atau sampai putih telur kering dan
wajah terasa tegang.
4. lalu bersihkan masker menggunakan air hangat, setelah bersih rasakan kesannya.



2) Masker from Nivea.
haa..pilihan kedua aku pulak adalah vitamin mask from Nivea Visage.. ni aku gunakan kalau aku malas nak pakai telur kat muke.. dah lama aku guna mask ni sebab aku suka..bau yang agak wangi dapat menenangkan kita and bila dah pakai tu terasa kesegaran diwajah kita.. Ada banyak pilihan tapi aku prefer yang ade vitamin ni..





so kesimpulannya girls out there..nak cantik kena lah berkorban masa sikit and kena la rajin.. Jangan abaikan pemakaian masker oke sebab boleh mempercepatkan proses penuaan.. masker sekurang kurangnya kena pakai 2 kali seminggu.. kalau tak percaya boleh tanya kebanyakan pakkar pakar kecantikan..

tapi aku biasanya pakai seminggu sekali je sebab agak malas! hehe..kate orang kan!


oke la...
till then...bye..



thanks for reading,

Thursday, October 13, 2011

ALLAH Knows Best


Copy Paste sahaja...



♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..




Thursday, October 6, 2011

Pengasas Apple Meninggal Dunia..


seperti yang umum tahu..pengasas Apple Corporation, Steve Jobs dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi tadi waktu tempatan... Jobs meninggal pada usia 55 tahun selepas melancarkan produk terbaru keluaran Apple... ramai yang sedih dengan pemergian Jobs..ye la di masa Apple tengah berkembang maju ni, pengasas dia plak meninggal...tapi dah ajal kan...terpaksa juga pergi di saat sedang berada di puncak kejayaan...


ade pepatah mengatakan harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama...confirm nama Jobs akan jadi sejarah dalam penciptaan teknologi terkini dan tak akan dilupakan oleh org ramai... Let him rest in peace la...


aku pernah la masuk peraduan yang dianjurkan Shell dengan harapan dapat menang ipad2..tapi peraduan dah abes and aku masih lagi tak dihubungi..so maknanya takde rezeki la nak dapat ipad free kan..sobsobsob...


kla...ni update ringkas saje..
till then..
bubye..



thanks for reading,

Saturday, September 24, 2011

ade produk best nak share dengan korang! :)

pssstttttt....

hye gadis gadis yang sedang membace blog ni...ekceli aku ade something nak share dengan korang..

tips untuk cantik..nak tau tak??

hoho..harus la nak tau kan??sape yang tak nak cantik betol tak?

korang guna UV protection tak?

haaa....meh nak habaq mai satu produk uv protection yang aku gunekan...

and kalau korang guna aku jamin korang akan sukakannya pada sapuan pertama lagi...

nak tau produk ape tu???







haaa....memula gamba dah tunjuk gamba muncung botol plak!brand tak tunjuk ag tapi dah tunjuk botol lak..huhu sebebnarnya tersalah upload pic tapi takpe la layankan saje laa....




haaa ni la produknya... Biore UV Perfect Face Milk..

ni adalah salah satu produk uv protection from Biore...krim ni mengandungi SPF50+ which is sangat bagus untuk melindungi kulit muka kita dari sinaran matahari...

kalau boleh kita disarankan pakai uv protection yang tinggi sket macam SPF50 ni la...ni aku dapat nasihat daripada salah seorang pakar kecantikan juga la...bila aku kate aku just pakai SPF15 then dia kata SPF tu terlalu rendah kena pakai yang lebih sikit untuk kebaikan kulit kita..



ni packaging biore ni...
selain daripada berfungsi sebagai uv protection, krim ni juga turun berfungsi sebagai mekap base..haa jimat tak??
uv protection & mekap base dalam satu produk??tak payah beli banyak banyak produk...


produk ni kan sangat la ringan bile sapu kat muka...tapi krim ni cepat kering tau..
so bile nak pakai tu aku nasihatkan jangan la letak dot dot kat muka..
just terus letak kat tangan then sapu ke seluruh muka..
and korang akan rasa macam muka korang dah berbedak sikit la..macam korang pakai mekap based tu...


bagi yang suke simple bila keluar tu, sebelum sapu bedak kat muka just sapukan krim ni dulu then baru la sapu bedak PIXY or bedak pape yang korang gunakan lah...
nescaya korang akan berpuas hati dengan hasilnya..




