CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

PERSONAL REVIEW: BEDAK TANAKA

Assalamualaikum..



Ramadhan ke-3. Agak TERRRrajin nak update blog kejap gara-gara terbaca ramai yang update pasal bedak yang tengah fofular sekarang ni. Eden pon taknak la ketinggalan buat review jugak. Okay, bedak apa lagi yang tengah fofular sekrang ni kalau tak bedak dr Myammar tu. Bedak Tanaka..



Actually, dah berminggu jugak la aku try bedak ni.. and rasa puas hati sangat. Tu yang sibuk nak buat review jugak..



this is mine. Aku beli yang kecik je. 40g sebab ingat nak try je so yang kecik je la. Tapi, kecik-kecik dia pon besar gak. Padat. Kalau macam aku ni pakai sensorang je, asenya mau tahan 2-3 bulan jugak. Yang kecik ni harganya kalau tak silap RM15 la. Beli on9 dekat FB. Memula ingat yang beli yang rebranding oleh Nora Danish tu. Tapi masa tu dorang dah stopkan pengeluaran sebab katanya ramai yang tiru. Actually, yang macam ni pon original. Original pack. Yang Nora Danish tu telah di pack semula. Ada macam-macam warna. But, I choose green colour. Ada bau lime. Bau yang segar.



Lepas hampir 3 minggu guna. Macam tak luak lagi. Padahal tiap-tiap malam guna ni. Tu yang aku kata, kecik-kecik dia pon boleh tahan lama.

Cara nak pakai senang je..

i) basahkan muka.. Kalau nak pkai sebelum tido tu, kan kita digalakkan berwuduk sebelum tido, so pas amek wuduk tu jangan lap muka. Biar muka basah.

ii) lepas tu colek sikit-sikit bedak ni and sapu pada muka. Ikot la kalau muka berjerawat tu, pakai lah tebal sikit. Biar jerawat cepat kecut.




Antara kelebihan bedak tanaka ni untuk mengecutkan jerawat, menyegarkan wajih dan memutihkan wajah.



Aku rasa ianya berhasil untuk aku. Tapi, part memutihkan tu belum lagi la nampak kesannya. Tapi mengecutkan jerawat dan megecilkan liang roma tu YES.


Ada yang kata bedak tanaka ni bole jadikan as foundation jugak. Tapi, yang tu aku belum try lagi. Nanti lah kalau ade masa aku try.



Rasanya cukup la menaip ni. Till then. Bye.









thanks for reading this,

Thursday, July 11, 2013

Kenangan Tak Boleh Lupa di hari pertama puasa.

Assalamualaikum,


Alhamdullilah semalam dah selesai puasa untuk hari pertama.. Mesti ada macam-macam ragam hari pertama puasa kan? Haa, sebab itu la update entry ni.. nak cite jugak pengalaman berpuasa hari pertama. Bila dikenang-kenang balik, kelakar pun ade malu pon ade. Macam budak-budak yang baru first time berpuasa. Padahal dah bertahun-tahun puasa.



Tapi, ntah kenapa la semalam rasa lemau je. Padahal dah motivate diri sendiri ni..

"kamon dila, semangat!! wat kerja bersungguh-sungguh dapat pahala ramadhan ni!"


Tapi tak berjaya gak. Nak salahkan setan menghasut, kan setan dah kena ikat. Salahkan diri sendiri la yang tak kuat. Asyik tengok jam je and rasa macam alahai lambatnya jam ni pusing.


Nak dijadikan cerita, menjelang tengahari tu memang dah xleh tahan dah ngantuk tahap gaban. Tengok jam 1.30. Dalam hati cakap, boleh la amek cuci muka amek wuduk pastu solat zuhur tros. Mesti lepas tu segar.


