CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Monday, December 20, 2010

Jangan Kau tangisi sesuatu yang bukan milikmu!

hye readerss..assalamualaikum..
aku nak share sOmething dgn kOrg nih..
aku terbace satu artikel ni dlm fb kwn aku..aku rase mcm artikel tu terkene kat btg idOng aku!
"Jangan Kau tangisi sesuatu yang bukan milikmu!"
of cos la ku rase mcm terkena kat btg idOng aku kan sbb aku baru ilang kete..besa kOt maknanya bg aku..aku cume terkilan sgt2 sbb xdapat nikmati hasil titik peluh selama ni..aku cube redha dgn ape yg berlaku..aku berharap mmg ade hikmah disebalik semua ni..
kOrg bace la..lepas aku bace artikel ni aku jd kuat skit!skit je la..sbb aku perlukan mase juga..bkn senang aku nak laluinyee..

njOy ur reading! =)
semoga korang dapat manfaat dari pembacaan korang!and kalau ade manfaatnya jangan lupa share2 kan dengan yang lain ok?sharing is caring..

*
*
*
*

Dalam meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari gengaman tangan, keinginan yang tidak kesampaina, kenyataan yang tidak dapat diterima..dan akhirnya ia mengakubatkan sesuatu yang menggangu jiwa dan perasaan.


Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.


Berapa ramai Orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhis dari kegagalan adalha tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.


Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti Allah akan tunaikan. Namun, apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya.


Oleh itu, bila seseorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis:
"sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin."


Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengigati Allah, dengan jalan itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, mungkin penderitaan yang paling berat pun pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengigati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram. Rasuluallah S.A.W pun bersabda: "ingat akan Allah adalah penawar kalbu"


Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT:
"Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah 216)


maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!


Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktical. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan 'kecantikkan' Maha Pemurah.


Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkan esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kite mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baiknya tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.


Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah..redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.

*
*
*
*
tersedar ku dari lamunan lepas baca artikal ini..ada benarnya..ini semua ketentuanNya..memang benda yang paling susah untuk kita buat adalah untuk menerima kebenaran..menerima hakikat..semua orang mmg xdapat nak terima hakikat yang bukan kehendak mereka..tapi walau apa pun kita mmg kena ikhlas dan redha terima apa yang terjadi..mungkin ada hikmah disebaliknya..

2 comments:

✿ ..natakafisha.. ✿ said...

yank, cane leh ilang yank.. ilang kt ane.. ciannya awk.. moga ada hikmah disebalik sume nye

cik dyla said...

xtaO la mcm mane ley ilang..
xdapat nak gi kenduri tawen awk laO mcm ni =(

kete dah xde!!huhu

insyaAllah..harap2 ade hikmahnye..

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"