CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Showing posts with label friend. Show all posts
Showing posts with label friend. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

SEPTEMBER BIRTHDAY CELEBRATION UNTUK SAHABAT

Assalamualaikum...

September ends. Welcome October..
Semoga harini lebih baik daripada semalam..
Insha Allah..



September ni, selain daripada birthday arwah Shah, ramai kawan-kawan a.k.a bff yang sambut birthday masing-masing on September..
Macam tahun lepas, tahun ni pon ade lah celebrate jugak untuk kawan-kawan..
sebagai tanda memperingati, merai dan menggembirakan kawan-kawan..

i'olss berusaha nak mengembirakan mereka..
rasanya mereka gembira kot.. hehehe

venue sama macam tahun lepas kat Dataran Shah Alam tapi kena buat malam sebab hari bekerja siangnya tu..
memula ingatkan takde orang sekali sampai2 wahhh boleh tahan ramai orang kat dataran..



Tema utk celebration kali ni rilex and fun, which is selain makan2 aku sediakan game untuk dorang ni..

the best game ever: music chair!!
hahaha gigih aku mengangkut kerusi semata2 untuk game ni..
and bayangkan la bila dah besar2 ni kena jadi budak2 balik..
hihi...



enjoy the pic!


ni la kawan-kawan yang sambut birthday on September... 
kurang seorang..


makan time! :)
kek, dominos piza, mihun goreng, pulut kuning and snacks..


game time!! oke punye susah nak bagi arahan kat orang2 besar ni...
music belum start mereka dah pusing sndr pastu duduk berebut kerusi sendiri..


second game: telefon buruk
which is kena pass massage and group mana yang pass balik massage kat kita dengan tepat.
group atas ni group yang menang sebab msg yg diterima dan yang dihantar adalah betul dan tepat..
group bawah ni tak menang..


lain dihantar lain pulak yang diterima...


haaa tengok.. mana tak lain, org sebelah tu menghapal yang lagi sebelah dok posing..
last2 "bedah buat tak endah"
hehehe...


haaa tengok orang besar main musical chair..
sampai patah kerusi tu..



Selamat Hari Lahir kawan-kawan..
moga dengan pertambahan usia, ditambahkan iman, dimurahkan rezeki,
diberi kesihatan, dan segala yang baik-baik untuk kawan2 ku semua..








thanks for reading this,

Sunday, June 16, 2013

Keterujaan Ketika Di Changi Airport, Singapore

Assalamualaikum,


Masa entry ni up, peristiwa ni dah lama.. Bulan satu haritu. Berpeluang ke Singapura. Salah satu tempat yang ingin dikunjungi. Alhamdullilah ade ruang dan peluang untuk berjalan-jalan sambil melihat negara luar. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan kan. Oke, nak cerita pasal airport di Singapura ni. Serius 1st time sampai rasa teruja sangat-sangat. Sebab airportnya nampak esklusif sangat. Macam KLIA. Tapi nampak lebih tersusun.


muka teruja... tak sabar nak jejak kaki di Singapura... yahoooooo!!


time ni tengah nak mencari jalan keluar.. hahaha.. kelakar sangat. kitorg ingat kitorg dah keluar dari kastam checking. Tu yang lepak2 kat kerusi ni dulu. Rupanya tak sampai check point kastam lagi ponnn... maklum la masing-masing 1st time sampai Singapura.



Tandas dalam airport ni best. Besar dan bersih. Tapi sayang, takde kepala paip. So make sure pada korang yang nak ke Singapura tu sila la bawak botol kosong or botol berisi air untuk mencuci ye.. Sebab memang takde paip. Kalau buang air kecik boleh ampun lagi la gune botol air. Tapi kalau buang air besar??? haaa.. pandai2 la ye nak bersuci.









L.O.V.E.



Kat Changi airport ada disediakan komputer-komputer dengan perkhidmatan internet percuma. Apa lagi, masing-masing update status FB! hehehe...




Nanti next entry kita cerita lagi ape yang kitorg buat kat singapura ye..



Till then..



thanks for reading this,

Monday, October 15, 2012

Kejutan Luar Biasa Di Hari Jadi Ku..

Assalamualaikum,



Disebabkan bulan ni masih bulan Oktober, which is masih bulan untuk aku.. so nak sambung cerita mengenai aku lagi la.. sudi-sudilah kiranya korang membaca.. kalau ada yang tak sudi boleh la tekan tanda [X] di sebelah atas kanan anda..