Dalam bilik air, jumpa lak sorang cikgu ni tegur "hai awalnya,". Dalam hati berkata "awal apanya, dah masuk waktu, cikgu pon nak balik dah kan". Tapi tu kata-kata dalam hati je.
Kata-kata diluar hati "saje je kak, malas nak kuar ofis lagi amek wuduk"



Dah siap wuduk, masuk la ofis pastu tros ke belakang bilik pengetua (tempat solat). Time tu perasan gak member ofis macam pelik tapi dorang tak cakap pape. Aku pon terus la solat. Dah siap solat baring kejap telelap pastu bangun siap-siap kuar bilik. Kuar bilik tengok jam kul 1.10 petang. Aku ckp "eh jam ni salah ke?" pastu tengok jam punchkad lak.. SAMA. 1.10 petang gak.. besar kan mata lagi tengok. tak berubah.


Tanya member ofis, eh baru kul satu ke? pastu dorg suma kata yela baru kul 1.


Aku dah terdiam!! abes tu aku salah semayang la ni??!! GGGGRRRRRRrrr.. AKU MENGIGAU!!!
salah tengok jam! gara-gara tak sabar nak balik awal. Patut lah sume pelik. Dorang kate dorang terniat nak tegor aku, tapi dorang ingat lagi aku nak solat sunat.. siap ada yg cakap "bagusnya dila ni solat sunat." Padahal aku salah waktu!!!




Hihi, wat gelak jer la. Buat malu.




teringin nak terawih kat Masjid Negeri ni.. Tapi.. hish! malas sangat ni kenapa!!! sekarang dah ade surau baru kat belakang rumah so senang jalan kaki je pergi..
Tapi, still teringin nak terawih kat masjid negeri. Insya allah.




thanks for reading this,

Sunday, June 16, 2013

Keterujaan Ketika Di Changi Airport, Singapore

Assalamualaikum,


Masa entry ni up, peristiwa ni dah lama.. Bulan satu haritu. Berpeluang ke Singapura. Salah satu tempat yang ingin dikunjungi. Alhamdullilah ade ruang dan peluang untuk berjalan-jalan sambil melihat negara luar. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan kan. Oke, nak cerita pasal airport di Singapura ni. Serius 1st time sampai rasa teruja sangat-sangat. Sebab airportnya nampak esklusif sangat. Macam KLIA. Tapi nampak lebih tersusun.


muka teruja... tak sabar nak jejak kaki di Singapura... yahoooooo!!


time ni tengah nak mencari jalan keluar.. hahaha.. kelakar sangat. kitorg ingat kitorg dah keluar dari kastam checking. Tu yang lepak2 kat kerusi ni dulu. Rupanya tak sampai check point kastam lagi ponnn... maklum la masing-masing 1st time sampai Singapura.



Tandas dalam airport ni best. Besar dan bersih. Tapi sayang, takde kepala paip. So make sure pada korang yang nak ke Singapura tu sila la bawak botol kosong or botol berisi air untuk mencuci ye.. Sebab memang takde paip. Kalau buang air kecik boleh ampun lagi la gune botol air. Tapi kalau buang air besar??? haaa.. pandai2 la ye nak bersuci.









L.O.V.E.



Kat Changi airport ada disediakan komputer-komputer dengan perkhidmatan internet percuma. Apa lagi, masing-masing update status FB! hehehe...




Nanti next entry kita cerita lagi ape yang kitorg buat kat singapura ye..



Till then..



thanks for reading this,

PROTON SAGA SV - RM250 sebulan!

Assalamualaikum,







Teruja tak tengok iklan tu??? Serius mak teruja!!! kini impian untuk memiliki kereta besar dengan harga yang murah bukan lagi suatu angan2! :)



thanks for reading this,

Thursday, February 28, 2013

Februari.. Membawa pergi dirimu...

Assalamualaikum,



Bulan Februari datang lagi... semestinya bulan yang takkan aku lupakan sampai bila-bila.
tanggal 01 Februari 2013 (Jumaat) jam 10.00 malam aku kehilangan orang yang aku sayang, yang paling rapat dalam hidupku buat selama-lamanya.... Sungguh aku tak sangka, sungguh tak terduga begini berakhirnya hubungan kita. Jodoh kita dengan awak sampai disini saja. Awak terlebih dahulu dijemput Illahi. Walhal, sebelum awak pergi, 2-3 minggu sebelum awak pergi kita yang duk teringat-ingat macam mane lah kalau kita tak ada nanti.. sapa yang nak bagitau awak tentang ketiadaan kita. Macam mane awak nak hadapinya. Tapi last-last apa yang kita fikir terjadi pada kita sendiri. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya.




