CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffnang Ads

Selamat Datang Ke Blogger Cik Dyla

Tolong saye kawan2..ramai2 klik k? ^^,

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

PERSONAL REVIEW: BEDAK TANAKA

Assalamualaikum..



Ramadhan ke-3. Agak TERRRrajin nak update blog kejap gara-gara terbaca ramai yang update pasal bedak yang tengah fofular sekarang ni. Eden pon taknak la ketinggalan buat review jugak. Okay, bedak apa lagi yang tengah fofular sekrang ni kalau tak bedak dr Myammar tu. Bedak Tanaka..



Actually, dah berminggu jugak la aku try bedak ni.. and rasa puas hati sangat. Tu yang sibuk nak buat review jugak..



this is mine. Aku beli yang kecik je. 40g sebab ingat nak try je so yang kecik je la. Tapi, kecik-kecik dia pon besar gak. Padat. Kalau macam aku ni pakai sensorang je, asenya mau tahan 2-3 bulan jugak. Yang kecik ni harganya kalau tak silap RM15 la. Beli on9 dekat FB. Memula ingat yang beli yang rebranding oleh Nora Danish tu. Tapi masa tu dorang dah stopkan pengeluaran sebab katanya ramai yang tiru. Actually, yang macam ni pon original. Original pack. Yang Nora Danish tu telah di pack semula. Ada macam-macam warna. But, I choose green colour. Ada bau lime. Bau yang segar.



Lepas hampir 3 minggu guna. Macam tak luak lagi. Padahal tiap-tiap malam guna ni. Tu yang aku kata, kecik-kecik dia pon boleh tahan lama.

Cara nak pakai senang je..

i) basahkan muka.. Kalau nak pkai sebelum tido tu, kan kita digalakkan berwuduk sebelum tido, so pas amek wuduk tu jangan lap muka. Biar muka basah.

ii) lepas tu colek sikit-sikit bedak ni and sapu pada muka. Ikot la kalau muka berjerawat tu, pakai lah tebal sikit. Biar jerawat cepat kecut.




Antara kelebihan bedak tanaka ni untuk mengecutkan jerawat, menyegarkan wajih dan memutihkan wajah.



Aku rasa ianya berhasil untuk aku. Tapi, part memutihkan tu belum lagi la nampak kesannya. Tapi mengecutkan jerawat dan megecilkan liang roma tu YES.


Ada yang kata bedak tanaka ni bole jadikan as foundation jugak. Tapi, yang tu aku belum try lagi. Nanti lah kalau ade masa aku try.



Rasanya cukup la menaip ni. Till then. Bye.









thanks for reading this,

Tuesday, March 5, 2013

Bersyukur Saat Diuji (Muhd Kamil Ibrahim)

Assalamualaikum wbt..

Alhamdullilah syukur sangat2 dipertemukan dengan buku ni di saat-saat kritikal. Ye kritikal aku kata kan sebab aku baru kehilangan seseorang yg aku sayang yg paling dekat dengan aku yang dah lama aku kenal. Aku rasa ni antara ujian hebat yg Allah nak bagi kat aku..

Tapi bila aku baca buku ni aku terpukul. Selama ni kita memang ingat khilangan seseorang dalam hidup kite tu la ujian tebesar kita. Kita tak sedar pon sebenarnya banyak lagi ujian besar kita.

Contohnya ujian tidur. Itu memang ujian tebesar. Sebab apa tidur tu ujian besar? Sebab dengan tidur tu la kite terlajak waktu solat terlepas dari mendengar kuliah dan tidak hadir dlm majlis silaturahim semua gara2 kita tidur atau tertidur. Itu contoh ujian besar dalam diri kita yang selama ni kita tak tau ataupun buat2 tak tahu.

Penyampaian pnulis dalam karya dia ni sangat bersahaja namun mampu menarik minat pembaca. Mampu terkesan dihati. Buat kita sedar segala ujian Allah tu adalah anugerah dari dia. Selama ni kita tak sedar banyak nikmat yang Allah dah pinjamkan kat kita tapi berapa kali je dalam hidup kite buat sujud syukur?? Itu Allah turunkan ujian sebab Allah sayangkan kita..