haa kalo bole baca baca la..kalau tak boleh baca cepat cepat lah dapatkan dekat kedai then bole bace sendiri...

produk ni boleh didapati di Watson ataupon Guardian dengan harga RM24.90...
sangat murah dan berbaloi untuk memiliki krim uv protection dan juga mekap based sekali gus...

repurchase??
yes i will and i recommend to all of you to try it!




me using Biore UV Perfect Face Milk and a very very light mekap..
(just using natural color)

aku masih lagi belajar bab mekap mekap ni but i will make sure to share dengan korang if aku dapat tau info yang berguna..

aku gak tengah belajar wat video sebab aku ingat nak wat video mekap mekap and penggunaan produk mane yang aku tahu la...tapi video tu tak janji la bile bole siapkan..

pape pon macam dijanjikan tadi aku akan try share dengan korang..

well sharing is caring kan??


till then..
bye!





Sunday, September 18, 2011

entry tengah malam: EGO

entry ditengah malam dengan mood tetibe teringat kat sang kekasih..terindu dengan kemesraan dulu plak!ni la padahnye bile....



sebenarnya tengah tengah malam ni aku ase macam nak wat satu entry yang takde kene mengena dengan sesape pon tapi for sure ramai yang mengalaminya...EGO..ni bukan kisah moto EGO tapi ni mengenai satu sikap yang ade dalam diri kita..tak kira la lelaki atau perempuan masing masing ada ego tersendiri..



dalam perhubungan selalunya ego ni jadi semacam satu masalah..tak kisah la hubungan antara adik beradik ke..sahabat handai ke..pasangan kekasih ke..bila masing masing ada pendapat tersendiri dan masing masing cube nak pertahan pendapat masing masing haaa ni la yang dikatakan ego..kalau dah masing masing nak pertahankan ego masing masing tanpa mengalah memag takkan aman la jadinya...



lelaki atau perempuan yang lebih ego??ntah la..itu bergantung kepada individu..tapikan selalunya ego ni dikaitkan dengan lelaki..yela lelaki dilahirkan sebagai seorang ketua..jadi mereka perlukan ego dalam diri mereka supaya mereka lebih yakin untuk membimbing orang lain..sangat susah sebenarnya bagi kita kaum wanita untuk mengatasi ego lelaki..tapi tak mustahil sebab lelaki pon manusia biasa yang ada hati dan perasaan..kalau cara dan pendekatan yang kita gunakan tu betul, tak mustahil la kita dapat atasi ego lelaki..cuma mungkin kita perlukan masa yang lama la....


kat sini ade info sikit macam mane nak atasi ego lelaki...


Dengar apa yang mereka katakan- Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya seratus peratus tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.

Buatkan mereka berasa bijak- Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal sekalipun, jangan memberi kenyataan sehingga mereka menganggap anda memikirkan mereka tidak bijak! Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba untuk mempertahankan walaupun mereka sebenarnya sedar mereka salah.

Buatkan mereka merasakan sebagai SUPER HERO- Tidak dapat dinafikan setiap lelaki di dunia amat mengharapkan untuk menjadi hero kepada seseorang wanita. Buatkan mereka merasakan mereka adalah penyelamat anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dan tahu bahawa pasangan anda mungkin tidak dapat membantu, jangan sesekali cuba untuk menyembunyikannya. Tanyakan pendapat mereka walaupun peratus mereka untuk membantu adalah amat sedikit.

Pujian- Hanya dengan pujian yang sederhana sahaja mampu untuk mengurangkan keegoan seorang lelaki. Bukan wanita sahaja yang gemarkan pujian, tetapi lelaki juga sama. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka sedikit pujian. Ini akan membuatkan mereka merasakan anda betul-betul menghormati mereka. Apabila anda telah menunjukkan rasa hormat, tidak mutahil untuk mereka juga menghormati diri anda.

Pastikan anda berada dalam keadaan yang cantik- Tahukah anda bahawa keegoan lelaki akan menurun sekiranya melihat sesuatu yang cantik? Untuk panduan wanita, sekiranya anda sedang dalam perselisihan faham dengan pasangan anda, pastikan pada waktu perbincangan itu anda berada didalam keadaan yang cantik. Ini kerana dari segi psikologi, sekiranya anda berada di dalam keadaan yang tidak terurus atau sebagainya, ia akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda. Berhiaslah secantik-cantiknya untuk tatapan suami anda.