Masa kita tulis ni, dah 28hari awak takde. Tapi, masih terasa-rasa awak masih ada.. Kita cube untuk terima hakikat pahit ni. Tapi memang buntu masa. 10 tahun kita dengan awak.. Jatuh bangun, susah senang, ketawa menangis, suka duka, gaduh berbaik, jumpa berpisah, semuanya dikongsi dengan awak. Sekarang, dalam sekelip mata semuanya kita laluinya sendirian. Tanpa awak lagi.




Semalam kita ade ujian menaip. Tetiba masa nak jawab kita nervous sebab tengok dekat margin in cm pulak.. Biasa in inci kan.. Dengan tak semena-mena kita teringatkan awak. Kita yakin kalau awak ada misti awak dapat tenangkan kita dalam keadaan kita macam tu.. Allahu Akhbar. Kita terlalu rindukan awak...


Ada beberapa perkara yang nak kita catatkan kat sini supaya kita tak lupa kenangan terkahir kita dengan awak..




Kali terakhir jumpa awak : 28 Januari 2013 (Isnin) - Awak meninggal hari Jumaat, 4 hari lepas kita jumpa awak.. Awak lansung takde apa-apa tanda pelik sepanjang kita dengan awak..


Tempat terakhir kita pergi bersama : Space U8, Shah Alam. Kita yang ajak awak kesana.

Aktiviti terakhir kita bersama :

1) Tengok wayang - tetibe je awak kata nak tengok cite Juvana kan? kita ikotkan je. Padahal ikotkan hati kita x minat sangat cite tu.

2) Makan - Kita makan kat Hardware Cafe. Kita yang ajak awak makan kat situ sbab kita teringin. Kan kedai tu ade masuk dlm JJCM so nak try la sedap ke makan kat situ. Malangnya menu yang kita pilih tu dah abes, pastu awak kata "xpe nnt kite dtg lagi".. Tapi, tak mungkin kita pergi situ lagi...

3) Masuk kedai D.I.Y - Kita cakap kat awak kita suka pergi kedai ni. Pastu awak kata awak dah banyak beli barang kat sini.. Kita dengan awak pusing-pusing kat kedai tu. Pastu awak kate nak beli hanger baju sebab hanger baju awak dah abes. Kita lak amek tisu kereta dengan pewangi kereta. Kita amek pastu awak bayar. Kita suka buat awak macam tu kan??? :'(

4) Beli kasut - Awak cakap awak beli motor baru so nak naik motor pakai kasut tapi awak takde kasut santai.. Semuanya kasut kasual. Kita kata takpe biar kali ni kita plak belanja awak kasut. Awak try macam-macam jenis kasut. Kita suh awak pilih yang mahal-mahal. Kita kata takpe. Sekali sekal je pasni awak lak belanja kita kasut. Tapi, last-last awak pilih kasut murah je.. Awak selalu macam tu kan.. Kita tau awak tak nak susahkan kita.. :') Tak macam kita.. selalu mintak mahal-mahal kat awak..

5) Minum CoolBlog - Tetiba awak kata awak teringin nak minum coolblog. Kita kata beli 1 je la share. Tapi awak tanknak sebab awak kata nanti awak tak puas sebab misti kita minum lebih nanti.

6) Pastu sementara tunggu waktu tengok wayang kita pusing-pusing space U8 tengok barang-barang warehouse clerance yang ada kat situ. Tetibe awak nampak barang-barang cuci motor. Punya la awak suka kan. Semangat beli 1 set polish bagai sebab nak cuci motor sendiri. Kita tengok je awak pilih itu ini sendiri. Kita tak campur sebab kita taktau pape.

Perkara terakhir yang disembangkan: Macam-macam. Kita cite pasal Singapore, pasal kerja, pasal kawan-kawan, pasal impian perkahwinan, pasal rumah and macam-macam la. Awak macam biasa cume jadi pendengar setia. Tapi awak cerita pasal motor baru awak, pasal nak tukar kereta.. Tu je la cite awk kan?




