CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Kenangan Tak Boleh Lupa di hari pertama puasa.

Assalamualaikum,


Alhamdullilah semalam dah selesai puasa untuk hari pertama.. Mesti ada macam-macam ragam hari pertama puasa kan? Haa, sebab itu la update entry ni.. nak cite jugak pengalaman berpuasa hari pertama. Bila dikenang-kenang balik, kelakar pun ade malu pon ade. Macam budak-budak yang baru first time berpuasa. Padahal dah bertahun-tahun puasa.



Tapi, ntah kenapa la semalam rasa lemau je. Padahal dah motivate diri sendiri ni..

"kamon dila, semangat!! wat kerja bersungguh-sungguh dapat pahala ramadhan ni!"


Tapi tak berjaya gak. Nak salahkan setan menghasut, kan setan dah kena ikat. Salahkan diri sendiri la yang tak kuat. Asyik tengok jam je and rasa macam alahai lambatnya jam ni pusing.


Nak dijadikan cerita, menjelang tengahari tu memang dah xleh tahan dah ngantuk tahap gaban. Tengok jam 1.30. Dalam hati cakap, boleh la amek cuci muka amek wuduk pastu solat zuhur tros. Mesti lepas tu segar.


Dalam bilik air, jumpa lak sorang cikgu ni tegur "hai awalnya,". Dalam hati berkata "awal apanya, dah masuk waktu, cikgu pon nak balik dah kan". Tapi tu kata-kata dalam hati je.
Kata-kata diluar hati "saje je kak, malas nak kuar ofis lagi amek wuduk"



Dah siap wuduk, masuk la ofis pastu tros ke belakang bilik pengetua (tempat solat). Time tu perasan gak member ofis macam pelik tapi dorang tak cakap pape. Aku pon terus la solat. Dah siap solat baring kejap telelap pastu bangun siap-siap kuar bilik. Kuar bilik tengok jam kul 1.10 petang. Aku ckp "eh jam ni salah ke?" pastu tengok jam punchkad lak.. SAMA. 1.10 petang gak.. besar kan mata lagi tengok. tak berubah.


Tanya member ofis, eh baru kul satu ke? pastu dorg suma kata yela baru kul 1.


Aku dah terdiam!! abes tu aku salah semayang la ni??!! GGGGRRRRRRrrr.. AKU MENGIGAU!!!
salah tengok jam! gara-gara tak sabar nak balik awal. Patut lah sume pelik. Dorang kate dorang terniat nak tegor aku, tapi dorang ingat lagi aku nak solat sunat.. siap ada yg cakap "bagusnya dila ni solat sunat." Padahal aku salah waktu!!!




Hihi, wat gelak jer la. Buat malu.




teringin nak terawih kat Masjid Negeri ni.. Tapi.. hish! malas sangat ni kenapa!!! sekarang dah ade surau baru kat belakang rumah so senang jalan kaki je pergi..
Tapi, still teringin nak terawih kat masjid negeri. Insya allah.




thanks for reading this,

Wednesday, July 10, 2013

Ahlal Wahsalan Ya Ramadhan..

Assalamaualaikum,


Alhamdullilah, hari ni kita mula berpuasa. Semoga ramadhan kali ini membawa seribu makna dan keinsafan kepada kita semua.




As for me, this is my first ramadhan without him. The one most important in my life. Tak pernah terbayang, tak pernah terfikir yang akhirnya, aku tak ada lagi peluang untuk menyambut ramadhan dengan die. 10 tahun bersama.. banyak kenangan ramadhan dan syawal bersama. Selama ni pon, kalau gaduh, asal bulan puasa je dah berbaik balik.



Suka duka bersama telalu banyak.. banyak sangat. Taun lepas, antara kenangan berbuka puasa bersama yang tak dapat dilupakan selamanya. Kitorang terpaksa berbuka didalam kereta dengan chewing gum gara-gara tersesat jalan dan jem.



Kenangan tu semua tersimpan semat didalam hati..