Dalam entry HAPYY 25th BIRTHDAY aku haritu, aku ada kata nak cerita pasal surprise yang kawan-kawan aku buat untuk aku kan.. seriously it was surprised!! memang aku tak jangka sangat-sangat.. I don't expect they will celebrate my birthday since aku lah yang agak tua dari kalangan mereka semua.. aku dah 25 tahun tapi kebanyakkan dari mereka masih berumur 24,23 and even 22 tahun pon ada.. So memang tak jangka la di usia 25 tahun ni ada kawan yang sudi meraikannya.. I'm really touched! :')




Nak dijadikan cerita, malam 5 Oktober haritu, aku memang tau Fae and Faz nak datang ambil aku.. Tapi yang aku tahu just mereka berdua je lah yang akan datang ke rumah aku.. tu pon masa nak datang dorang tak inform nak sampai or nak gerak.. Tetiba dapat msg kata dah ada depan rumah.. Agak kelam kabut juga la nak bersiap.. dah tu keluar dari rumah terus lah menuju ke kereta Fae tanpa sedikit pon rasa curiga dihati.. Bukak pintu belakang je, tetiba.... PUUPPPP!!! kena baling dengan tepung!! Memang aku tak tahu lansung belakang keta tu sebenarnya dah ada yang menunggu.. Dah kena baling tepung tu ape lagi, datang lagi beberapa orang dari keta lain keluar sambil sembur dan spray macam lagi la.. aku macam tergamam! terkejut! jadi blur.. apa ni? apa ni?




aku sempat cakap kat dorang birthday aku 9hb bukan 5hb and dorang kata saje nak buat surprise awal sebab 9hb tu weekdays.. Pastu datang kwn dari belakang (aku pon lupa siapa sebab it's happen so fast) bawak kek sambil nyanyi lagu birthday... time ni memang aku dah rasa nak nangis! even masa nak menaip ni pon air mata dah bergenang... bila difikirkan setiap detik tu rasa terharu sangat... Sangat-sangat tak sangka yang dorang sanggup buat plan utk aku... Terima Kasih Sahabat... Hanya doa yang mampu aku panjatkan untuk kamu semua.. Semoga kamu semua dibawah keberkatan dan lindungan Allah.. dan semoga ikatan persahanatan ini takkan terhenti setakat ni saje..



Bila tengok gamba-gambar ni, tersenyum dan tangisan.. Tangisan gembira dan bahagia kerana dikurniakan sahabat seperti mereka..





comot! I'm 25 already dalam keadaan comot.. :)


























agak teruk.. setelah beberapa tahun tak kena baling tepung sebab faktor usia yang makin meningkat, tapi tahun ni terkena lagi... Luckly takde telur.. kalau telur, ish! can't imagine!





nak balik la.. *majok!* hihihi... Dari ujung kepala sampai ujung kaki terkena balingan tepung tu...






wajah-wajah mereka yang bertanggungjawab membuat surprise! (Dari kiri: Fae, Din, Faz, Ila dan Laili) Dengar cita, Kak Arfa pun sepatutnya join, tapi terpaksa tarik diri disaat-saat akhir atas faktor kesihatan.. Maklum la beliau kini sedang berbadan dua..





sibuk tengok hp and bercerita mengenai rancangan untuk aku yang telah berjaya dilaksanakan..






Big Mastermind! Rancangan dijalankan tanpa sikit pon dihidu oleh aku.. tau-tau je dah terkena.. Fae kate, plan dia buat seminggu.. dia yang dapatkan confirmation dari kawan-kawan lain yang nak join surprise ni..





hamboiii.. suka ye kenakan aku??? tapi takpe.. see u next year!!! gggrrrr.... Tengok la tangan si din tu.. dah macam pakai glove! sebabnya dia mengenggam tepung punya lama sementara tunggu aku sampai kat kereta..




my cake!!! black forest.. serius I'm like it! bawak balik rumah, adik sedara pon suke.. dia siap abiskan..huhu





ni muke dah fresh.. dah bersih dari segala kekotoran.. ikot diorang ke mamak stall potong kek..



Bulan yang tak mungkin aku lupakan for the rest of my life.. sebab tu aku abadikan dalam blog aku ni.. biar cerita ini aku dapat kongsikan dengan semua pembaca..

Oh lupa pulak.. thanks juga kepada Encik BF.. setiap tahun anda tak pernah mengecewakan.. I really love it! <3 P/S: Nanti nak update pasal hadiah-hadiah yang diterima la pulak... heee.. Sweet 25! :) thanks for reading,

Thursday, August 9, 2012

Gaya _ Gaya Seorang "Pemboling"

Assalamualaikum...


Sedar tak sedar dah 20 hari kita berpuasa.. maknanya tak lama lagi nak raya la..
tapi sekarang ni tak boleh nak fikir raya sangat sebab kena fikir final exam.. insyaallah tinggal 2 paper lagi...



Sebabkan nak exam ni, kekadang stress la jugak duk mengadap buku je... nak hilangkan stress layan la gambar-gambar cuci mata dan minda.. bila dah tengok gambar teringat la balik kenangan masa gambar di rakam..


ni nak share dengan korang gambar masa bowling tournament sebelum puasa haritu..





gaya penuh keayuan seorang wanita (ehem-ehem) lalalala..



gaya OMG!!! Mane bola aku pergi????



gaya seorang ibu membaling bola.. penuh cermat dan berhati-hati..



gaya nak marah je ni.. macam nak terkam semua pin tu.. misti dalam hati kate "kalau tak masuk ni siap kau bola.. jadi empat segi kau nanti!" :p




gaya sayang bola boling... sebab bola sendiri kan.. rasa macam nak guling sekali dengan bola tu.. :p





gaya terkejut.. macam tak percaya bola tu guling straight di landasan yang beanr..hihi



haaaa..ni baru lah gaya seorang juara.. hehehe




pstt.. entri ini cuma suke-suke saje ye.. maaf kalau ada yang marah... ape pun gaya kawan-kawan, i tetap heart u oll.. hehehehe



till then.. bye..





thanks for reading,

Sunday, July 29, 2012

Iftar di Segi Seri Steamboat, Shah Alam

Assalamualaikum..



