CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

Keterujaan Ketika Di Changi Airport, Singapore

Assalamualaikum,


Masa entry ni up, peristiwa ni dah lama.. Bulan satu haritu. Berpeluang ke Singapura. Salah satu tempat yang ingin dikunjungi. Alhamdullilah ade ruang dan peluang untuk berjalan-jalan sambil melihat negara luar. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan kan. Oke, nak cerita pasal airport di Singapura ni. Serius 1st time sampai rasa teruja sangat-sangat. Sebab airportnya nampak esklusif sangat. Macam KLIA. Tapi nampak lebih tersusun.


muka teruja... tak sabar nak jejak kaki di Singapura... yahoooooo!!


time ni tengah nak mencari jalan keluar.. hahaha.. kelakar sangat. kitorg ingat kitorg dah keluar dari kastam checking. Tu yang lepak2 kat kerusi ni dulu. Rupanya tak sampai check point kastam lagi ponnn... maklum la masing-masing 1st time sampai Singapura.



Tandas dalam airport ni best. Besar dan bersih. Tapi sayang, takde kepala paip. So make sure pada korang yang nak ke Singapura tu sila la bawak botol kosong or botol berisi air untuk mencuci ye.. Sebab memang takde paip. Kalau buang air kecik boleh ampun lagi la gune botol air. Tapi kalau buang air besar??? haaa.. pandai2 la ye nak bersuci.









L.O.V.E.



Kat Changi airport ada disediakan komputer-komputer dengan perkhidmatan internet percuma. Apa lagi, masing-masing update status FB! hehehe...




Nanti next entry kita cerita lagi ape yang kitorg buat kat singapura ye..



Till then..



thanks for reading this,

Thursday, August 9, 2012

Gaya _ Gaya Seorang "Pemboling"

Assalamualaikum...


Sedar tak sedar dah 20 hari kita berpuasa.. maknanya tak lama lagi nak raya la..
tapi sekarang ni tak boleh nak fikir raya sangat sebab kena fikir final exam.. insyaallah tinggal 2 paper lagi...



Sebabkan nak exam ni, kekadang stress la jugak duk mengadap buku je... nak hilangkan stress layan la gambar-gambar cuci mata dan minda.. bila dah tengok gambar teringat la balik kenangan masa gambar di rakam..


ni nak share dengan korang gambar masa bowling tournament sebelum puasa haritu..





gaya penuh keayuan seorang wanita (ehem-ehem) lalalala..



gaya OMG!!! Mane bola aku pergi????



gaya seorang ibu membaling bola.. penuh cermat dan berhati-hati..



gaya nak marah je ni.. macam nak terkam semua pin tu.. misti dalam hati kate "kalau tak masuk ni siap kau bola.. jadi empat segi kau nanti!" :p




gaya sayang bola boling... sebab bola sendiri kan.. rasa macam nak guling sekali dengan bola tu.. :p





gaya terkejut.. macam tak percaya bola tu guling straight di landasan yang beanr..hihi



haaaa..ni baru lah gaya seorang juara.. hehehe




pstt.. entri ini cuma suke-suke saje ye.. maaf kalau ada yang marah... ape pun gaya kawan-kawan, i tetap heart u oll.. hehehehe



till then.. bye..





thanks for reading,

Saturday, July 21, 2012

Jom ke Muzium Padi!

Assalamualaikum,


PErasan tak yang aku dah lama tak update blog? cuba tengok sidebar tu.. bulan June cuma ade 2 entri je.. bulan Julai plak baru nak hapdateee ni haa... Macam mane lah nak berangan dapat income nuffnang banyak-banyak kalau entri pun tenggelam timbul jee..



Oke.. alang-alang dah update ni nak cerita masa aku pergi jenjalan awal bulan 7 aritu.. Aku dan kawan-kawan ke Kedah dan juga Langkawi.. Percutian bajet! i love it.. :)



Untuk pengetahuan korang, aku suka ke muzium.. Memang ada yang tak suka sebab katanya muzium bosan kan? tapi dekat muzium la kita boleh tau macam-macam tau.. kalau tak percaya cube pergi..



