thanks for reading this,
Tuesday, October 1, 2013
SEPTEMBER BIRTHDAY CELEBRATION UNTUK SAHABAT
thanks for reading this,
Friday, October 5, 2012
BURGER SAKURA ke BURGER SAMURAI??
Teringat cerita Faezah semalam.. Dia bersembang dengan member ofis dia kate "Eh, jum makan berger Sakura".. Dia pon blur burger sakura mana.. Rupanya Burger Samurai.. hihihi..dua-dua pon Jepun marii... so confius..
Okey sapa pernah makan burger terbaru dari MCD ni?? Aku dah makan sekali.. Sekali je la untuk merasa.. Dah dok tengok fb masing-masing kata sedap so nak la try kan..
Bila dah try, hurmmm sedap lagi GCB.. Samurai ni sos teriyaki dia terlalu manisss... Macam tak sesuai pulak sos semanis itu makan dengan daging burger. Aku makan daging tak abis.. Lepas tu kentang nya pulak ade campur mcshaker.. boleh goncang-goncang dengan perencah kari yang disediakan.. Rasanya?? sangat tidak sedap!! ooohhh tak shukerrnyaaaaa...
Yang sedap bagi aku hanya lah air dia.. Sakura Mc Fizz.. sangat sedap! Fusion Rebina + Sprite..
Tu cuma selera aku saja lah.. Maybe Burger Samurai tu bukan citarasa aku.. Maaflah ye kalau ade yang tak suke komen aku ni.. hihihi..
What ever it is, ENJOY YOUR MEAL! :)
thanks for reading,
Wednesday, August 15, 2012
Iftar di steamboat lagi..
Assalamualaikum..
Ni kan quick update.. Nak bagi tau yg aku memang suke makan steamboat.. Sebab kat steamboat la bole makan sampai lebam..
Dulu memang aku tak makan byk and rugi kalo bawak aku pergi buffet but now, buffet la yang paling digemari..hehehe..tengok la berat skang dah bape..
Bulan puasa ni buat kali keduanya berbuka di buffet steamboat.. Kali ni di Q Thai Steamboat & Grill dekat Ampang..
My komen? Hurm..tak sedap sangat.. Sedap lagi steamboat kat Shah Alam tempoh hari.. Makanan pon tak banyak pilihan macam tempoh hari.. Harga pon dah semestinya la lain jugak kan.. Dekat sini sorang dikenakan cas RM30.
Yang aku tak suke kat sini sebab hrga minuman cas lain. Tak termasuk dalam RM30 tadi tu.. Pastu setiap kali tambah air bayar lain lagi.. Cube bayangkan kalo 3jam duk situ, tak kan nak minum air segelas je kan??misti lah air bertambah-tambah kan..
So dari 5 bintang aku cume bagi 2 setengah bintang saje la based on pilihan dan kualiti makanan..
Oke lah..till then.. Bye..
Sunday, July 29, 2012
Iftar di Segi Seri Steamboat, Shah Alam
Alhamdulilah dapat pon beriftar bersama kawan-kawan sama aliran ni.. sambil-sambil makan dapat gak mengeratkan hubungan silaturahim sambil bercrita mengenai kerja...
Majlis berbuka puasa yang telah dirancang oleh admin ni berjalan dengan lancarnya.. tempat yang menjadi pilihan adalah SEGI SERI 3 in 1 STEAMBOAT bertempat di Shah Alam...
Cerita pendek saje kali ini ye..
haaa.. tengok tu.. macam-macam kiorang amek.. tapi ni baru sikit tau.. hampir penuh satu meja kitorang dengan makanan sesajerr...
Selain steamboat, ada juga makanan lain yang dihidangkan.. Macam nasi goreng, nasi puih, lauk-pauk, chicken wings and macam-macam la..
Nak bagitau lah ni yang chicken wing dia seris sedapppp!!! sedapp sangat-sangat! aku makan banyak chicken wings tu, sampai member kata rui lah sebab makanan lain banyak lagi tak rasa...
Satay pon ada.. tapi kalau nak makan satay kene bakar sendiri ye.. haa ni bukan kerja aku bakar membakar.. kerja aku makan sahaja.. so biarkanlah mereka membakar dan kita menunggu sahaja...
Sebelum berbuka marilah kita main masak-masak dulu..
Muka-muka lega lepas makan.. kenyang sagat-sangat sampai dah tak larat nak tengok makanan.. Aku memang dah tak bangun-bangun lagi dah lepas tu.. Tak larat.. main order je kalau rase nak makan pape lagi..huhu
Pada sesiapa yang nak mencuba boleh la ke SEGI SERI 3 IN 1 STEAMBOAT dekat seksyen 23 Shah Alam.. Senang nak cari kalau korang tau dimana Carefour Shah Alam sebab berdekatan area situ je.. Harga yang kenakan untuk seorang bagi dewasa RM33 dan kanak-kanak RM16.50 sahaja.. Masa yang diberi pula adalah 3 jam..
Berbaloi la sebab boleh makan puas-puas dengan hanya RM33..