Allahuakbar..

Aku memang rekemen sangat pada sape2 yg tengah mencari2 buku motivasi or yang nak abeskan baucer buku 1 Malaysia tu bolehlah dapatkab buku ni di book store berhampiran anda.

Thanks for reading,


Monday, October 15, 2012

Elianto buat muka rasa segar..

Assalamualaikum..

Masa puasa haritu kan, elianto ade wat sale raya dan merdeka.. So bila da tau elianto ade sale tiap-tiap minggu la pegi Jusco pastu buat-buat terlalu dpn elianto pastu buat-buat cakap "eh2 ade sale la!"... Keji tak peragai? Padahal mmg koo da tau da elianto sale..

Pastu ape lagi.. Asal singgah je membeli.. Asal beli je misti singgah.. And antara salah satu yg aku beli adalah mask sepeti gamba diatas.. (erk..gamba kuar dulu br explanation..update gune blogger for android jd mcm ni ler...)

Masa aku beli mask ni diskaun 50%.. Berapa harganya aku da lupe sbb puase pon da lama berlalu.. Tp agak murah so aku tibai la amek beberapa paket mask ni..

And beberapa hari lepas aku da pkai mask tu and my review as below..hehehe.

# BEST! BEST! BEST SANGATTTTTT!!! Sbb? Bila da pakai kan muka rasa sgt freshh! Rasa nak je ngadap cermin sambil belek2 muke.. Rasa sgt lembut, segar dan menawan..

# ade bau yg best jugak.. Bau macam cincau.. So sepjg pakai mask tu rasa mcm sedang minum cincau..

Aku tak tau nk review mcm mane lagi tapi overall mmg best! Korang try la.. Sure tak menyesal.. Oh ye... Ade pelbagai jenis mask ni.. Yg aku pakai tu anti-oxidant.. Sbb tu best! Sure pasni aku beli lagi..

Selamat mencube utk korang :)

Thanks for reading this,


Monday, May 21, 2012

Apakah Cerita Perodua Anda??

Assalamualaikum...



Kenal tak logo kat atas ni? Sapa tak kenal kan? tanya budak tadika pon tau.. kalau tanya budak tadika gambar apa ni anak-anak? nanti dorang jawab "kereta mama cikgu"...haaa.. kan aku dah kata budak tadika pun tau logo di atas mewakili logo kereta keluaran negara yang dah terkenal sejak hampir 19 tahun lagi..



Sejak hampir 19 tahun diperkenalkan, telah hampir 2 juta buah kenderaan Perodua dipandu megah di atas jalan raya di seluruh Malaysia. Malah, Perodua juga telah mula melebarkan sayap automotifnya ke Negara jiran.. I'm so proud with Malaysian Car :)



Setelah 19 tahun Perodua bertapak di Malaysia, pastinya ada pelbagai cerita suka duka pengguna Perodua kan? Oleh itu, Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh telah menjemput seluruh rakyat Malaysia terutamanya pengguna Perodua untuk menceritakan kisah disebalik Perodua anda. Anda juga boleh mencadangkan apa-apa idea yang bernas untuk menaiktarafkan lagi kualiti Perodua juga sebarang komen-komen yang membina sangat dialu-alukan. Penyertaan boleh dihantar didalam bentuk cerita/cadangan ataupun Video.




kempen baru Perodua "Apakah Cerita Perodua Anda?"


Cara untuk menyertainya sangat mudah. Anda hanya perlu log in ke web http://www.peroduastory.com.my dan ikuti arahan selanjutnya.



Ayuh semua! ini masa kita untuk bercerita.


KISAH PERODUA SAYA.