Sesungguhnya, kita amat-amat merindui segala kenangan dengan awak. Hanya mereka yang pernah kehilangan saje yang tahu apa yang kita rasa.


Semoga roh awak sentiasa dicucuri rahmat dan semoga awak tenang sehinggalah tiba hari kebangkitan nanti. Semoga kita akan bertemu lagi. Doa kita sentiasa bersama awak. Awak pon doakan kita ye? Semoga kita tabah hadapi kehilangan awak..


Moga sapa-sapa yang terbaca ni sedekahkan al-fatihah untuk awrwah..


Al-fatihah buat SHAHFRISA KURNIAWAN BIN SAMSU HIDAYAT (24.09.1987 - 01.02.2013)





thanks for reading,

Friday, December 7, 2012

sekecil-kecil usaha untuk membantu..

Assalamualaikum,



Sebenarnya nak bercerita, tapi takut sangat cerita ini takut ade yang fikir nak tunjuk riak pulak.. Sebelum pape yang kurang cantik dilemparkan, aku nak mohon maaf sangat-sangat kalau ade yang fikir ini riak. Sungguh hanya sekadar ingin bercerita. Manalah tau, ada positifnya cerita ini.



Bulan lalu, masa Gaza diserang oleh rejim Israel, aku rasa terpanggil untuk membantu. Sebabnya dalam kepala hotak ni asyik terpikir "Apa yang boleh aku buat untuk membantu?" Nak pergi berperang?? Tapi basic ketenteraan lansung xde.. Masa sekolah dulu pon, pengsan masa tengah berkawad. So macam mane nak berperang?



Kemudian, terfikir mungkin boleh membantu dari segi kewangan. Tapi, kalau aku sorang je yang hulurkan bantuan kewangan mungkin tak banyak. Pastu aku terpikir untuk dapatkan tabung bantuan supaya aku boleh mengumpul lagi banyak bantuan kewangan untuk membantu rakyat Gaza. Alhamdullilah, niat aku tu dipermudahkan oleh Allah. Aku mendapat saluran yang betul dalam memperolehi tabung bantuan tersebut. Aku telah berjumpa sendiri dengan wakil dari Aman Palestin untuk mendapatkan tabung. (Untuk pengetahuan, Aman Palestin adalah sebuah badan NGO yang aktif dan memperjuangkan dan membantu rakyat Palestin yang telah ditindas oleh rejim zionis)



Dan alhamdullilah, aku jugak dapat support dari kawan-kawan.. Kawan-kawan sukarela untuk membantu mengumpulkan sumbangan untuk rakyat Gaza.






Jadi, dengan bantuan kawan-kawan, tabung bantuan ini telah bergerak ke beberapa sekolah di daerah Klang untuk mendapatkan sebanyak mungkin sumbangan. Dan alhamdullih, sepanjang seminggu tabung-tabung ini telah berada 14 buah sekolah daerah Klang dan dapat sejumlah kutipan yang boleh dibanggakan. Aku rasa terharu sangat bile dapat sokongan macam ni.. Ini pon, kutipan hanya dibuat pada kakitangan sokongan saje sebab cikgu-cikgu bercuti pun dah dapat dapat jumlah yang membanggakan. Alhamdullilah...







Beberapa hari sebelum Misi Solidariti ke Gaza bersama Aman Palestin, aku dengan beberapa rakan telah berjumpa lagi dengan wakil Aman Palestin untuk menyerahkan kutipan tersebut. Syukur.




Ini pon belum habis kutip lagi semua sekolah daerah Klang ni.. In Sha Allah akan meneruskan lagi kutipan kerana sumbangan kepada penduduk Gaza masih berterusan..


Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi pihak Aman Palestin sendiri. Jamin mereka, setiap sen yang kita sumbangan akan sampai kepada penduduk Gaza.







p/s: thanks banyak2 pada famili, kwn2, bf yang banyak support dalam mengutip sumbangan ini. Semoga ada bahagian untuk kita semua walaupon sekecil zarah. Dan semoga bantuan dari kita semua dapat meringankan beban mereka dan mengembirakan mereka di Gaza. Allahu Rabbi..



thanks for reading,

Monday, October 15, 2012

Kejutan Luar Biasa Di Hari Jadi Ku..

Assalamualaikum,



Disebabkan bulan ni masih bulan Oktober, which is masih bulan untuk aku.. so nak sambung cerita mengenai aku lagi la.. sudi-sudilah kiranya korang membaca.. kalau ada yang tak sudi boleh la tekan tanda [X] di sebelah atas kanan anda..


Dalam entry HAPYY 25th BIRTHDAY aku haritu, aku ada kata nak cerita pasal surprise yang kawan-kawan aku buat untuk aku kan.. seriously it was surprised!! memang aku tak jangka sangat-sangat.. I don't expect they will celebrate my birthday since aku lah yang agak tua dari kalangan mereka semua.. aku dah 25 tahun tapi kebanyakkan dari mereka masih berumur 24,23 and even 22 tahun pon ada.. So memang tak jangka la di usia 25 tahun ni ada kawan yang sudi meraikannya.. I'm really touched! :')




Nak dijadikan cerita, malam 5 Oktober haritu, aku memang tau Fae and Faz nak datang ambil aku.. Tapi yang aku tahu just mereka berdua je lah yang akan datang ke rumah aku.. tu pon masa nak datang dorang tak inform nak sampai or nak gerak.. Tetiba dapat msg kata dah ada depan rumah.. Agak kelam kabut juga la nak bersiap.. dah tu keluar dari rumah terus lah menuju ke kereta Fae tanpa sedikit pon rasa curiga dihati.. Bukak pintu belakang je, tetiba.... PUUPPPP!!! kena baling dengan tepung!! Memang aku tak tahu lansung belakang keta tu sebenarnya dah ada yang menunggu.. Dah kena baling tepung tu ape lagi, datang lagi beberapa orang dari keta lain keluar sambil sembur dan spray macam lagi la.. aku macam tergamam! terkejut! jadi blur.. apa ni? apa ni?




aku sempat cakap kat dorang birthday aku 9hb bukan 5hb and dorang kata saje nak buat surprise awal sebab 9hb tu weekdays.. Pastu datang kwn dari belakang (aku pon lupa siapa sebab it's happen so fast) bawak kek sambil nyanyi lagu birthday... time ni memang aku dah rasa nak nangis! even masa nak menaip ni pon air mata dah bergenang... bila difikirkan setiap detik tu rasa terharu sangat... Sangat-sangat tak sangka yang dorang sanggup buat plan utk aku... Terima Kasih Sahabat... Hanya doa yang mampu aku panjatkan untuk kamu semua.. Semoga kamu semua dibawah keberkatan dan lindungan Allah.. dan semoga ikatan persahanatan ini takkan terhenti setakat ni saje..



Bila tengok gamba-gambar ni, tersenyum dan tangisan.. Tangisan gembira dan bahagia kerana dikurniakan sahabat seperti mereka..





comot! I'm 25 already dalam keadaan comot.. :)


























agak teruk.. setelah beberapa tahun tak kena baling tepung sebab faktor usia yang makin meningkat, tapi tahun ni terkena lagi... Luckly takde telur.. kalau telur, ish! can't imagine!





nak balik la.. *majok!* hihihi... Dari ujung kepala sampai ujung kaki terkena balingan tepung tu...






wajah-wajah mereka yang bertanggungjawab membuat surprise! (Dari kiri: Fae, Din, Faz, Ila dan Laili) Dengar cita, Kak Arfa pun sepatutnya join, tapi terpaksa tarik diri disaat-saat akhir atas faktor kesihatan.. Maklum la beliau kini sedang berbadan dua..





sibuk tengok hp and bercerita mengenai rancangan untuk aku yang telah berjaya dilaksanakan..






