CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Saturday, April 27, 2013

RESEPI: AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

Assalamualaikum wbt...


Dah lama tak update blog.. Banyak cerita sebenarnya.. Tapi, mood dah makin ke laut.. dah makin kurang semangat untuk menulis. Tapi, nak stop blog ni macam sayang plak sebab dah lama blog ni wujud walaupon tanpa pengetahuan ramai orang. And, ada macam-macam cerita dan gambar dalam blog ni. Jadi sayang nak stop. Hurm.. Cerita sikit sikit je la dulu.



So, untuk permulaan, nak share resepi agar-agar milo oreo. Baru buat semalam bawak gi sekolah. Dapat feedback positif. Buat 2 tray. 1 tray agak bercelaru sikit kombinasi warnanya sebab tak cukup keras masa nak masukkan lapisan ke3.. Tray ke 2 menjadi 3 lapisan yang cantik.



Dapat resepi dari google. Gambar pon curik dari google sebab yang aku buat sendiri tak amek gambar... (sejak dah makin meningkat usia makin kurang gemar bergambar..hurm)




BAHAN2:

1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula ~ k.nor guna 140gm
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA2:

1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
- Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
- Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.

2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.

3. Tuangkan 1 cwn campuran milo/serbuk koko ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:

a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.

b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia
melekat dgn baik.








SELAMAT MENCUBA...





thanks for reading,

3 comments:

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Sofinah Lamudin said...

Salam. nice.. saya nak test. hehe..

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"