Dulu, memang aku tak pernah terfikir pun nak ada kereta sendiri. Sebabnya dari zaman sekolah lagi kalau aku nak kemana-mana memang akan ada orang yang hantar dan ambil. Tak pun nak kemana-mana naik saja pengangkutan awam. Tapi bila dah semakin membesar, dan bila sudah bekerja aku mula merasakan pentingnya ada pengangkutan sendiri. Yela takkan lah nak mengharapkan orang je kan? sampai bila nak mengharap. Nak naik pengangkutan awam pun kadang-kadang bahaya. Macam kalau balik malam, takut la juga nak naik bas atau LRT.


Selepas setahun kerja, dan selepas dapat lesen memandu, aku decide untuk beli kereta. Dan kereta yang menjadi pilihan aku adalah PERODUA VIVA. Alhamdullilah, proses untuk beli kereta Viva aku ni tak ambil masa yang lama. Jurujual di showroom Perodua sangat lah membantu dalam proses ini. Terima Kasih En. Yazid (Jurujual Perodua Showroom).



here are my 1st car.. Perodua Viva, Silver Metallic Color with registration number BKM 4182, Manual, 850 cc.


Kenapa PERODUA Viva yang menjadi pilihan aku? dan kenapa korang pun patut jadikan PERODUA Viva sebagai pilihan hati? Aku ada beberapa sebab:
1. Sangat sesuai untuk wanita.

Itu perkara pertama yang aku fikirkan sebelum pilih kereta apa yang aku nak beli. Yela aku nak kereta yang sesuai dengan aku. Aku taknak kereta yang terlalu besar. Nanti orang kata, eh dila, kereta ni besar sangat lah dengan kau. Tak sesuai! takpun eh dila, kereta kau ni kecik sangat lah. Tak selesa! So bila aku tengok Viva hati terus terpaut sebab kereta ni memang just nice untuk wanita bujang macam aku. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.

2. Jimat Minyak

Ini betul. Tak tipu. Sangat-sangatlah jimatnya. Banyakkan aku bawak kereta aku dari Ampang balik kampung di Teluk Intan, isi RM50 tak habis pun. Still ada 2 bar lagi. Itu pun dah siap bawak jalan-jalan lagi kat kampung tapi bila sampai Ampang minyak still berbaki. So heaven!

3. Bodykit yang teguh/kukuh/kuat.

Maksud aku, masa aku pakai kereta ni, kan aku baru dapat lesen. Jadi dah tentulah masih belum arif mengendali kenderaan. So, kalau setakat langgar tembok pagar ataupun langgar divider jalan tu perkara biasa la bagi aku dan kereta aku. Yang aku kagum, kalau setakat langgar tembok-tembok ni, bodykit Viva sikit pun tak kemek walaupun dentumannya agak kuat. Tapi calar balar tu tak boleh elak la. Calar tapi, boleh wax pastu hilang la.

4. Pilihan warna yang pelbagai.

PERODUA viva menawarkan beberapa color yang menjadi pilihan hati. Masa aku beli kereta, warna SILVER METALLIC jadi pilihan aku. Mulanya, aku impikan warna biru, tapi disebabkan masa aku tempah kereta, stok warna biru dah habis so aku pilih la SILVER METALIC. Antara pilihan warna lain adalah hitam, hijau, pearl green, putih, biru termasuklah beberapa warna edisi terhad seperti oren dan juga ungu.

5. Mampu Milik.

Untuk orang yang baru setahun kerja macam aku tapi dah berangan nak memiliki kenderaan sendiri, PERODUA Viva memang jadi pilihan hati sebab harganya mampu milik. Boleh dikatakan PERODUA Viva adalah diantara kereta yang murah ansuran bulanannya. Tak percaya? Boleh pergi sendiri ke showroom yang berhampiran dengan kawasan anda.



My favorite picture! pagi raya punya gambar. 1st time raya dengan kereta sendiri.. memang happy sangat-sangat..


Aku bangga sangat memiliki kereta sendiri dengan hasil titik peluh sendiri. Memang aku beli Viva dengan duit sendiri tanpa menggunakan duit ibubapa aku. Kemudian, dapat pulak bawa keluarga naik kereta yang dibeli sendiri. Rasa puas sangat. Aku tahu dorang pun berbangga sebab aku boleh memiliki harta sendiri dengan titik peluh sendiri. Alhamdullilah.