Buatkan mereka merasakan merekan betul- Sememangnya agak sukar untuk mengurangkan ego seseorang lelaki. Anda perlu bijak untuk membuatkan mereka merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah. Gunakan kreativiti anda tersendiri untuk melakukannya. Cuba elakkan daripada memberi bantahan secara terus kerana ia pasti secara terang menunjukkan mereka salah. Cuba berikan penjelasan secara kiasan supaya mereka tidak sedar anda membantah apa yang mereka nyatakan. Biarkan mereka sendiri yang memikirkannya.


sebenarnya tips tips kat atas tadi tu boleh juga apply dalam untuk mengatasi ego kaum wanita macam cuba dengar apa yang hendak mereka sampaikan dan kadang kadang cuba buat wanita ni rasa mereka bijak dan pendapat mereka juga diperlukan...



wanita selalunya lembut hati dan kurang ego..


macam mana nak atasi ego dalam percintaan plak??hurm...dengar la lagu Tok Ti sebab aku takde jawapan... ^^,




Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Menbuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyatakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu

Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini

Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu


oke dah dapat jawapan ke dari lagu tadi??hehehe...pape pon..kalau ade pape masalah cuba lah berbincang..mana yang boleh diselamatkan tu kita selamatkan lah..jangan lah disebabkan bende kecik dan kita takut ego kita tergugat sebab mende kecik tu kita sanggup korbankan sebuah perhubungan...


renung renungkanlah dan selamat beramal...assalamualaikum..



Tuesday, July 26, 2011

tekanan..jangan stress!! hadapi ia..

"seorang pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah di ibu negara dilaporkan telah meminum acid nitrik yang terdapat dimakmal sekolah tersebut"


fuhhh..tersangat la terkejutnye aku bile dapat tau berita tersebut...disebabkan aku bekerja di institusi pendidikan jadi warga sekolah amatlah peka dengan isu-isu disekolah ini..pelajar tersebut dikatakan meminum asid disebabkan kemurungan atau tekanan..beliau merupakan seorang pelajar yang baik dan pintar...kemurungan berlaku berpunca kerana beliau dikatakan tak mampu untuk membawa subjek sains lagi..beliau mengambil subjek sains sebagai pilihan utama kerana menurut kehendak ibubapanya...



ini jadi teladan pada kita semua..pada diri aku juga..insyaAllah satu hari nanti andai diberi kesempatan untuk menjadi ibu, aku takkkan menghalang ape pun minat aku asalkan ianya mendatangkan keuntungan dan kebaikan..andai kita ibubapa terlalu memaksa anak kita menjadi seperti apa yang kita inginkan, kelak kita juga yang akan mendapat akibat buruk dari tindakan kita itu..sbg contoh, pelajar yg minum asid tadi..doktor sendiri tak dapat mengesahkan ape peluang hidup budak tu sbb asid nitrik yang diminum telah menghakis segala organ dalaman pelajar tu..ngeri bukan??



pape pun, kita sendri pon sepatutnya kena ade pengurusan stress kita sendiri..andai kite dipaksa melakukan perkara yang kita tak suka, kite boleh berbincang secara terbuka...jangan terlalu stress dan terbawa-bawa dalam aktiviti harian kita...jangan lah kita sendiri yang musnahkan hidup kite..



alang-alang dah cerita pasal ni aku nak share la beberapa tips mengatasi tekanan ni..


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk


Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an


Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yangsesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat


Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.



4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.


6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.


7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.


8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan- rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.


9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita
mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.


10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Wednesday, July 20, 2011

Mencintai Tidak Semestinya Memiliki

Assalamualaikum :)


Orang pernah cakap. Ya. Dan saya pun pernah cakap juga. Benarkah cakap-cakap orang? Atau ia sekadar kata-kata kosong?


Mencintai tak semestinya memiliki.


Amat perit dan payah untuk diri kita mencintai seseorang tetapi tidak memiliki dirinya. Jika saya mencintai diri seseoang, tetapi tidak dapat memilikinya. Saya juga akan kecewa dan sedih. Orang boleh kata bersabarlah. Tapi cuba kamu yang hadapinya. Mungkin kamu juga akan rasa apa yang saya dan orang-orang di luar sana rasa.