Big Mastermind! Rancangan dijalankan tanpa sikit pon dihidu oleh aku.. tau-tau je dah terkena.. Fae kate, plan dia buat seminggu.. dia yang dapatkan confirmation dari kawan-kawan lain yang nak join surprise ni..





hamboiii.. suka ye kenakan aku??? tapi takpe.. see u next year!!! gggrrrr.... Tengok la tangan si din tu.. dah macam pakai glove! sebabnya dia mengenggam tepung punya lama sementara tunggu aku sampai kat kereta..




my cake!!! black forest.. serius I'm like it! bawak balik rumah, adik sedara pon suke.. dia siap abiskan..huhu





ni muke dah fresh.. dah bersih dari segala kekotoran.. ikot diorang ke mamak stall potong kek..



Bulan yang tak mungkin aku lupakan for the rest of my life.. sebab tu aku abadikan dalam blog aku ni.. biar cerita ini aku dapat kongsikan dengan semua pembaca..

Oh lupa pulak.. thanks juga kepada Encik BF.. setiap tahun anda tak pernah mengecewakan.. I really love it! <3 P/S: Nanti nak update pasal hadiah-hadiah yang diterima la pulak... heee.. Sweet 25! :) thanks for reading,

Friday, October 5, 2012

BURGER SAKURA ke BURGER SAMURAI??

Assalamualaikum..


Teringat cerita Faezah semalam.. Dia bersembang dengan member ofis dia kate "Eh, jum makan berger Sakura".. Dia pon blur burger sakura mana.. Rupanya Burger Samurai.. hihihi..dua-dua pon Jepun marii... so confius..








Okey sapa pernah makan burger terbaru dari MCD ni?? Aku dah makan sekali.. Sekali je la untuk merasa.. Dah dok tengok fb masing-masing kata sedap so nak la try kan..



Bila dah try, hurmmm sedap lagi GCB.. Samurai ni sos teriyaki dia terlalu manisss... Macam tak sesuai pulak sos semanis itu makan dengan daging burger. Aku makan daging tak abis.. Lepas tu kentang nya pulak ade campur mcshaker.. boleh goncang-goncang dengan perencah kari yang disediakan.. Rasanya?? sangat tidak sedap!! ooohhh tak shukerrnyaaaaa...



Yang sedap bagi aku hanya lah air dia.. Sakura Mc Fizz.. sangat sedap! Fusion Rebina + Sprite..



Tu cuma selera aku saja lah.. Maybe Burger Samurai tu bukan citarasa aku.. Maaflah ye kalau ade yang tak suke komen aku ni.. hihihi..


What ever it is, ENJOY YOUR MEAL! :)





thanks for reading,

Saturday, July 21, 2012

Jom ke Muzium Padi!

Assalamualaikum,


PErasan tak yang aku dah lama tak update blog? cuba tengok sidebar tu.. bulan June cuma ade 2 entri je.. bulan Julai plak baru nak hapdateee ni haa... Macam mane lah nak berangan dapat income nuffnang banyak-banyak kalau entri pun tenggelam timbul jee..



Oke.. alang-alang dah update ni nak cerita masa aku pergi jenjalan awal bulan 7 aritu.. Aku dan kawan-kawan ke Kedah dan juga Langkawi.. Percutian bajet! i love it.. :)



Untuk pengetahuan korang, aku suka ke muzium.. Memang ada yang tak suka sebab katanya muzium bosan kan? tapi dekat muzium la kita boleh tau macam-macam tau.. kalau tak percaya cube pergi..



Dan, masa kat Kedah, my friend pon bawak la kami semua ke muzium.. MUZIUM PADI.. aku agak teruja la.. Masuk di kenakan bayaran RM3 dan kalau nak pakai camere sama ada camara digital, DSLR atau camare hp dikenakan bayaran RM2..













Antara keistimewaan Muzium Padi ni ialah ada replika Gunung Kerian kat dalam muzium ni.. Kira macam kita boleh merasai macam mana rasanya bila berada di dalam gunung tu.. Apa yang boleh kita nampak.. Teruja! sebab macam real...