Tapi, aku sangka panas ke petang, rupanya hujan ditengahari. tanggal 17 Disember 2010, setelah genap 1 tahun 3 bulan aku menggunakan kereta tersebut, akhirnya bukan rezeki aku untuk terus memilikinya sebab PERODUA Viva aku HILANG! DICURI! Betapa sedihnya aku masa tu tuhan saja yang tahu. Dalam hati aku tertanya-tanya kenapa kereta aku?? aku cuma pakai Viva je. Sapa-sapa pun boleh beli Viva. Tapi kenapa kereta aku juga yang dijadikan sasaran?? Macam-macam persoalan yang timbul.


Tapi akhirnya aku redha. Mungkin bukan rezeki aku. Mungkin lepas ini ada lagi rezeki yang lebih besar menunggu aku. Mungkin PERODUA nak hadiahkan aku kereta lain. Siapa tahukan? rezeki kan ditangan Allah S.W.T.


Walaupun, aku dah tak pakai Viva lagi, tapi kenangan dengan PERODUA Viva kesayangan tak mungkin aku lupakan. Kereta pertama aku. Aku masih lagi menyimpan hasrat untuk membeli Viva baru, tapi, banyak kekangan. Lepas kereta hilang, aku tetap perlu membayar ansuran bulanan sehingga insurans selesai. Tapi pihak insurans tak cover semua pinjaman. Baki pinjaman aku masa tu dalam RM34K dan pihak insurans hanya cover RM24k. Masih ada baki RM10K yang aku perlu bayar. Bayangkan RM10k tu kita bayar benda yang kita tak guna. Sangat-sangat terasa kesannya sampai sekarang.


Kini, dah hampir 2 tahun peristiwa tu berlalu. Bila tengok Viva di jalan-jalan raya, memang tersentuh la hati teringat Viva lama aku. Sekarang aku makin redha, everything happen for the reason. Viva ku, walau dengan siapa pun kau berada sekarang, harap-harap orang tu akan jaga kau dengan baik. I miss u, Viva ku.



******************* TAMAT ***********************


tamat sudah kisah aku, jadi apa kisah korang? jangan lupa kongsikannya di http://www.peroduastory.com.my/story/








Thanks for reading,

Wednesday, May 2, 2012

kewangian bersama BIORE!

Hai assalamualaikum..


hari ini aku nak share something.. berkait rapat dengan wanita juga..


and ade sesetengah wanita alah dengan minyak wangi kan?? so bagi nak mengekalkan kewangian badan tanpa memerlukan penggunaan minyak wangi boleh la cube mende ni.. aku pon baru guna.. tapi first time gune je aku terus jatuh cinta sebab memang sangat wangi.. dan bau wangi tu melekat kat badan kita untuk satu tempoh yang agak lama.. repurchase? yes i am and recommended!



bende tu adalaahhhh...






"BIORE SHOWER CREAM RELAXING AROMATIC"



shower cream yang sangat best! sangat creamy dan lembut ditangan.. dengan buih yang sangat banyak...



tak tau nak cakap ape tapi shower cream ni memang sangat best! murah dan berkualiti... ade banyak pilihan tapi aku lebih suke relaxing aromatic ni.. yang lain belum cube lagi..



selamat mencuba korang!

:)






thanks for reading,

Monday, September 12, 2011

Sudut Pilihan Saya

hi..hyee...assalamualaikum semua....sebelum pape, aku nak wat pengucapan awam jap dimana aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung pengunjung belog ini yang sudi singgah dan bace blog aku yang tak seberapa ini..


Kepada yang pernah bace entri aku sebelum ni, ingat tak aku ade mintak pendapat korang bagi idea untuk update belog kan??ingat tak? Kalau tak ingat boleh klik SINI...then semalam masa tengah kemas kemas bilik tertiba terasa macam nak buat satu entri bertajuk "Sudut Pilihan". Hehehe..macam masuk dalam majalah kan? tak dapat masuk dalam majalah masuk dalam belog sendiri pon jadi la..ye idak??