Awak, walaupun awk dah pergi untuk selama-lamanya, kita takkan lupakan awak. Kita tau awak tengah berbahagia disana. Insya allah kita akan meyusul. cuma tak tahu bila..


al-fatihah buat awak..



dan buat semua pembaca, salam ramadhan mubarak. maafkan segala kekhilafan diri ini di dalam penulisan andai ada tercacat disana sini. Yang buruk itu daripada saya.







thanks for reading this,

Sunday, July 29, 2012

Iftar di Segi Seri Steamboat, Shah Alam

Assalamualaikum..



Alhamdulilah dapat pon beriftar bersama kawan-kawan sama aliran ni.. sambil-sambil makan dapat gak mengeratkan hubungan silaturahim sambil bercrita mengenai kerja...


Majlis berbuka puasa yang telah dirancang oleh admin ni berjalan dengan lancarnya.. tempat yang menjadi pilihan adalah SEGI SERI 3 in 1 STEAMBOAT bertempat di Shah Alam...



Cerita pendek saje kali ini ye..



haaa.. tengok tu.. macam-macam kiorang amek.. tapi ni baru sikit tau.. hampir penuh satu meja kitorang dengan makanan sesajerr...





Selain steamboat, ada juga makanan lain yang dihidangkan.. Macam nasi goreng, nasi puih, lauk-pauk, chicken wings and macam-macam la..

Nak bagitau lah ni yang chicken wing dia seris sedapppp!!! sedapp sangat-sangat! aku makan banyak chicken wings tu, sampai member kata rui lah sebab makanan lain banyak lagi tak rasa...






Satay pon ada.. tapi kalau nak makan satay kene bakar sendiri ye.. haa ni bukan kerja aku bakar membakar.. kerja aku makan sahaja.. so biarkanlah mereka membakar dan kita menunggu sahaja...




Sebelum berbuka marilah kita main masak-masak dulu..





Muka-muka lega lepas makan.. kenyang sagat-sangat sampai dah tak larat nak tengok makanan.. Aku memang dah tak bangun-bangun lagi dah lepas tu.. Tak larat.. main order je kalau rase nak makan pape lagi..huhu






Pada sesiapa yang nak mencuba boleh la ke SEGI SERI 3 IN 1 STEAMBOAT dekat seksyen 23 Shah Alam.. Senang nak cari kalau korang tau dimana Carefour Shah Alam sebab berdekatan area situ je.. Harga yang kenakan untuk seorang bagi dewasa RM33 dan kanak-kanak RM16.50 sahaja.. Masa yang diberi pula adalah 3 jam..

Berbaloi la sebab boleh makan puas-puas dengan hanya RM33..



Okela, jumpa lagi.. bye.




thanks for reading,

Saturday, July 21, 2012

Terawih..

Assalamualaikum,



(copy paste from Blogger Ilham)




memandangkan hari ni hari pertama terawih, blogger ilham nak share fadilat berterawih mengikut bilangan hari kita berpuasa.. sebagai panduan kita bersama..mudah2an


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.




Nota Dila: Hari Pertama, Kedua & Ketiga puasa tak dapat terawih sebab tiga-tiga hari ni ade kelas malam.. semoga mendapat keampunan Allah..

Ya Allah, aku pergi mencari ilmu seperti yang Engkau suruh.. Redha dan berkatilah ilmu yang aku perolehi.. Amin..







thanks for reading,

Ramadhan Datang Lagi.

Assalamualaikum,



Alhamdullilah.. Masih diberi ruang dan peluang untuk menyambut Ramadhan tahun ini.. Semoga peluang yang ada ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.. Sama-sama lah kita mengejar pahala dibulan mulia...





Dikesempatan ini, aku nak mintak maaf kalau ade salah dan silap aku sepanjang menulis , menconteng, mengarang and apa-apa yang sewaktu dengannya lah.. Sesungguhnya yg buruk itu datang dari aku dan yang baik itu dari Allah SWT..












SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAWAN-KAWAN...







thanks for reading,



K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"