Okela, jumpa lagi.. bye.
thanks for reading,
Saturday, July 28, 2012
Cara Membuat Ais Krim Goreng..
Tadi online fesbuk kejap, pastu nampak ada orang post cara-cara nak buat ais krim goreng.. Nampak macam simple dan senang..
bahan-bahan dan cara penyediaan tidak disebut tapi tengok gambar pon dah boleh tau kan?? boleh lah cuba untuk berbuka nanti kan??
Kalau sapa yang dah berjaya cuba tu, komen dibawah ye?? Selamat Mencuba.. :)
thanks for reading,
Wednesday, May 23, 2012
RESIPI SIHAT, MUDAH DAN SEDAP.
haritu kan, kita puasa. Paham-paham je la kan bila puasa, mengidam macam-macam la untuk berbuka. Nak jadikan cerita haritu aku mengidam nak makan garlic bread dengan mushroom soup. huh.. mat salleh sungguh tekak aku ni time-time puasa ni.. pulak tu nak yang homemade. jenuh la aku google resipi. nasib baik la ade member yang baik hati bagi resipi yang sangat mudah untuk buat garlic bread ni.. sangat-sangat mudah dan dijamin sedap!
jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaan garlic bread ni.
1)
Roti.
Tak tahu la apa nama roti ni... boleh guna roti apa-apa je.. nak macam kat restoren pakai lah roti french yang panjang tu.. then potong serong-serong. kalau roti macam ni nak sedap kene buang kulitnya la.. guna roti gardenia pon boleh jugak..
2)
Golden Garlic Spread.
Ni macam butter yang berperisa garlic tau.. kalau korang nak guna garlic yang betul pon boleh gak tapi banyak kerja sket sebab kene lembutkan garlic dulu, pastu gaulkan garlic dengan butter then baru sapu pada roti. kalau gune ni senang je.. sapu je terus. senang. boleh didapati dimana-mana tesco atau giant dengan harga yang pelbagai. pilih je..
kemudian sapu lah Garlic SPread tadi kat atas roti tu...
sebelum bakar macam ni lah rupanya... sapu macam sapu marjerin biasa kat roti tu.. gambar bila dah siap tak sempat nak snap sebab dah azan berbuka so terus ngap! hehehe
lawan garlic bread ni mistilah mushroom soup kan? aku gune mushroom soup segera je. Abadi punye. Sangat sedap!
mushroom soup yg sangat nyummi!! >.< mudah kan? senang dan pasti sedap! lagi sedap dari pizza hut.. Selamat Mencuba.. bye thanks for reading,
Wednesday, May 9, 2012
Mee Udang Zaiton Special
Assalamualaikum wbt...
Hai korang..arini nak share pasal makan dgn korang..
Alang-alang da sampai ke Sabak Bernam ni dorang bawak la pergi ke satu tempat yang fofular katenya...da orang nak bawak aku follow je la kan..
Mee Udang Special.. Haaa dr ari pertama sampai sini pesert kursus semua dok cite pasal mee udang ni..dalam hati tetanya la jugak sedap sgt ke? Tapi aku ni bkn lah peminat udang tapi aku seorg yg tak makan udang..so takde lah excited sgt nak makan mee udang ni..
Tapi sbb da dtg and rugi la kalau tak merase so order la jugak mee udang..
1st impression..hurm..nmpak sedap..banyak..pinggan besar melimpah ruah..udang pon boleh tahan bnyk..harga cume RM5.50.. Bile makan..hurm.sedap! Aku bkn peminat mee udang pon boleh terangkat dgn rase mee udang ni.. Udangnya pon manis..fresh.. So tak rugi la nak try...
Kalau korang ke Sabak Bernam singgah la ke Kedai Mee Udang Zaiton ni..byk lg menu lain berasakan udang..peminat udang boleh la dtg sini.. Kedai ni berhampiran dgn Pantai BNO.. Boleh search internet...
Oke...till then..
Thanks for reading,
Wednesday, April 18, 2012
TIPS UNTUK MENGHILANGKAN RASA PANAS.
Panas kan harini.. tengah panas-panas ni nak share petua mujarab la dengan korang yang mampu menghilangkan rasa panas dan mengembalikan kesegaran dan kenyamanan... Senang je petua ni dan selamat untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat.. Kalau tengok wayang tu dalam klasifikasi U la..
nak tau tak??
kalau nak stay tune...
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Taraaaa.... korang hanya memerlukan sebungkus Aiskrim Magnum Classic apa-apa flavor kesukaan korang sahaja... Then, korang bukak plastik tu pastu apa lagi.. jangan tunggu lama-lama..kang cair.. panas plak hati korang kan..

