CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Friday, September 2, 2011

review movie: Hantu Bonceng!

oke hari ni aku dengan senang hatinya nak review pasal satu filem yang dah pon aku tengok..
aku tak tahu sangat pasal cerita ni sebenarnya...mase tengah berblokwalking kat satu blog ni yang citer pasal Hantu Bonceng ni so aku mcm tergerak la nak tgok trailer Hantu Bonceng ni..
oke tengok trailer je dah kelakar so aku berkenan nak tengok!


so masa raya ke-3 aku and adek adek aku decide nak tengok cerita ni...mak aaiiihhh...punye la ramai orang yang tengok wayang raya raya ni...sabar je la...and full house okeyy!!aku pon dapat sit baris ke3 dari depan..skrin dah la tinggi so hamekk koooo...saket leher aku...



Hantu Bonceng merupakan filem kelima terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Hantu Bonceng mula ditayangkan pada 31 Ogos 2011 dan dibintangi oleh Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Taiyuddin Bakar, Cat Farish, Ezilan Yusof dan ramai lagi la...cerita ni berunsur komedi seram..


sipnosis (yang telah diubah tunggang langgang bahasanya oleh aku...utk senang korang paham):

Mengisahkan Amran lakonan Zizan, seorang budak delivery dan dia sangat suka le berlumba haram. Satu hari tu Amran menang satu perlumbaan dan dia telah mendapat habuan seorang bohsia bernama Maya (lakonan Juliana Evans) yang mai dari kampung. Ketika Amran nak bawa bohsia ni, mereka telah terlibat dalam kemalangan, Maya ni telah meninggal.


Sejak dari kejadian tu, Amran ni dikacau oleh hantu Maya ni. Muka Juliana evans jadi hantu memang nampak cekung le haha!! Maya nak Amran uruskan mayatnya dengan sempurna. Amran memnita bantuan Halimaton(lakonan Jue aziz) dan kawannya Kunyit utk bantu dia mencari keluarga Maya.


Halimaton ni awek si Amran, sebelum ni awek dia tak berapa suka le sebab Amran ni suka berlumba, setelah Amran takut pada hantu Maya, Amran mula berubah jadi baik. Halimaton pun mula le nak terima balik Amran, tapi muncul le pulak gadis bernama Ayu. Ayu ni sebenarnya kembar kepada Maya...Jadi Amran nak terima Ayu atau Halimaton? and....ape sebenarnya perangai si Ayu ni???


Haaa kene la tengok untuk tau ending cite ni...


banyak gak la part kelakar dalam crite ni...antara yang kelakar aku ingat masa Amran (Zizan) nak pujuk awek die Halimaton (Jue Aziz)...yang Amran panggil Halimaton "Baby" pastu Halimaton panggil Amran "Ucuk"..masa tu Halimaton ngah marah..si Amran ni panggil la "baby..baby..baby.." sekali Halimaton balas "BABI!"..hahaha...selambekkk giler muke Jue Aziz time tu..terbaek laa!!


pastu part dorang jupe ustaz (Cat Farish) and bomoh (Eizlan Yusoff)...kelakar jugak la...pecah perot ketawa...part Amran berbogel depan hantu tu pon tak boleh blah...dengan hantu hantu tu sekali menjerit...hehe..hantu tu tak de lah seram sangat tapi still ade part part yang akan wat korang terkejut berok! tak pecaye??try la tengok..



aku rase berbaloi la RM14 yang aku kuar kan untuk sekeping tiket Hantu Bonceng ni..release tension btol...aku bagi empat bintang dari lima bintang...



p/s: sok kan cuti..so pe lagi...gi la tengok..gune wet raye yg korang dapat tu..hoho



2 comments:

~..UdadyaNNa..~ said...

da tgk jugakk..hahahaha..sgt kelakar kot!!

cik dyla said...

tgok katne?

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"