Sudut Pilihan ni ialah ruangan yang menjadi pilihan aku kat dalam bilik...means..ruang ni yang aku selalu guna and paling pentingkan kekemasan...ruangan tersebut adalah ruangan..











yeahhhh..ini la ruangan sudut pilihan tu..sudut dimana menjadi tempat aku mencerminkan diri aku ...bangun pagi pagi misti pergi sudut ni dulu sebab nak tengok macam mana muka aku pas bangun tido..pastu nak siap siap gi kerja pon kat sini..siap siap gi jenjalan pon kat sini gak..sebelum tido pon sudut ni gak akan aku terjah untuk kai krim malam dan juga losyen..pastu baru leh tido nyenyak.. Simple je..tak de meja solek pon...kerusi duduk pon tak ade sebab aku lebih suke berdiri ketika bersolek dan bersiap siap. Cat pon cat putih je..takde cat color color dan juga wallpaper yang meriah meriah..


Di tepi sudut ni aku tempatkan satu tempat untuk menggantung cermin cermin mata aku..senang letak kat sini..sebab selalunya sebelum aku keluar aku akan cermin diri lagi sekali nak make sure aku dah puas hati dengan penampilan aku..and bila aku nampak spek mata kat sebelah cermin tu aku leh terus amek..takde la aku dah masuk kete pastu kene keluar balik sebab tertinggal spek mata..reasonable kan??


sebelah lagi plak aku jadikan tempat aku menggantung tali pinggang..tak banyak sangat la belt aku..aku tak suka pkai belt kat seluar..aku selalunya pakai belt kat luar baju...jadi tujuan belt akubukan lah untuk mengetatkan seluar yang longgar tapi adalah untuk melengkapkan penampilan saje..hoho


wangian diri..aku bukan lah jenis wanita yang addicted kat wangi wangian ni..aku akan cepat bersin kalau bau wangi wangi sangat..and alhamdullilah badan aku bukan lah jenis badan yang berbau so tak pakai minyak wangi pon takpe...tapi sebagai wanita tetap la perlu ade wangi wangian kan? so minyak wangi yang aku ada hanya la Fruity Rhythm Eau De Toilette dan Body Spray from Adidas dan juga Loving You Eau De Toilette from Silky Girl.. Nak pakai minyak wangi ni plak ikot mood la..kalau rasa nak yang wangi wangi sweet gitu aku pakai adidas and kalau nak rasa macam perempuan sikit guna la silky girl..dua dua ni agak tahan juga bau nya sampai separuh hari..


ni plak dua jenis losyen yang selalu aku guna kan..aku ni sebenarnya bukan lah jenis yang bertahan dengan sesuatu losyen tapi wat sementara waktu ni aku suke kan Vaseline Healthy Losyen dan juga Avon Signature silk losyen.. dua dua losyen ni bile pakai akan rasa lembut ditangan selain dari bau yang wangi..


ni dua adik beradik comel yang menjadi pilihan Johnson baby bedtime powder dan juga johnson blossom powder..dua dua wangi...



so macam mana dengan korang plak??sudut mana yang menjadi pilihan korang??jum share nak??kalau ade sape sape yang wat entry macam ni gak let me know k..kite sharing sharing la..


oke..till then..bye..




thanks for reading,

Tuesday, September 6, 2011

cerita baju raya..

Assalamualaikum cemuaaa...

arini nak cerita pasal raya lagi...kalau entri sebelum ni cerita pasal kuih raya wajib cari....
sekarang nak cerita pasal baju raya pulak!hehe.. Baju raya dengan hari raya memang tak dapat dipisahkan..kalau raya takde baju baru mmg tak meriah la kan? Asal raya je misty masing masing nak show off baju baru memasing.. Dari kecik sampai ke tua sama je.. Macam aku bukan la nak show off baju raya aku sebab baju raya aku bese bese je...sampaikan masa aku gi beraya ade lah sorang hamba Allah ni tego aku "kak..ko takde baju glemer gelemer ke nak pakai?"
ternganga jap aku..baju glemer macam mane lagi aku nak pakai kan? tak kan aku nak pakai gaun kot??mungkin tu lagi glemer la dari baju kurung... Ntah la..aku pakai je asalkan aku rasa aku selesa dengan baju yang aku pakai....