Nyummyyyyyyyy.... Aiskrim Vanilla dengan Coklat Belgiam With Almond... sedapnyaa tak terkata.. terus hilang rasa panas... rasa sejukkk je hati ini.. tak percaya?? Try laa...

hahaha..memang sengaja aku terbalikkan gambar ni..kalau macam ni nampak macam hidung aku mancung sket! bwerrkkkk.. :p
selamat mencuba korang!
thanks for reading,
Thursday, March 29, 2012
makan besaq..
Mari cerita pasal makan... Asal makan je aku suke.. asal suke je aku makan.. pastu jadi bambambam bising pulak! huhu...
macam biasa la kalau weekend aku memang suke masak...tambah-tambah bila ade ramai orang kat umah.. confirm abes punye bile masak.. And biasanya kalau weekend famili aku memang akan makan ramai-ramai dengan jiran yang merangkap pakcik ku sendiri.. Jiran ku pakcik ku.. bila dah makan sesama memang meriah la kan..
Sabtu makan dengan pakcik sebelah rumah sekeluarga and ahad plak makan dengan pakcik dari Banting plak..
1) Ayam Sweet Sour

pheewiitt.. aku suka ayam aku masak ni! adik sepupu pon suke.. hehehe..perasan! =p
2) Sambal Telur

not bad jugak.. makan dengan nasi lemak lagi sedap!
3) Kailan Goreng Cili

hahaha.. yang ini agak kelakar.. Aku nak masak kailan ikan masin sebenarnya tapi ikan masin takde so wat goreng cili api je laa..pastu pakcik aku and mama kate sayur aku ni pedas-pedas manis..hahaha =p
4) Bendi Celur

sedap! rangup.. nyum2..
5) Kek Coklat (Presentation Failed!)

huhu..ni kelakar jugak..presentation failed..

"makang besaq"
macam ni lah jadinya bila makan ramai-ramai.. rambang mata nak pilih lauk..
slurrppp...
k laa... till then! bye..
thanks for reading,
Thursday, March 22, 2012
Don't Judge The Book By It Cover
1) Mee Goreng Basah Kaw-Kaw

2) Mihun Goreng Sempoi

3) Ikan Goreng Tepung

4) Ayam Masak Kunyit

Haaa.. ape kene mengena tajuk kat atas tu dengan gambar-gambar makanan ni haa??
oke ni nak stori ni..
kalau tengok pada gambar misty ade yang tak selera kan?? uishhh.. ade yang iyakan nye?? tak baik tau korang.. jaga la ati aii skit..lalalal
gambar kat atas semua tu air tangan aku... ye aku akui yang presentation sangat la zero.. tapi rasanyaa... sedap sehinggan menjilat jari tau...hehe.. bukanlah nak memuji diri sendiri tapi ini adalah pengakuan ikhlas dari adik-adik aku yang aku nak share dengan korang dan juga berdasarkan tahap kelicinan makanan yang aku masak ni..
SYukur la aku dikurniakan adik-adik jenis pemakan.. (macam kakak dia gak la kan)... So alhamdullilah gak la ape yang aku masak tu semuanye abes tanpa ragu-ragu..
ni yang wat semangat utk memasak makin membuak-buak.. Pasal presentation tu nanti aku akan cube perbaiki lagi... Practise make perfect kan??
k la korang..till then..bye..
thanks for reading,
Friday, January 13, 2012
selamat makan tengah hari..
arini aku lunch kat opis je.. tapau sushi.. ntah kenape la kan sejak dua tiga menjak ni tekak asyik nak makan sushi je.. pantang nampak sushi misty nak! err tapi aku tak layan movie jepun... tak minat orang jepun juga..cume suka makan makanan jepon je..
tapi jangan ingat makan sushi tak kenyang ye,, sangat-sangat kenyang..

ari ni aku makan golden ball, jelly fish, egg mayo dan errr lupe dah namenya! hehehe
jempot makan semua...
Thursday, December 1, 2011
Musim Berbuah..




