Sering kali diri kita bertanya mengapa ia terjadi? Adakah sudah ditakdirkan oleh Yang Maha Esa? Adakah dirinya itu tidak pantas untuk diri kita? Kadang-kadang banyak sungguh pertanyaan yang kita tanya. Apakah? Mengapakah? Macam-macam -kah di belakang pertanyaan kita tu.





Kalau mengikut kata hati kita, mungkin sahaja kita akan berkata bahawa Tuhan sangat kejam dengan kita. Tuhan tidak sayangkan kita. Tapi pernahkah kita terfikir ada hikmah di sebalik yang terjadi dan apa yang Tuhan rancangkan untuk kita.



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)


Kita ambil suatu perkara itu dengan positif dan jangan menyalahi sesuatu yang terjadi. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian.



Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat. Kita tercari-cari di manakah matahari. Rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi yang indah.











p/s: sangat tertarik dengan artikel ini lantas meminta izin utk copy paste di dalam blog kudus sye ini utk kongsian bersame2...sangat tersentuh hati ketika membace ini :'(




Wednesday, June 29, 2011

Pengertian Israk Mikraj

Tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku suatu peristiwa yang sangant penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa isra' dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' yang bermaksud :


"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa isra' dan mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan ruh nabi s.a.w bukannya ruh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan " asra bi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh dan ruhnya serentak bukannya ruhnya sahaja.Jika ia berlaku pada ruhnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi " asra bi ruhi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan ruh hambaNya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hambaNya iaitu nabi s.a.w dalam keadaan tubuh dan ruhnya serentak.


Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.


Setelah baginda s.a.w menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda s.a.w. Fitnah terhadap baginda s.a.w bertambah kuat malah ramai juga di kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda s.a.w maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh nabi s.a.w lalu beliau dengan tegas menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jaubh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.


Demikianlah peristiwa isra' dan mikraj ini merupakan satu ujian dan proses pemisahan antara mereka yang benar-benar beriman dengan mereka yang tipis imannya dan kufur terhadap Allah dan rasulNya. Ramai di kalangan mereka yang sebelum ini menyatkan keimanan mereka tetapi setelah mendengar penjelasan Rasulullah s.a.w tentang peristiwa isra' dan mikraj, mereka menjadi murtad.Walau pun ramai yang telah murtad namun Rasulullah s.a.w tidak dapat mengambil tindakan ke atas mereka kerana baginda s.a.w tidak mempunyai kuasa pada masa itu. Sedangkan jika kita baca satu lagu kisah yang berlaku selepas baginda menjadi ketua Daulah Islamiah di Madinah Munawwarah di mana selepas Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa baginda telah di isra' kan oleh Allah maka ada seorang yang meminta supaya nabi s.a.w mengangkatkan kaki kanannya lalu baginda s.a.w terus melakukanya. Orang itu menyuruh lagi agar nabi mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kaki kanannya. Mendengar permintaan itu lalu nabi s.a.w menyatakan bahawa baginda tidak mampu mengangkat kedua kakinya secara serentak. Setelah mendengar kata-kata nabi s.a.w itu maka orang itu terus mengatakan bagaimana kita boleh mempercayai bahawa nabi s.a.w telah di isra' kan sedangkan untuk mengangkat kakinya secara serentak pun baginda tidak mampu.Mendengar penjelasan daripada orang itu lalu baginda s.aw meminta agar dia menemui Sayyidina Umar al-Khottab. Setelah menemui Sayyidina Umar dan memberi penjelasan dengan apa yang telah berlaku lalu beliau terus masuk ke rumahnya untuk mengambil pedang. Ketika keluar dari rumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpa banyak berbicara beliau terus memancung kepala orang itu. Melihat peristiwa itu lantas orang ramai bertanya Sayyidina Umar mengenai tindakan yang telah dilakukan terhadap orang itu. Sayyidina Umar dengan tegas menyatakan bahawa dia bukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah s.a.w dalam masalah Isra' mikraj tetapi baginda s.a.w menghantar orang itu kepadanya untuk dipancung kerana telah murtad bukannya untuk menerangkan masalah isra' dan mikraj. Kita dapat lihat bagaimana apabila adanya kuasa maka Rasulullah s.a.w dapat mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar ketetapan Allah. Berkesinambungan daripada inilah kita dapat memahami bahawa dalam melaksanakan Islam yang sebenar maka mestilah bertunjang kepada kuasa bagi memastikan konsep amar makruf dan nahi munkar dapat berjalan lancar bukan sebagaimana hari ini di mana hanya amar makruf atau menyuruh membuat kebaikan sahaja yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa sedangkan nahi munkar dengan menutup pusat hiburan, membasmi placuran, menghadkan penjualan arak dan sebagainya tidak dilaksanakan.