1. Raya Pertama

Dah jadi kebiasaan aku yang baju raya untuk first raya tu misty sama dengan mama..so kitorang dua beranak memang akan cari baju sebijik sebijik la..yang beza saiz je...saiz mama besa sikit dari aku..kalau aku amek XS mama amek S..so kalau bila pas basuh and nak simpan kat dalam almari kene la pastikan saiz dulu..kang tersalah almari plak!

Baju ni aku and mama beli yang ready made je..kat butik FirstLady..tak planning pon sebenarnya nak beli baju ni.. Tah macam mana satu hari tu akan berjalan jalan then terpandang display baju ni.. Dalam hati dah terdetik cantiknyaaa...terus terbekenan and balik rumah pujuk pujuk mama nak beli baju ni.. Then mama pon gi la butik tu sekali dengan aku and mama setuju untuk beli baju tu.. and terus tak pasal pasal jadi la baju raya pertama dengan color tema Terqouise.. Shawl tu lak cari kat Jalan Tar je..mama takde la kai shawl..cume kai tudung bawal biasa je..



2. Raya Kedua

Raya kedua aku pakai baju kurung kain cotton.. aku suke cotton... Nampak macam orang kampung sikit! hahaha... Kain ni aku beli kat Jalan Tar jugak and bagi kat makcik aku mintak jahit kan..senang tempah kat makcik sendiri..selesa pon selesa and sangat kemas jahitan nya..
siap dapat jahit tulang belut free okey! kalau kat orang lain tu misty dah kire lain charge..

Raya kedua ni pon patutnya pakai baju sama dengan mama gak tapi tak jadi sebab mama pakai baju warna biru sama dengan adik beradik mama yang lain...



3. Raya Ketiga

Raya ketiga aku tak pergi beraya..sebaliknya aku seharian pergi berjimba jimba dengan adik adik aku... Kitorang pergi tengok wayang...berjalan jalan..bershoping shoping and outfit aku for that day macam kat atas! wahhhhh..kelasss ko jah! aku dah rasa macam artis kot pakai baju macam tu.. tapi aku sangat puas hati la.. dah lama kot aku teringin nak pakai hoodies shirt macam ni.. Memula aku ingat nak beli hoodie maxi dress..tapi aku riso nampak perot ku yang membulat sebab banyak sangat makan rendang! so aku decide la beli half maxi ni and pkai dengan seluar..aku lupe la ape nama seluar ni.. Padan kan juga dengan kasut yang berwarna senada koleksi XES...spek mate tu pkai masa drive and masa kuar kete..nmpk mengelabah tak??hoho..Pape pon aku suke la hoodies ni and berhajat untuk menambah koleksi hoodie shirt aku..


4. Raya Keempat

Raya keempat takde gamba baju raya sebab memang tak beraya pun..pergi sekolah jap pastu balik sekolah terus tido dengan nyenyaknya...hajat di hati nak ke Ampang beraya tapi dah bape hari tak cukup tido..maklum la duk kampung kene bangon awal and tido lambat..so bila dapat tido memang tak hinggat punya la...nak nak memang hobi aku tido kan..so hamekkkk kooo!!


5. Raya Kelima

Raya kelima sepasang kurung biru! eh...kurung ni takde lah warna biru sangat...cume berbunga biru je..kain cotton tetap jadi pilihan! ni sebenarnya baju kurung pahang..tapi tak nampak sangat sebab kain cotton kan..orang kate kalau nak wat kurung pahang kene guna kain sutera...kain kain lembut..baru la nampak... Oh ye..aku suke brooch yang aku pkai tu..korang nampak x? yang bergantungan kat bawah dagu tu... brooch tu murah je tapi sangat cantik! and wedges itam tu dari VINCCI..