Antara contoh pemandangan dari atas puncak Gunung Keriang.. Memang hampir keseluruhan kawasan penanaman padi..Memang patutlah kedah digelar Jelapang Padi..Dalam gambar ni gambar padi dah masak.. Tapi sebenarnya masa kitorang datang tu padi tengah menghijau.. Sejuk mata memandang..








fuhh...penat jugak ye menanam padi ni.. cuaca dah lah panas.. :p



Kat belakang kitorang tu, pelbagai jenis beras..




Ada orang jeles tengok gambar ni.. sebab dia tak dapat bergambar.. huhu.. sorry Laili.. Kami tak pandai pakai DSLR, kami kene posing je la..huhu




time ni nak balik dah...bergambar depan muzium.. mintak pakcik guard amekkan gambar. Time ni ase dalam kul 5 lebih dah.. ramai lagi orang kat luar yang beratur nak masuk. Tapi sayang, muzium dah tutup. Nasib baik kitorang sampai cepat.. Kalau tak mmg tak masuk jugak la..











Lepas ni nak update entri Langkawi pulak.. banyaknya gambar... hurm tunggu ek? Lambat pun takpe kan??








thanks for reading,

Thursday, October 6, 2011

Menjelang Bajet 2012..

**berdebar debar jugak nak tau isi kandungan bajet 2012..first time merasa debarannya..**


Menjelang bajet 2012 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB DATO' SRI HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, pada ari Jumaat ni...macam macam cerita yang dah dengar.. Banyak gak yang aku dengar tu berita berita baik untuk rakyat...Pasal naik gaji dengan bonus tu toksah cakap la..lagi la macam macam yang aku dengar..kalau ada kenaikan Alhamdulilah..syukur sangat sangat dengan rezeki Allah..tapi kalau takde kenaikan lak..hurm..syukur jugak la dengan rezeki yang diterima..harap harap rezeki yang tak seberapa ni dapat lah digunakan untuk menyara kehidupan seharian..


Dalam mendengar berita gembira tu, tak kurang jugak la ada suara suara sumbang yang mengata dibelakang..tapi kan heran jugak..suara suara sumbang tu kalau dapat imbuhan ambik gak..takde lak menolak..tapi mengatanya..hurm..Allah sahaja la yang tahu...


Kepada pekerja pekerja swasta pulak...aku tau misty ada yang kata "best la pekerja awam.. Asal bajet je dapat naek gaji dapat bonus.." sebab aku dulu pon penah kerja swasta then bila bajet je memang aku tak kan dengar sebab aku rasa macam takde keuntungan bagi aku.. tapi tapi tapi...lepas aku duk kerja kat goverment baru la aku tahu...so aku nak la nasihatkan semua.. Kalo kakitangan kerajaan dapat insentif or bonus jangan la marah kat kami... sebabnya..kami ni sangat sangat la jarang dapat bonus..aku dapat tahu dah brape tahun kakitangan kerajaan tak dapat bonus..kalau dapat pon hanyalah bantuan kewangan sahaja macam yang dapat sebelum raya tu..tapi kalau kakitangan swasta confirm2 tiap tiap tahun ade bonus...ade increment..increment plak banyak..increment kami ni tiap tiap tahun cume puluh puluh ringgit je...Percaya la...


Tapi pape pon..keseluruhannya... aku yakin bajet 2012 akan membawa keuntungan kepada semua rakyat..tak kesah lah pekerja swasta ke pekerja kerajaan ke...pekerja swasta pon sekarang dah ade keistimewaan yang kerajaan sediakan..contohnya macam program "Rumah Pertamaku" yang kerajaan lancarkan khas untuk kakitangan swasta..


Apa pon sebagai rakyat Malaysia kita kena lah bersatu padu ehh..salah tajok da ni..huhu.. sebagai pekerja kita kena la ada sikap telus dalam pekerjaan tu..jangan lah wat keje tak seberapa tapi harapkan ganjaran lebih lebih..memang tak la kan?? tepuk dada tanya selera..


K la..nak kuar makan ni..dorang dah tunggu tu...sempat lagi aku menaip! hihi ^^,

k till then..
bye..


thanks for reading,

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"