Sepanjang perjalanan Isra' dan mikraj, Rasulullah s.a.w telah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia samada mereka beriman atau pun tidak. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah apabila baginda s.a.w telah tercium bauan harum Mashitah dan kelaurga yang telah gugur syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim. Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang bergelegak panas demi Allah daripada menerima azab Allah yang lebih pedih jika tunduk kepada Firaun yang sesat itu. Jika kita menghayati peristiwa yang berlaku ke atas Mashitah dan keluarganya ini maka kita akan merasa begitu kerdil sekali berbanding pengorbanan tinggi Mashitah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun dan mendapat gaji daripada Firaun tetapi tetap mempertahankan imannya.Kita belum lagi diminta terjun kawah panas tetapi apabila diugut sesuatu yang menggugat kerjaya di mana kita terus gelabah dan senyap. Tidak kurang yang terus terhutang budi kepada pemimpin walau pun mereka zalim semata-mata kita lihat merekalah yang memberi gaji kepada kita dan mesti ditaati walau pun sudah jelas kezaliman dan kesesatan yang dilakukan di hadapan mata. Fikiran waras kita seperti tidak dapat mengukur dimanakah perbezaan antara tanggungjawab atau amanah dengan sumbangan. Kita seperti lupa bahawa Allah sebenarnya pemberi rezeki dan mesti disembah bukannya pemimpin yang menjalankan amanah diangkat sebagai pemberi rezeki yang mesti disembah dan ditaati.Ingatlah bahawa jika kita benar-benar sayangkan Islam dan mahu ia diletakkan disinggahsananya yang sebenar maka sebarang ugutan, tindakan dan sebagainya ke atas kita mestilah diharungi dengan penuh kesabaran kerana kemenangan Islam pasti tiba dan kita yang berjuang ini jika kalah di dunia tetapi habuan akhirat tetap menunggu kita dengan syarat kita bersungguh-sungguh, yakin, sabar dan ikhlas kepada Allah.


Dalam peristiwa ini Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Sebab ityulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin kerana ia satu-satunya ibadat fardhu yang diterima semasa mikraj sedangkan ibadat fardhu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardhukan ketika Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah selepas peristiwa ini. Mengenai dakwaan mereka yang jahil dan terkeliru dengan pembawaan pemimpin yang jahil yang mengatakan bahawa ibadat tidak ada kaitannya dengan kepimpinan. Jika betul dakwaan mereka mengapakah cuti hari Jumaat yang ditukar kepada hari Ahad telah menyebabkan kesulitan kepada pekerja Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Malah ada majikan yang berani menghalang pekerjanya daripada menunaikan solat Jumaat dan tidak kurang juga yang membuat peraturan supaya pekerjanya mengerjakan solat Jumaat mengikut giliran mingguan. Mengapakah majikan ini begitu berani membuat peraturan yang mana secara teran-terangan menghina Islam dan menghalang kebebasan beragama sedangkan telah tercatat di perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama rasmi dan juga rakyat diberikan kebebasan beragama. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana pemimpin negara yang tidak bertanggungjawab terhadap agama dan takut untuk mengambil tindakan terhadap majikan dan syarikat terbabit kerana terhutang budi kepada majikan yang telah banyak membantu mereka dalam mengaut keuntungan. Adakah pemimpin seperti ini akan terus diberikan kepercayaan untuk melaksanakan Islam atau telah timbul kesedaran dalam diri kita semua untuk sama-sama menabalkan para ulama' sebagai pengganti kepada pemimpin yang jahil dan zalim itu dalam memegang tapuk pemerintahan negara yang kita sayangi ini.Ingatlah bahawa setiap usaha kita dalam memastikan Islam berjaya dijunjung akan diberikan ganjaran yag besar di sisi Allah sedangkan mereka yag cuba menyekat Islam daripada bebas untuk dilaksanakan disetiap lapangan kehidupan pasti akan dikalahkan di dunia serta akan diazabkan diakhirat nanti.


Renungilah firman Allah dalam ayat 8 surah as-Sof yang bermaksud :

"Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci. "

Sumber:Web Darululum



K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"