6. Raya Keenam

Guna baju raya ketiga je! ulang tayang balik..hehe


7. Raya Ketujuh

Dah start kerja la weyyyy!!so pakai baju kerja je la...tak kan nak cerita gak kan? parah la tu..sebulan raya seblan cite pasal baju je..hoho!







oke la..
till then! bye


thanks for reading,

Friday, September 2, 2011

review movie: Hantu Bonceng!

oke hari ni aku dengan senang hatinya nak review pasal satu filem yang dah pon aku tengok..
aku tak tahu sangat pasal cerita ni sebenarnya...mase tengah berblokwalking kat satu blog ni yang citer pasal Hantu Bonceng ni so aku mcm tergerak la nak tgok trailer Hantu Bonceng ni..
oke tengok trailer je dah kelakar so aku berkenan nak tengok!


so masa raya ke-3 aku and adek adek aku decide nak tengok cerita ni...mak aaiiihhh...punye la ramai orang yang tengok wayang raya raya ni...sabar je la...and full house okeyy!!aku pon dapat sit baris ke3 dari depan..skrin dah la tinggi so hamekk koooo...saket leher aku...



Hantu Bonceng merupakan filem kelima terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Hantu Bonceng mula ditayangkan pada 31 Ogos 2011 dan dibintangi oleh Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Taiyuddin Bakar, Cat Farish, Ezilan Yusof dan ramai lagi la...cerita ni berunsur komedi seram..


sipnosis (yang telah diubah tunggang langgang bahasanya oleh aku...utk senang korang paham):

Mengisahkan Amran lakonan Zizan, seorang budak delivery dan dia sangat suka le berlumba haram. Satu hari tu Amran menang satu perlumbaan dan dia telah mendapat habuan seorang bohsia bernama Maya (lakonan Juliana Evans) yang mai dari kampung. Ketika Amran nak bawa bohsia ni, mereka telah terlibat dalam kemalangan, Maya ni telah meninggal.


Sejak dari kejadian tu, Amran ni dikacau oleh hantu Maya ni. Muka Juliana evans jadi hantu memang nampak cekung le haha!! Maya nak Amran uruskan mayatnya dengan sempurna. Amran memnita bantuan Halimaton(lakonan Jue aziz) dan kawannya Kunyit utk bantu dia mencari keluarga Maya.


Halimaton ni awek si Amran, sebelum ni awek dia tak berapa suka le sebab Amran ni suka berlumba, setelah Amran takut pada hantu Maya, Amran mula berubah jadi baik. Halimaton pun mula le nak terima balik Amran, tapi muncul le pulak gadis bernama Ayu. Ayu ni sebenarnya kembar kepada Maya...Jadi Amran nak terima Ayu atau Halimaton? and....ape sebenarnya perangai si Ayu ni???


Haaa kene la tengok untuk tau ending cite ni...


banyak gak la part kelakar dalam crite ni...antara yang kelakar aku ingat masa Amran (Zizan) nak pujuk awek die Halimaton (Jue Aziz)...yang Amran panggil Halimaton "Baby" pastu Halimaton panggil Amran "Ucuk"..masa tu Halimaton ngah marah..si Amran ni panggil la "baby..baby..baby.." sekali Halimaton balas "BABI!"..hahaha...selambekkk giler muke Jue Aziz time tu..terbaek laa!!


pastu part dorang jupe ustaz (Cat Farish) and bomoh (Eizlan Yusoff)...kelakar jugak la...pecah perot ketawa...part Amran berbogel depan hantu tu pon tak boleh blah...dengan hantu hantu tu sekali menjerit...hehe..hantu tu tak de lah seram sangat tapi still ade part part yang akan wat korang terkejut berok! tak pecaye??try la tengok..



aku rase berbaloi la RM14 yang aku kuar kan untuk sekeping tiket Hantu Bonceng ni..release tension btol...aku bagi empat bintang dari lima bintang...



p/s: sok kan cuti..so pe lagi...gi la tengok..gune wet raye yg korang dapat tu..hoho



K I S A H A K U

"Hanya Aku Yang Lebih Mengetahui Diriku"