Alhamdulilah dapat pon beriftar bersama kawan-kawan sama aliran ni.. sambil-sambil makan dapat gak mengeratkan hubungan silaturahim sambil bercrita mengenai kerja...


Majlis berbuka puasa yang telah dirancang oleh admin ni berjalan dengan lancarnya.. tempat yang menjadi pilihan adalah SEGI SERI 3 in 1 STEAMBOAT bertempat di Shah Alam...



Cerita pendek saje kali ini ye..



haaa.. tengok tu.. macam-macam kiorang amek.. tapi ni baru sikit tau.. hampir penuh satu meja kitorang dengan makanan sesajerr...





Selain steamboat, ada juga makanan lain yang dihidangkan.. Macam nasi goreng, nasi puih, lauk-pauk, chicken wings and macam-macam la..

Nak bagitau lah ni yang chicken wing dia seris sedapppp!!! sedapp sangat-sangat! aku makan banyak chicken wings tu, sampai member kata rui lah sebab makanan lain banyak lagi tak rasa...






Satay pon ada.. tapi kalau nak makan satay kene bakar sendiri ye.. haa ni bukan kerja aku bakar membakar.. kerja aku makan sahaja.. so biarkanlah mereka membakar dan kita menunggu sahaja...




Sebelum berbuka marilah kita main masak-masak dulu..





Muka-muka lega lepas makan.. kenyang sagat-sangat sampai dah tak larat nak tengok makanan.. Aku memang dah tak bangun-bangun lagi dah lepas tu.. Tak larat.. main order je kalau rase nak makan pape lagi..huhu






Pada sesiapa yang nak mencuba boleh la ke SEGI SERI 3 IN 1 STEAMBOAT dekat seksyen 23 Shah Alam.. Senang nak cari kalau korang tau dimana Carefour Shah Alam sebab berdekatan area situ je.. Harga yang kenakan untuk seorang bagi dewasa RM33 dan kanak-kanak RM16.50 sahaja.. Masa yang diberi pula adalah 3 jam..

Berbaloi la sebab boleh makan puas-puas dengan hanya RM33..



Okela, jumpa lagi.. bye.




thanks for reading,

Saturday, July 21, 2012

Jom ke Muzium Padi!

Assalamualaikum,


PErasan tak yang aku dah lama tak update blog? cuba tengok sidebar tu.. bulan June cuma ade 2 entri je.. bulan Julai plak baru nak hapdateee ni haa... Macam mane lah nak berangan dapat income nuffnang banyak-banyak kalau entri pun tenggelam timbul jee..



Oke.. alang-alang dah update ni nak cerita masa aku pergi jenjalan awal bulan 7 aritu.. Aku dan kawan-kawan ke Kedah dan juga Langkawi.. Percutian bajet! i love it.. :)



Untuk pengetahuan korang, aku suka ke muzium.. Memang ada yang tak suka sebab katanya muzium bosan kan? tapi dekat muzium la kita boleh tau macam-macam tau.. kalau tak percaya cube pergi..



Dan, masa kat Kedah, my friend pon bawak la kami semua ke muzium.. MUZIUM PADI.. aku agak teruja la.. Masuk di kenakan bayaran RM3 dan kalau nak pakai camere sama ada camara digital, DSLR atau camare hp dikenakan bayaran RM2..













Antara keistimewaan Muzium Padi ni ialah ada replika Gunung Kerian kat dalam muzium ni.. Kira macam kita boleh merasai macam mana rasanya bila berada di dalam gunung tu.. Apa yang boleh kita nampak.. Teruja! sebab macam real...



Antara contoh pemandangan dari atas puncak Gunung Keriang.. Memang hampir keseluruhan kawasan penanaman padi..Memang patutlah kedah digelar Jelapang Padi..Dalam gambar ni gambar padi dah masak.. Tapi sebenarnya masa kitorang datang tu padi tengah menghijau.. Sejuk mata memandang..








fuhh...penat jugak ye menanam padi ni.. cuaca dah lah panas.. :p



Kat belakang kitorang tu, pelbagai jenis beras..




Ada orang jeles tengok gambar ni.. sebab dia tak dapat bergambar.. huhu.. sorry Laili.. Kami tak pandai pakai DSLR, kami kene posing je la..huhu




time ni nak balik dah...bergambar depan muzium.. mintak pakcik guard amekkan gambar. Time ni ase dalam kul 5 lebih dah.. ramai lagi orang kat luar yang beratur nak masuk. Tapi sayang, muzium dah tutup. Nasib baik kitorang sampai cepat.. Kalau tak mmg tak masuk jugak la..











Lepas ni nak update entri Langkawi pulak.. banyaknya gambar... hurm tunggu ek? Lambat pun takpe kan??








thanks for reading,

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"