Assalamualaikum,
PErasan tak yang aku dah lama tak update blog? cuba tengok sidebar tu.. bulan June cuma ade 2 entri je.. bulan Julai plak baru nak hapdateee ni haa... Macam mane lah nak berangan dapat income nuffnang banyak-banyak kalau entri pun tenggelam timbul jee..
Oke.. alang-alang dah update ni nak cerita masa aku pergi jenjalan awal bulan 7 aritu.. Aku dan kawan-kawan ke Kedah dan juga Langkawi.. Percutian bajet! i love it.. :)
Untuk pengetahuan korang, aku suka ke muzium.. Memang ada yang tak suka sebab katanya muzium bosan kan? tapi dekat muzium la kita boleh tau macam-macam tau.. kalau tak percaya cube pergi..
Dan, masa kat Kedah, my friend pon bawak la kami semua ke muzium.. MUZIUM PADI.. aku agak teruja la.. Masuk di kenakan bayaran RM3 dan kalau nak pakai camere sama ada camara digital, DSLR atau camare hp dikenakan bayaran RM2..
Antara keistimewaan Muzium Padi ni ialah ada replika Gunung Kerian kat dalam muzium ni.. Kira macam kita boleh merasai macam mana rasanya bila berada di dalam gunung tu.. Apa yang boleh kita nampak.. Teruja! sebab macam real...
Antara contoh pemandangan dari atas puncak Gunung Keriang.. Memang hampir keseluruhan kawasan penanaman padi..Memang patutlah kedah digelar Jelapang Padi..Dalam gambar ni gambar padi dah masak.. Tapi sebenarnya masa kitorang datang tu padi tengah menghijau.. Sejuk mata memandang..
fuhh...penat jugak ye menanam padi ni.. cuaca dah lah panas.. :p
Kat belakang kitorang tu, pelbagai jenis beras..
Ada orang jeles tengok gambar ni.. sebab dia tak dapat bergambar.. huhu.. sorry Laili.. Kami tak pandai pakai DSLR, kami kene posing je la..huhu
time ni nak balik dah...bergambar depan muzium.. mintak pakcik guard amekkan gambar. Time ni ase dalam kul 5 lebih dah.. ramai lagi orang kat luar yang beratur nak masuk. Tapi sayang, muzium dah tutup. Nasib baik kitorang sampai cepat.. Kalau tak mmg tak masuk jugak la..
Lepas ni nak update entri Langkawi pulak.. banyaknya gambar... hurm tunggu ek? Lambat pun takpe kan??
thanks for reading,
NISA KAY - I'm still here.
2 years ago
2 comments:
muzium padi pun ade... mcm best je... nak je sy pergi...
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/salam-ramadhan-1433-dari-faizul.html
hehehe.. try laa pergi.. xrugi..n jgn lupe bring DSLR..
Post a Comment