CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Saturday, May 19, 2012

Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam

Assalamualaikum...



Awal bulan haritu aku dapat panggilan menghadiri kursus anjuran Jabatan Akautan Negara... Aku memang suka pergi kursus-kursus ni.. so bila dapat surat tu melonjak gembira jugak la.. tai bila tengok tempat, haaa?? Sabak Bernam?? ada apa kat Sabak Bernam?? pastu dengar lak citer yang kat tempat kursus aku ni jauh di hujung dunia lah, dalam hutan lah, tempat jin bertandang la..macam-macam la.. rasa macam nak tolak kursus ni pon ada.. tapi mengenangkan ilmu yang akan diperolehi masa kursus, juga nak merasai suasana disitu aku terima la jugak...



Ni lah 1st time aku kursus seorang diri tanpa orang yang aku kenali.. Masa memula aku masuk gomen, 1st kursus dengan orang yang tak kenal jugak, tapi masa pendaftaran kat Jabatan sebelum bergerak ke tempat kursus tu aku dah manage to find new friend.. tapi ni tak ada.. sebab pergi pon kene pergi sendiri kan.. dalam hati berdoa lah semoga aku dapat sesuaikan diri dengan orang baru..



Lepas tu, seanjang perjalanan ke situ, yes! admit! memang hujung dunia.. pokok kelapa di kiri kanan jalan.. dengan sepanjang jalan tu ada lembu sesajar... nak cari kedai runcit pon sangat lah susah! memang macam kawasan kampung lah..dalam hati terdetik "Ada jugak bangunan kerajaan kat kawasan-kawasan macam ni ek..."



Bila sudah sampai...





Pintu utama IPN..


Check in bagai, masuk bilik sudah ada roomate yang terlebih awal check in.. then aku pun berkenalan lah dengan die.. Luckly kitorang dari tempat sama.. dari Klang. Cume bezanya aku dari Sekolah and dia dari Hospital.. Tapi Hospital dengan Sekolah aku tak jauh pon.. alhamdullilah dapat kawan baru yang satu daerah.. adalah sinar keceriaan sikit :)





Katil yang sangat empuk! 3 malam tidur sini lena sangat-sangat...




Bilik yang sangat luas dan selesa.. kalau bawak famili pon boleh duk satu bilik je.. TV on besar.. ada astro tapi line sangat la tak clear! malam pertama sampai, hari ahad, jenuhlah mencari stesen TV3 sebab nak tengok Mentor kan.. dapat memang la dapat tapi serabut ya amat! tai sebab dah nak tengok sangat layan je la..





gambar diambil di hadapan balkoni bilik kami.. diambil oleh room mate aku.. nun dihujung sana adalah pantai tau.. kitorg boleh ke sana menaiki basikal... nak jalan kaki pon boleh tapi macam jauh kot.. naik basikal pon penat inikan pula jalan kaki..



Bila pagi-pagi duk luar balkoni ni kan, rasa segar, tenang, aman dan damai je.. sejuk hati.. bole lupa masaalah lah rasanya.. suasana kampung sangat-sangat.. bila malam plak, kawasan depan ni tak ada lah gelap gelita sangat sebab dorang pasang lampu kelip-kelip kat pokok.. macam kat ICT Shah Alam tu.. so bila malam lepak balkoni ni pon tak ada lah takut sangat..







Ini antara salah satu aktiviti best yang sempat aku buat.. berbasikal di luar kawasan IPN, lepas tu tengok sunset.. lawa sangat-sangat.. angin laut yang kuat.. tapi aku boleh katakan agak adventure la nak berbasikal kat sini.. sebabnya kat sini kiri kanan jalan lembu dan munyet berada dimana-mana.. Yang lembu tu aku tak kisah lagi sebab lembu tu bertambat dan aku pun tak pakai baju merah.. yang aku kisah tu si munyet tu haa... melompat sana melompat sini.. Ya Rabbi aku berdoa je la dalam hati jangan dia lompat atas basikal aku sudah!



masa berbasikal ni ramai la jugak tapi ramai yang menyinggah kedai makan kat warung simpang tak jauh dari IPN.. kitorang pun sempat singgah.. Makan satay.. sedap jugak satay situ, lembut.. Dorang kata kedai situ tempat kunjungan budak-budak poli..







Ini lah bus IPN yang akan bawak kitorang jenjalan makan mee udang.. Masa aku naik bus ni pemandu die orang kelantan, lepas tu kan ade ke dia pasang CD lagu kelantan versi.. Masya-Allah giler kelakar dan tak senonoh! aku tak pernah lah dengar lagu tu and tengok video macam tu.. Penyanyi nye perempuan yang sudah berusia dalam lingkungan 40-an lepas tu nyanyi lagu dangdut! siap gelek-gelek lagi.. subhanallah.. tak boleh nak imaging la macam mane... aku siap cakap "Pakcik, tuka la lagu lain".. tapi orang dalam bus layan plak lagu tu..aku je tak layan.. so nak tak nak layan kan saja laaa...





Ini la Mee Udang BNO yang fofular tu.. aku ade buat entry pasal Mee Udang ni.. Kalau ade yang belum bace leh check it out link ni




Pendek kata, my 1st impression pasal IPN Sabak Bernam ni totally out! tempat ni memang sangat best.. walaupun memula aku ingat takkan ada apa-apa aktiviti selepas kelas, sebenarnya salah! sangat la banyak kemudahan yang IPN telah sediakan untuk eserta untuk kegunaan peserta kursus setelah habis kelas. Even sampai kemalam ada saja aktiviti menarik yang disediakan.. aku seronok!



dalam hati berdoa lagi, panggil lah aku semula ke situ.. memang tak boring.. best!



Terima Kasih IPN.. :)






thanks for reading,

No comments:

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"