Dan, masa kat Kedah, my friend pon bawak la kami semua ke muzium.. MUZIUM PADI.. aku agak teruja la.. Masuk di kenakan bayaran RM3 dan kalau nak pakai camere sama ada camara digital, DSLR atau camare hp dikenakan bayaran RM2..













Antara keistimewaan Muzium Padi ni ialah ada replika Gunung Kerian kat dalam muzium ni.. Kira macam kita boleh merasai macam mana rasanya bila berada di dalam gunung tu.. Apa yang boleh kita nampak.. Teruja! sebab macam real...



Antara contoh pemandangan dari atas puncak Gunung Keriang.. Memang hampir keseluruhan kawasan penanaman padi..Memang patutlah kedah digelar Jelapang Padi..Dalam gambar ni gambar padi dah masak.. Tapi sebenarnya masa kitorang datang tu padi tengah menghijau.. Sejuk mata memandang..








fuhh...penat jugak ye menanam padi ni.. cuaca dah lah panas.. :p



Kat belakang kitorang tu, pelbagai jenis beras..




Ada orang jeles tengok gambar ni.. sebab dia tak dapat bergambar.. huhu.. sorry Laili.. Kami tak pandai pakai DSLR, kami kene posing je la..huhu




time ni nak balik dah...bergambar depan muzium.. mintak pakcik guard amekkan gambar. Time ni ase dalam kul 5 lebih dah.. ramai lagi orang kat luar yang beratur nak masuk. Tapi sayang, muzium dah tutup. Nasib baik kitorang sampai cepat.. Kalau tak mmg tak masuk jugak la..











Lepas ni nak update entri Langkawi pulak.. banyaknya gambar... hurm tunggu ek? Lambat pun takpe kan??








thanks for reading,

Friday, December 2, 2011

Jalan-Jalan I-City

Assalamualaikum..

sapa suka pergi I-City?? SAYA!! aku suke... tapi jarang la pergi walaupun dekat dengan rumah sebab parking mahal!huhu..

and kalau pergi sana memang everything is about money! apa yang ada kat I-City semuanya menggunakan duit okey.. So mari lah kite sekadar berjalan-jalan mencuci muka sahaja..


Dua hari lepas aku pergi lah I-City bawak sepupu-sepupu dari kampung...
saje berjalan-jalan...

makkk aiiiahhh..ramai giler orang k? Even time kitorang sampai tu dah nak dekat kul 10...
mungkin sebab cuti sekolah kot..


jum lah tengok gambar ek..





gambar memula sampai.. aku suke amek gamba kat sini sebenarnya..tapi susah la adik aku ni... tak pandai amek gambar..pastu nak suh Muaz pandang kamere pun payah...



This is my lil bro.. boleh tahan kaki posing!



adik-adik sepupu ku yang kiut-miut..




eh-eh..nak gak kan gambar berlatarbelakangkan rama-rama ni..



~ Putri Balqis Qistina ~



posing macam ni sambil nyany lagu Pokok versi Hazama...



i love this pic! nampak tak lampu-lampu tu? cantikkan??






we are siblings!


haa yang ni pon aku suke sebab nampak cekak reben aku tu... aku ase macam comel sangat!hehe..



~blur~~










muaz yang sangat lincah! mulut dia asyik bercakap tak henti-henti..
semua orang tersenyum dengan keletah die...




mak aiihhhh... tinggi nyee zirafah ni! penat aku menonggeng nak amek gamba zirafah..
untung la adik aku..dia yang banyak posing...
gamba aku sikit je...




rileks je die kena pijak dengan gajah!huhu




Muaz terpegun tengok aku beramah mesra dengan harimau ni... opssss..aku bukan Waris Jari Hantu ye...




sapa yang tak pergi I-City lagi pergi la..
sekarang decoration untuk Krismas so sangat la cantik...
ada Santa Claus banwak hadiah banyak..cepat-cepat amek gamba dengan Santa Claus tu..kot-kot leh dapat hadiahkan..


okla..till then..
bye...

thanks for reading,

K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"